GIK 2

5.3K 456 19
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

SEMENTARA itu, tangan lelaki yang dikenali sebagai kekasih Laura itu mengempal kuat. Bukan kekasih tapi bekas kekasih. Lama dia berfikir tanpa bersuara dan bergerak sama sekali. Dia menipu Laura bahawa dia sedang kelas tapi dia malah dirumah. Laura Vialuna Belle. Gadis itu penuh difikirannya. Dia mula menanggalkan butang kemejanya satu persatu.

Gadis itu membuang dirinya? Setelah 3 tahun mereka menjalani hubungan, lelaki itu mula tersenyum sinis. Dia turun daripada katilnya. Kemejanya dicampak masuk ke dalam bakul pakaian kotor dan pinggangnya dililit tuala. Pintu kaca bilik mandinya ditolak dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Sekilas sepasang mata helang berwarna hijau zamrud itu merenung lama ke arah cermin. Dia meraup kasar wajahnya dan rambutnya yang berwarna ash grey diselak. Bibirnya kekal mengoyakkan senyuman sinis.

"Easy to love and easy to go?" Dia menekan pancuran air di dinding. Air mula turun membasahi badan lelaki berusia 20 tahun itu.

"Setelah harapan dan kasih yang kau beri pada aku. Kau nak pergi macam tu je, Laura?" Badannya yang terbentuk ketulan-ketulan, bahu yang luas dan tegap itu berserta tatu yang terukir dibahu kanan dan kulit belakang badan dibasahkan. Dia kembali menyelakkan rambutnya yang terjuntai ke dahinya.

"You can go far as you can, sayang..." Wajah gadis berkacukan China-Indonesia itu menghiasi kotak fikirannya.

"But if I caught you, you will never dream to run again." Sinis sahaja ayat yang ditutur oleh lelaki itu. Tangan digempal semakin kuat. Cermin dipandang sekilas lalu penumbuknya dihalakan laju. Pecah. Darah mula menitik dari tangannya tetapi dihiraukan.

"Once you're belong to King, always belong to King."


          LAMUNAN Laura mati apabila ada suara yang memanggilnya dengan kuat. Dia menolak kerusi ke belakang dan bangun. Laura menuruni anak tangga satu persatu dengan hati-hati. Dia mendekati wanita paruh baya itu.

"Kenapa mama?" tanya Laura.

"Slip peperiksaan dah ada?" tanya wanita itu. Laura mengeluh sebelum mengangguk.

"Kenapa tak tunjuk dekat mama? Jangan cakap result—" Kata-kata wanita itu terpotong.

"Tak. Okay je. Takde benda nak disorokkan." ujar Laura sedikit dingin.

"Hah tunjuklah cepat dekat mama." arah satu suara. Laura menjeling lelaki yang duduk tidak jauh darinya itu. Benci.

Laura menaiki tangga dengan sengaja hentakkan kaki dikuatkan tanda marah. Dia mengambil slip keputusan peperiksaan akhir tahunnya itu dengan kasar.

"Nah."

"Straight A. Don't worry, I understood the assignment." ujar Laura.

"Kenapa ada A solid ni?" tanya Puan Reen.

"A solid? What's wrong with that? Asalkan A kan?" Laura sudah tidak berpuas hati.

"Mama dah up, tak nak A minus and solid. Lepas ni semua A plus."

PAK !!!

"Apa ni, ma? Mana boleh. Takkan semua nak kena ikut cakap mama. Straight A+? Are you fucking seri—"

PANG !!

"Jangan kurang ajar dengan mama eh." Jari telunjuk lelaki tak guna itu menunjuk Laura. Sepasang netra berwarna koko cair milik Laura merenung lelaki itu dengan tajam. Tanda tidak puas hati. Sambil tangannya memegang pipinya yang terasa berpijar.

"Berani kau tampar aku?! Kau siapa nak tampar aku?!" Tengking Laura kuat.

"Laura! Jangan biadab dengan ayah kamu!" marah Puan Reen.

"Ayah? Laura takde ayah. Laura cuma ada papa. Papa Laura cuma ada dekat China. Bukan dekat sini."

"Maksud kau, lelaki curang tu?" tanya satu suara.

"Kau jangan nak cakap bukan-bukan pasal papa aku eh?! Dengan kau-kau sekali aku maki!" Laura mengempal penumbuknya memandang kakak tirinya yang 2 tahun tua darinya.

"Sudah, Laura! Mama tak nak kamu bertekak lagi. Tak penat ke hari-hari bergaduh? Takde niat nak berbaik ke?" tanya Puan Reen.

"Berbaik? Otak mama dah kena cuci dengan dua orang luar sial ni!"

PANG !!

Pipi kirinya terasa berpijar. Laura memandang Puan Reen dengan reaksi tidak percaya bercampur kecewa. Mamanya sendiri sanggup menampar dirinya. Dan mamanya sendiri membela orang lain berbanding darah dagingnya sendiri.

"Laura benci mama! Mama bela orang luar dari darah daging sendiri. Laura benci! Menyesal Laura tak ikut papa! Mama jahat!"

Laura terus berlari naik ke biliknya lalu pintunya dikunci. Dia baring keatas katilnya. Air matanya sudah mengalir dengan deras. Hatinya sakit. Sakit apabila darah dagingnya membela orang luar berbanding dirinya. Dia merasakan dunia tidak adil. Sama sekali tidak mahu berpihak dengannya. Hanya dia yang menderita.

Laura mengambil telefon pintarnya untuk menelefon seseorang. Tetapi dia baru ingat. Dia sudah tiada hubungan lagi dengan kekasihnya itu. Jadi dia harus belajar untuk memendam perasaannya.

"Povera te, principessa. (Poor you, Princess)" ucap lelaki itu sambil melihat rakaman cctv yang telah dia letak dari dulu untuk memerhatikan seisi rumah dan Laura.


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

How with this part? Ada okay ke? Lama tak menulis guys. Kekok sikit. Can give me a vote as a sign you're loved it and support me. Thank you <3

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now