GIK 14

3.8K 233 4
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

MATA dicelikkan, terasa kepalanya yang masih sakit. Dia melihat siling ruangan itu. Putih. Bersih. Dia bangun dan melihat sekeliling. Dia di hospital. Daun pintu ditolak dari luar matanya beralih ke pintu.

"Kau dah sedar?" tanya Rosie. Laura mengangguk.

"Aku dah berapa lama dekat sini?" tanya Laura.

"2 minggu. Kau koma." ujar Rosie. Laura mengangguk dan tangannya memegang perutnya.

"Kenapa perut aku kempis? Mana anak aku?" tanya Laura panik.

"Laura, bertenang. Aku harap kau dapat terima semua yang jadi ni. Anak kau tak dapat diselamatkan disebabkan kemalangan kau dengan Rayden 2 minggu lepas." ujar Rosie.

"Rayden?" Laura memegang kepalanya. Dia mula teringat, dia sudah mengingati segalanya.

"Kau okay tak?" tanya Rosie. Laura terus menerus memegang kepalanya. Rosie menekan butang kecemasan beberapa kali untuk memanggil doktor. Doktor memasuki ruangan itu. Setelah 5 minit, doktor mendekati Rosie.

"Selama ini dia mengalami amnesia, dan sekarang dia dah ingat segalanya tentang masa silamnya. Jadi itu sebabnya kepala dia sakit." ujar Doktor. Rosie mengangguk dan mendekati Laura.

"Rosie... Rayden... Dia... Dia bekas kekasih aku dulu. Yang aku buang dia dulu. Aku ingat aku takkan jumpa dia lagi tapi disebabkan aku hilang ingatan pasal dia, aku lupa pasal dia. Dan aku bawa anak dia. Aku benci dia. Aku takut, Rosie... Aku tak nak dia... Tapi kenapa mesti anak aku mati? Aku sayangkan anak aku." Laura sudah menangis meratapi kematian anak di dalam kandungannya.

"Wey jangan nangis. Kau baru bangun. Kau jangan macam ni. Kau baru sedar. Kau kena banyak rehat. Jangan buat diri kau tertekan." ujar Rosie.

"Tak nak... Anak aku, Rosie... Aku tak kesah tu anak aku dengan Rayden tapi aku dah terlanjur sayangkan anak aku..." Laura memukul-mukul dadanya menahan sebak yang teramat. Rosie memeluk Laura erat.

"Kau kena terima, Laura. Semua yang jadi, ada perancangan yang baik selepas ini. Yang paling penting, kau kena teruskan hidup." ujar Rosie.

"Kenapa sebelum ni aku bodoh tak siasat pasal Rayden? Kenapa? Kenapa waktu aku dah terjatuh cinta pada dia buat kali kedua, baru nak ingat balik. Kenapa Rosie?" Rosie mengusap air mata dipipi Laura.

"Shhh... Kau jangan macam ni. Kalau kau nangis lagi, aku call dia. Nak?" ugut Rosie. Laura menggeleng dan cuba untuk tidak menangis.

"Rayden, dia dah sedar dan ingat semuanya." ujar Rayyan. Rayden mengangguk.

"Aku tahu. Kau cari siapa yang dalang kemalangan tu sebab disebabkan dia, aku hilang anak aku dan Laura ingat balik. Ikutkan aku nak biar je Laura lupa pasal aku dan bina hidup baru dengan aku tapi hancur. Fuck!"

PRANG !!

Gelas kaca itu dibaling tepat di dinding dengan amarahnya yang pada tahap maksimum. Dadanya naik turun menahan marah. Tangannya mengepal penumbuk.

"Kau jangan emosi sangat, Rayden. Aku tahu orang tu sengaja supaya dapat pancing emosi kau. Kau kena bertenang. Kalau pasal dia tu, aku dengan yang lain akan cari. Kau kena fikir macam mana nak berhadapan dengan Laura semula." ujar Rayyan.

Rayden terdiam. Kaku. Ada betulnya kata Rayyan. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan Laura? Sudah tentu Laura akan menjauhkan diri daripadanya. Tapi Rayden tetaplah Rayden. Dia tidak akan membiarkan gadisnya itu pergi.

"Plan B." ujar Rayden. Rayyan mengangkat keningnya.

"Sejak bila kau fikir pasal plan B?" tanya Rayyan. Rayden tersenyum sinis sambil bermain dengan pisaunya. Rayyan mengerutkan keningnya.

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now