BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3
LAURA terbangun setelah azan maghrib berkumandang. Dia lekas masuk ke dalam bilik mandi untuk mengambil wudhu. Setelah selesai, dia membentang sejadah dilantai. Dia memakai telekung dan terus mendirikan solat. Setelah selesai, dia mengambil masa untuk berdoa dan meluahkan kepada Allah SWT. Al-Quran diambilnya dan dibaca satu muka surat itu.
"Sadakallahulazim..." ucap Laura dan menutup Al-Quran lalu diletakkan diatas meja. Sejadah digantung semula dan telengkung ditanggalkan lalu digantung. Laura melihat Rain yang tertidur itu. Laura tersenyum dan mendekati suaminya. Tangannya naik memegang Rain untuk mengejutkan suaminya itu tetapi secara pantas dia menarik tangannya.
"Panasnya awak ni. Awak demam lah, Rain." ujar Laura melekapkan tangannya didahi Rain. Laura bergegas turun dari katil dan menuju ke dapur. Dia mengambil mangkuk dan kain lalu diisi air. Dia naik ke tingkat atas dan memerah kain yang basah itu.
"Sayang..." panggil Rain perlahan. Laura meletakkan kain diatas dahi suaminya itu.
"Awak rehat dulu ya. Awak demam ni..." ujar Laura. Rain menggeleng.
"Tak boleh sayang... Kita ada dinner kan? Aku dah janji dengan kau." ujar Rain.
"No, Rain. Kesihatan awak lebih penting dan dinner tu bila-bila boleh. Sekarang ni awak dengar cakap saya. Awak rehat dulu. Saya nak turun bawah buatkan bubur untuk awak dan makan ubat." ujar Laura. Rain hanya mengangguk perlahan.
Laura tersenyum dan mengusap pipi Rain dengan penuh kasih sayang. Laura menarik selimut diparas dada Rain dan turun ke tingkat bawah. Dia mula memakai apron dan mengambil periuk untuk membuatkan bubur ayam buat suaminya.
Setelah hampir 20 minit, dia mencedok bubur itu masuk ke dalam bekas lalu diletakkan ke atas dulang. Gelas diambil lalu diisi air suam dan 1 papan panadol diambil diletakkan diatas dulang. Dia menatang dulang itu dan membawa ke tingkat atas dengan berhati-hati.
Takut terjatuh habis hancur semuanya. Dia menolak daun pintu bilik Rain menggunakan kakinya dan meletakkan dulang itu diatas meja. Lampu biliknya dibuka lalu kembali ke katil.
"Awak... Awak..." kejut Laura. Rain mula tersedar dan mencelikkan matanya.
"Dah siap. Jom makan dulu, baru boleh sambung tidur." ajak Laura lembut. Rain mengangguk lemah. Rain dibangunkan perlahan-lahan oleh Laura dan kepalanya disandarkan di kepala katil. Laura mengambil mangkuk berisi bubur itu dan ingin menyuap Rain. Sebelum itu dia membaca bismillah lalu disuap masuk ke dalam mulut.
"Sedap. Siapa masak?" soal Rain. Laura tersenyum.
"Kalau sedap, makan lagi. Habiskan okay?" soal Laura. Rain mengangguk dan menghabiskan bubur itu. Mangkuk yang sudah licin itu diletakkan semula diatas dulang dan diambil segelas air suam lalu diberikan kepada Rain. 1 biji ubat panadol diberikan kepada Rain.
Lelaki itu memasukkan ubat itu ke dalam mulutnya dan meneguk air suam itu. Setelah gelas itu kosong, Rain memberikannya kepada Laura. Laura meletakkan semula gelas itu ke dalam dulang. Baru sahaja Laura ingin bangun untuk turun ke bawah tapi dia telah dihalang.
"Kau dah makan sayang?" soal Rain. Laura menggeleng.
"Kejap lagi saya makan. Saya nak mandi dan solat isyak dulu. Awak berehat lah dulu okay? Nanti cepat sembuh." ujar Laura membaringkan Rain. Selimut ditarik separas dada Rain.
"Sayang... Nak kiss, hmm." Laura tertawa kecil dan mengucup kedua pipi suaminya itu lalu beralih ke bibir seksinya. Rain sempat menggigit bawah bibir Laura. Laura memukul dada Rain perlahan.
"Sakit-sakit pun gatal lagi." ujar Laura.
"Hmm... Aku nak manja-manja dengan kau, sayang. Aku rindu..." rengek Rain. Laura mengusap kepala Rain.
"Saya dah siap nanti, nanti kita manja-manja okay?" Rain mengangguk laju. Laura tersenyum, mengambil dulang dan menutup pintu biliknya. Dia menuruni tangga satu persatu dan meletakkan di dalam sinki. Dibasuh mangkuk, sudu dan gelas itu.
Dia mengelap tangannya yang basah di kain yang sedia ada disebelah sinki lalu berjalan naik keatas. Dia ingin membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menunaikan solat isyak.
Pintu bilik mandi ditolak dan tubuhnya memboloskan diri masuk ke dalam bilik mandi. Pancuran air ditekan lalu air itu mula membasahi tubuhnya. Tatu-tatunya dipandang lama. Terutamanya tatu dipergelangan tangannya.
"Belong to Rain Leo De Clerq." ucap Laura perlahan dengan mengoyakkan senyuman. Dia masih tidak faham apa yang Rain ceritakan kepadanya. Rayden tidak pernah muncul? Jadi selama dia mengenal Rain di media social, lelaki itu menggunakan nama Rayden Lorenzo sebagai nama samaran? Tapi untuk apa?
Laura mula tertawa apabila teringat wajah Rain dan Rayden sangatlah mirip. Perwatakkan yang sama. Laura mula teringat sesuatu. Rayden mempunyai tatu dibelakang dan didadanya. Dia harus memastikan ditubuh Rain mempunyai tatu itu. Kerana dia takut dia akan tertipu lagi.
Laura keluar dari bilik mandi dan terus menyarungkan pakaian tidur. Dia membentang sejadah dan telekung dipakai. Setelah menunaikan solat isyak, Laura menyimpan semula Al-Qurannya dan telekung digantung berserta sejadah.
Derapan kakinya mendekati Rain yang sedang diulit mimpi. Laura melihat tatu yang dipenuhi di leher Rain. Kelihatan baru lagi. Laura perlahan-lahan menyelak baju Rain. Dan ya, tatu pada badan Rain sama dengan tatu Rayden miliki.
"Kau buat apa hm?" soal Rain. Laura terkejut dan terus melepaskan tangannya dari baju Rain.
"Tak ada apa. Dah sambung tidur, maaf saya ganggu awak." ujar Laura.
"Kalau nak buat pun, bukan sekarang. Aku tak sihat, tak kuat sangat. Kalau nak buat, tunggu aku sihat okay?" soal Rain dengan senyuman nakal. Matanya masih terpejam dan tangannya memeluk pinggang Laura erat.
"Buat apa?" soal Laura tidak tahu. Rain mendekatkan wajahnya diwajah Laura. Dapat dirasakan nafas mereka yang hangat. Rain meletakkan hidungnya dileher isterinya.
"Buat baby lah."
"Eh bila masa saya nak? Awak ni gatal lah. Sakit-sakit pun nak miang lagi ke?" soal Laura dengan perasaan yang geram dan malu.
"Ala apa salahnya sayang? Dengan princess aku je pun." jawab Rain mengikut perlahan kulit leher isterinya. Laura menolak Rain perlahan.
"Awak tidur. Awak tak sihat... Awak nak claim, tunggu dah sihat baru boleh." ujar Laura.
"Betul eh?" soal Rain.
"Ya betul." ujar Laura.
"Promise?" soal Rain.
"I'm promise." jawab Laura. Rain mengangguk dan makin mengetatkan lagi pelukannya. Mereka memejamkan mata dan akhirnya terlena. Dan tanpa Laura ingat, dia belum makan seharian.
⋅⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅
Hiii !! Harini author update banyak sebab banyak idea. Author nak berterima kasih dengan korang sebab dah support and suka dengan cerita ni. Author harap, korang terus support GIK ya. I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3
YOU ARE READING
GADIS IGAUAN KING
Romance𝐃𝐄 𝐂𝐋𝐄𝐑𝐐 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 1 Tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna. Ada yang penuh keharmonian dan ada juga yang penuh kedukaan dan penderitaan. Terlahir di keluarga yang mewah, tidak menjanjikan kita untuk selamanya bahagia da...