GIK 18

3.7K 222 5
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

PANG !!

"I tak nak anak ni. I akan gugurkan." ujar Laura dan ingin keluar dari ruangan itu. Semua terkejut melihat Laura menampar Rayden dengan begitu keras itu. Pasti amat menyakitkan.

"Gugurkan lah. Kalau kau nak tengok papa dan mama kau mati, kau gugurlah anak aku tu. Aku tak rugi. Tapi kau fikir-fikirkan lah nyawa mama dan papa kau, princess." ugut Rayden. Seluruh badan Laura menggigil dan menatap Rayden dengan tajam.

"Jangan sentuh mama dan papa I. Diaorang takde kena mengena dalam hal ni." ujar Laura.

"Kalau tak nak, kahwin dengan aku. Ada dengan aku selamanya. Simple." jawab Rayden. Laura mengetap bibir.

"Takkan! I takkan kahwin dengan lelaki sekejam you. You dah rogol I!"

"Bukan kau yang serah diri? Disebabkan pengaruh ubat tu?" tanya Rayden. Laura terdiam.

"I akan gugurkan kandungan ni." Laura memberikan kata putus.

"Then, say goodbye to your parents." ujar Rayden. Laura menghempas pintu dan keluar dari markas itu. Dia memasuki kereta dan memukul sterengnya kuat.

"Tak guna kau, Sofia!" Dada Laura naik turun menahan marah yang sudah membuak-buak. Tidak menyangka rancangannya akan gagal begitu sahaja. Dia perlu memikirkan rancangan lain untuk lari dari Rayden.

Satu idea muncul di dalam otaknya. Dia tersenyum.

"Tak kiralah rela ke tak. Aku akan buat jugak supaya aku lari dari dia." ujar Laura.

"Dia akan gugurkan kandungan tu ke?" tanya Rayyan.

"Tak. Dia takkan berani. Nampak je macam berani. Tapi takkan dia gugurkan. Dia tahu, mama dan papa dia dalam bahaya kalau dia gugurkan. Mesti dia tengah fikir rancangan lain." ujar Rayden.

"Macam mana kau boleh baca dia ni?" tanya Sofia.

"Aku dah kenal dia lama. Dia je yang tak berubah. Masih sama." ujar Rayden.

"Tak sakit ke kau, bang?" tanya Ricky sambil menjuihkan bibir seksinya dipipi Rayden. Rayden memegang pipinya.

"Tak... Nasib baik dia Laura. Kalau dia orang lain, dah lama aku bunuh." ujar Rayden dan meninggalkan ruangan itu. Ricky dan Rod berpandangan antara satu sama lain.

"Angau betul dia dengan Kak Laura." ujar Robin.

"Bukan angau. Tapi dia gadis igauan, Rayden." ujar Rain.

BANG !!

"Woi! Kau kenapa tetiba?" tanya Robin melihat Rayyan. Sofia memegang dadanya kerana terkejut.

"Aku nak test ketahanan dinding bilik ni. Fuh, kuat betul." ujar Rayyan.

"Seriuslah. Nak try jugak." ujar Robin. Dia mengeluarkan pistolnya berwarna putih.

BANG BANG !!

"Woahhh! Betul-betul baguslah dinding ni. Kalau kena bom, meletup jugak tak?" tanya Robin. Rayyan mengangkat bahu.

"Kalau tak cuba, kita tak tahu kan?" tanya Ricky tersenyum sinis. Mereka berpandangan.

"Korang gila? Kalau Rayden marah macam mana?" tanya Sofia.

"Jom lah join. Aku nak test ketahanan tempat ni. Kalau aku baling, masing-masing keluar okay. Nanti ada yang mampus pulak." ujar Rain. Sofia hanya menggelengkan kepala melihat kerenah mereka berlima.

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now