BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3
LAURA menundukkan wajahnya. Ingin sahaja dia menjerit untuk mengecohkan majlis ini tetapi dia telah diugut Rain supaya tidak membuat sebarang masalah dihari pernikahan mereka.
"Aku terima nikahnya Laura Vialuna Belle Binti Abdullah dengan mas kahwinnya RM 10,000 tunai." Dengan sekali lafaz, untuk kali keduanya dia menjadi isteri kepada Rain. Laura membeku setelah Rain berdiri dihadapannya.
"Laura, salam suami awak tu." tegur Elina. Laura tersenyum palsu dan menyambut tangan Rain lalu diciumnya. Rain mengucup dahi Laura lama.
"Janganlah lama-lama. Saya dah penat ni." bisik Laura perlahan.
"Diam, princess." ujar Rain. Setelah jurukamera mengambil ratusan gambar itu, Rain melepaskan kucupannya didahi isterinya. Di dalam hatinya, dia sudah ketawa kemenangan. Kali ini, dia tidak akan berlembut lagi dengan Laura. Cukuplah dulu dia berlembut sehingga membuatkan Laura berani mengkhianati dirinya.
"Laura... Saya tengok awak macam tak bahagia. Betul ke?" soal Elina yang sedang menggendong anaknya yang sudah mencecah 5 bulan itu. Laura tersenyum kelat.
"Saya bahagia. Jangan risau." bohong Laura.
"Awak jangan tipu saya, Laura. Saya tahu awak berbohong." ujar Elina. Laura menggenggam tangan Elina.
"Saya tiada pilihan, Elina. Hari-hari saya doa kepada Allah supaya dia jauh dan tidak terus mengejar saya." ujar Laura.
"Jodoh sudah tertulis dari kita masih dalam kandungan ibu lagi, Laura. Dan sekarang, dia ialah jodoh Laura. Baik atau buruk, Laura kena terima dengan hati yang terbuka. Setiap orang layak untuk diberi peluang kedua. Awak lupa? Awak mengejar cinta Allah SWT dan apa yang dia beri pada awak?" soal Elina. Pandangan Laura jatuh ke tubuh Rain yang sedang berbual dengan tetamu.
"Ya, apa yang ada dalam fikiran awak tu betul. Awak mengejar cinta Allah SWT dan dia pulangkan balik lelaki itu kepada awak. Jodoh kita tak boleh paksa dan tolak. Belajar terima dia Laura. Saya tahu susah. Jujur saya kata, siapa sahaja tak kenal dia? Dia jahat tapi siapa kita nak menghukum dia?" soal Elina. Hati Laura terasa dengan apa yang dikatakan oleh Elina.
Bukan tipu tapi itulah kenyataannya.
"Tapi dia bunuh keluarga saya, Elina. Saya tak boleh terima orang yang dah bunuh keluarga saya." ujar Laura.
"Belajar memaafkan orang. Setiap orang buat kesalahan. Nabi pun ampunkan umatnya, jangankan kita yang manusia biasa ni." tegur Elina. Laura hanya diam.
"Renung-renungkan lah apa yang saya cakap Laura. Ini semua demi kebaikan awak. Setiap orang layak bahagia didunia ini termasuk awak. Awak jangan buat keputusan terburu-buru, takut memakan diri. Ingat pesan saya. Kalau ada apa-apa awak cerita sahaja, saya ada dengan awak." ujar Elina. Laura tersenyum.
"Terima kasih, Elina. Saya hargai semua apa yang awak nasihatkan. Insya Allah, saya akan fikir-fikirkannya." ujar Laura. Elina mengangguk dan tersenyum. Laura tersenyum lebar apabila melihat Lara yang baru sampai.
"Lama kau sampai, Rosie?" tegur Laura sudah mencebik.
"Sorry babe. Anak aku merengek nak tukar pampers dekat tengah jalan. Nasib hubby aku tolong. Untung aku dapat dia." ujar Lara. Laura tersenyum bahagia melihat Lara yang bahagia. Dia bila pula?
"Nampaknya jodoh kau dengan Rain kuat." ujar Lara sambil memusing memandang Rain.
"Entahlah wey. Aku tak tahu... Aku masih berdendam." balas Laura. Lara menoleh kearah Laura.
"Seriously?" soal Lara. Laura mengangkat bahunya.
"Aku tak terima lelaki sejahat dia jadi suami aku. Aku tak nak suami jahat untuk bimbing aku ke syurga. Aku perlukan yang lebih baik dari ini." ujar Laura.
"Tak baik kau hukum dia macam tu Laura. Dia tu, suami kau. Dosa kau kutuk suami kau belakang-belakang macam ni." ujar Lara.
"Dosa aku tanggung sendiri. Tapi aku tetap pendirian aku Lara. Aku takkan biarkan aku jatuh lagi." ujar Laura.
"Aku takut dendam kau memakan diri, Laura. Aku risau akan terjadi apa-apa dekat kau." ujar Lara. Laura mengusap bahu Lara.
"Aku akan okay. Kau jangan risau..." balas Laura. Lara menghela nafas. Laura itu langsung tidak berubah. Tetap memikirkan dendamnya. Dia sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu menyedarkan wanita itu. Dia buntu. Bila ditegur, akan dilawan. Dia sebagai kawan, takut dendam yang disimpan rapi oleh Laura akan memberikan impak yang sangat mendalam.
"Apa rancangan kau seterusnya?" soal Rayyan sambil memandang Laura dari jauh.
"Macam biasa. Dia berkeras dengan aku, aku berkeras juga dengan dia. Aku dah penat kena pijak dengan dia. Dia perempuan licik. Aku tak tahu apa strategi dia. Tapi kena berhati-hati dengan dia. Nampak sahaja dia tu dah berubah, tapi tengoklah mata dia. Penuh dendam." ujar Rain menjeling Laura yang berbual dengan Lara.
"Kau tak fikir untuk pikat dia semula?" soal Rayyan. Rain mengangkat bahunya.
"Hak dia nak cintakan aku ke tidak. Yang aku tahu, dia milik aku pun dah buat aku okay." jawab Rain. Rayyan menggelengkan kepalanya. Dua dua pasangan gila! Memang serasi. Dua-dua licik. Dua-dua tak nak kalah. Pasangan neraka dunia akhirat.
"Aku tahu kau kutuk aku, Louis." ujar Rain.
⋅⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅
Hiii !! Harini author update banyak sebab banyak idea. Nampaknya, ending semakin menghampiri ya anak-anak. I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3
YOU ARE READING
GADIS IGAUAN KING
Romantik𝐃𝐄 𝐂𝐋𝐄𝐑𝐐 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 1 Tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna. Ada yang penuh keharmonian dan ada juga yang penuh kedukaan dan penderitaan. Terlahir di keluarga yang mewah, tidak menjanjikan kita untuk selamanya bahagia da...