GIK 42

3.5K 175 13
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

LAURA terbangun apabila dia merasakan perutnya teramatlah sakit. Dia memegang perutnya. Nak period ke? Tapi sekarang baru awal bulan. Dia selalunya datang akhir bulan. Laura tidak larat untuk turun daripada katil. Suaminya disebelah sudah tiada. Ini kerana dia sudah sihat dan ingin keluar katanya. Laura mencapai telefon pintarnya. Dia menelefon Rain.

"Awak... Saya rasa gastrik saya dah datang lah. Awak belikan ubat gastrik ya dengan apa-apa makanan. Perut saya sakit dangat ni." ujar Laura.

"Okay sayang, aku datang sekarang." ujar Rain. Panggilan langsung dimatikan. Rain bergegas memberi arahan kepada Rayyan. Rain dan Rayyan masuk ke dalam kereta Rain dan kereta itu laju membelah jalan. Terlampau laju.

"Slow lah bodoh! Bini kau gastrik je pun." marah Rayyan.

"Aku tak kira. Bini aku tetap sakit. Kalau dia jadi apa-apa macam mana?!" balas Rain dan menyuruh Rayyan membeli ubat di farmasi. Rayyan berlari mendapatkan farmasi. Tidak sampai 3 minit, Rayyan kembali.

"Aku beli ubat dengan ni." ujar Rayyan sambil menunjukkan sekotak dunkin donut. Rain mengangguk dan menekan pedal minyak. Setelah sampai digaraj, Rain terus menerpa pintu utama dan naik ke tingkat atas. Kelihatan Laura yang menggulungkan diri seperti udang sambil memegang perutnya.

"Sayang..." panggil Rain. Laura mencelikkan matanya. Rain membuka kotak donut itu lalu menyuruh Laura memakannya. Dengan riang walaupun perutnya masih sakit, dia memakan kesemua donut itu. Rain sedikit terkejut melihat donut yang ada di dalam kotak itu tadi sudah lesap masuk ke dalam perut isterinya.

"Nah, makan ubat." ujar Rain dan memberikan ubat berserta segelas air suam. Laura cepat-cepat mencapai tudungnya apabila pintu bilik mereka diterjah. Rain merenung tajam Rayyan.

"Apa?" soal Rayyan.

"Ikut sukahati kau je main terjah bilik aku. Dah lama hidup ke?" soal Rain. Rayyan tersengih.

"Kau okay tak, kak?" soal Rayyan prihatin. Laura hanya mengangguk.

"Dah okay sikit. Mungkin semalam saya lupa nak makan. Sebab itu tetiba sakit perut." ujar Laura. Rain meraup wajahnya. Dia mengucup dahi Laura.

"Aku minta maaf, princess. Disebabkan aku sakit, kau tak makan." ujar Rain. Laura tersenyum dan hanya mengangguk.

"Awak tak kerja ke?" soal Laura. Rain menggeleng.

"Katanya malam ni nak gerak France. Nak honeymoon katanya." ujar Rayyan terlebih dahulu. Laura langsung menoleh kearah Rain dengan teruja.

"Betul ke?" soal Laura. Rain mengangguk.

"Wah, tempat impian saya. Nak pergi, nak pergi." sorak Laura riang.

"Kak, dah macam beruk. Cover sikit." ujar Rayyan. Laura menjeling Rayyan dan memeluk Rain.
n
"Terima kasih awak." ujar Laura. Rain mengusap belakang badan isterinya.

"Sama-sama kasih, princess." balas Rain. Rain mendekati Laura dan berbisik.

"Jom keluar nak? Kita spend time sama-sama. Malam ni nak gerak France dah." ujar Rain.

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now