GIK 23

3.7K 216 5
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

KAKI Laura melangkah masuk ke dalam sebuah butik pakaian. Dia mengambil semua barang yang ada disitu hanya kerana ingin melepaskan geram dengan cara menghabiskan duit Rayden. Rayden hanya memerhati dan tersenyum nipis.

"Kalau kau beli satu kedai ni pun, duit aku takkan habis sayang. Jangan try hard sangat." setelah mengucapkan itu, Rayden dijeling oleh Laura dengan tajam. Dan itu membuatkan Rayden ingin menyakatnya lagi.

"You nak apa? I nak try this dress dekat fitting room. Takkan tu pun nak ikut?" tanya Laura. Rayden berbisik di telinga Laura.

"Kalau ya, kenapa? Salah ke?" soal Rayden sambil mengoyakkan senyuman nakal. Laura menolak Rayden.

"Get the fuck out." ujar Laura. Laura menjadi bengang apabila Rayden menggelengkan kepalanya. Dia langsung mencampak gaun itu ke lantai.

"You're being too much! I'm done with you!" Laura lantas meninggalkan Rayden begitu sahaja. Lelaki yang bersut hitam selaku pengawal mereka, ingin menawarkan untuk mengikuti Laura.

"Tak perlu. Aku tahu nak cari dia dekat mana." Pengawal itu mengangguk dan menunduk hormat. Rayden mengambil gaun yang dicampak oleh Laura lalu dibayarnya semua sekali. Beg-beg kertas hasil membeli belah Laura cukup memenuhkan tangan pengawal peribadinya itu.

Laura berjalan sambil kepalanya ke kanan dan ke kiri. Seperti orang yang sesat. Dia terpaku apabila mengetahui, sekarang dia berada di pulau yang sangat terkenal dengan kemajuan ekonominya yang pesat. Matanya terpaku kearah wanita yang mungkin separuh baya darinya sedang membaca buku.

"Excuse me? Can you help me? I've been kidnapped by this dangerous man. Can you help me, please? I will pay for your kindness." mohon Laura. Wanita itu menatap Laura dan matanya berkalih dibelakang Laura.

"buona sera, re (Good evening, king)" sapa wanita itu dan berlalu pergi meninggalkan Laura yang terpinga-pinga. Laura terus memusingkan tubuhnya dan terundur melihat Rayden yang berdiri tepat dihadapannya.

"Where you want to go, bugaboo?" soal Rayden. Laura menjengilkan matanya kearah Rayden dan memeluk lengan Rayden.

"I lapar. I nak makan sekarang." ujar Laura yang merasakan tubuhnya tidak dapat seimbang kerana keletihan. Rayden menggeleng.

"Ada ke aku suruh kau lari? Takde kan? Kau yang penatkan diri kau sendiri, sayang. Jom kita pergi makan and then, balik. Malam ni kita kena hadir Ball Night." ujar Rayden.

"Ball Night? Pakai mask tu semua?" tanya Laura. Rayden mengangkat keningnya.

"Whatever. I lapar ni, jom lah." Rayden tertawa kecil kerana terhibur dengan telatah Laura yang langsung tidak pernah berubah.

Mereka mengambil tempat duduk yang kosong. Banyak mata-mata yang memandang kearah mereka tapi hanya dianggap angin lalu sahaja. Seluruh penduduk di pulau itu mengenali Rayden dan Laura.

Yang paling masuk dek akal, semasa Rayden menyerang majlis perkahwinan Laura tempoh hari. Dengan bangganya dia mengupah jurukamera merakam kejadian itu secara live di media sosial dan berita-berita di seluruh negara.

"I want steak medium size and apple juice. Include chocolate ice cream." ujar Laura.

"Give her salad with full of fruits." arah Rayden. Pelayan itu mengangguk.

"I just want hot mocha and lamb chop. That's all." ujar Rayden. Pelayan itu pergi untuk menyiapkan makanan yang baru sahaja dipesan oleh pasangan sejoli itu.

"Lusa kau pergi check up kan?" tanya Rayden.

"Macam mana you tahu?" tanya Laura.

"Aku ni suami kau dan itu anak aku. Mestilah aku kena ambil tahu pasal kau dan anak aku." balas Rayden.

"Hmm. Kenapa?" tanya Laura.

"Aku hantar." ujar Rayden.

"Tak kerja ke?" tanya Laura. Dahinya berkerut. Rayden mengusap dahi Laura menggunakan ibu jarinya.

"Jangan asyik buat macam tu. Nanti cepat menua baru tahu. And, aku kerja tapi aku kena teman kau dulu. Aku bos, don't forget about that sweetheart." ujar Rayden.

"Tak perlu. I boleh pergi sendiri." tolak Laura.

"Eh, tak nak pulak? Tadi bukan main baik-baik dengan aku. Kau kenapa ni sayang? Tak habis lagi ke dengan ego kau?" tanya Rayden.

"Tak. Selagi you tak lepaskan I, selagi tu I takkan pernah nak berbaik dengan you." ujar Laura.

"Aku tak nak gaduh, sayang. Okaylah macam ni. Aku rasa ni macam perjanjian bodoh. Tapi ada kebaikan jugak." cadang Rayden. Laura hanya diam untuk memberikan Rayden ruang untuk menyambung percakapannya.

"Bagi kau masa setahun? Setahun untuk kau jatuh cinta dengan aku semula. Kalau selepas setahun kau tak jatuh cinta dengan aku, aku lepaskan kau. Tepat je, anak kita lahir. Itulah hari terakhir untuk kau buat keputusan. Aku rasa banyak masa untuk kau, sayang." ujar Rayden. Laura hanya diam menatap Rayden.

"Tak setuju. Buang jauh-jauh cadangan bodoh you tu. I tak perlukan masa untuk jatuh cinta dengan you. Sebab apa? Sebab selamanya I takkan jatuh cinta dengan you semula. Ingat tu, Rayden." Rayden memejamkan matanya dan mengangguk perlahan. Laura menjeling dan melihat makanannya yang sudah terhidang di atas meja.

Mereka menikmati makanan yang dipesan dengan tenang dan damai. Kerana didepan makanan, tidak baik untuk bergaduh atau membuat masalah.


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

Hiii !! Sorry harini author update lambat sikit sebab penat and busy lah. Maybe harini part ni je author update sebab macam idea kering lah. I'm sorry korangggg 😭😭 I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now