GIK 38

3K 168 11
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

SETELAH hampir 4 bulan lebih Laura mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Dia mendapati dia teramat suka dan jatuh cinta pada Islam. Dia cuba untuk mengejar cinta Allah SWT kerana seperti apa yang Elina beritahu dia. Jika kita mengejar cinta Allah, Allah pasti akan memberikan kita sesuatu yang baik.

Laura menutup kitab suci Al-Quran lalu menanggalkan telekung putihnya. Al-Quran diambil lalu diletakkan di atas meja. Dia menggantungkan telekung itu ditempatnya berserta sejadah.

Laura keluar dari bilik solatnya dan menuju ke biliknya untuk mengemas baju-bajunya masuk ke dalam bagasi. Hari ini dia akan pulang ke tanah airnya iaitu Malaysia. Dia akan menetap disana selepas ini dan memulakan hidup baru.

Seminggu yang lalu, Laura diberitahu urusan penceraian secara fasakh telah diselesaikan oleh pihak mahkamah syariah. Jujur Laura amat bahagia kerana suaminya itu sudah tiada dan bukan Islam juga.

Mengenai mafia? Dia tidak akan berhenti untuk menjadi pewaris kerana tiada orang lain lagi yang boleh digantikan. Kerjanya? Dia bertekad untuk membuka butik pakaian muslimah kerana dia juga berbakat dalam menghasilkan pakaian muslimah.

Bagasinya ditarik lalu diangkat sebelum kakinya melangkah menuruni tangga. Rumahnya itu dimana rumah milik arwah papanya di Itali dipandang lama. Banyak kenangan dia bersama papanya dahulu.

Laura merasakan matanya mulai hangat. Bila-bila masa sahaja tangisannya akan pecah. Dia mengelipkan matanya beberapa kali untuk menahan dari mengalirkan air matanya.

Tudung shawl yang tersarung elok dikepalanya dibetulkan sedikit. Dia tersenyum melalui pantulan cermin. Imej barunya yang sangat berbeza dari sebelum ini. Dulunya dengan bangga dia memakai pakaian yang selalu mendedahkan dadanya tetapi sekarang tidak lagi.

 Dulunya dengan bangga dia memakai pakaian yang selalu mendedahkan dadanya tetapi sekarang tidak lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia menarik bagasinya menuju ke pintu utama. Pintu utama dibuka dan alangkah terkejutnya dia melihat figura lelaki dihadapannya. Dia berundur kebelakang serta menggelengkan kepalanya.

"Awak nak apa, Rayden?" soal Laura yang sudah menggigil ketakutan. Rain melihat Laura dari atas sehingga bawah. Cantik. Wanitanya sangat cantik. Wanitanya sudah berubah 100%. Penggunaan aku kau juga sudah tidak terlucur dari bibir wanita itu. Rain tersenyum sinis.

"To claim what's belong to me." ujar Rain.

"Tolong jangan ganggu saya lagi. Kita dah cerai. Awak tolong cari kebahagiaan awak. Saya dah tak sanggup terus macam ni. Saya takkan terima awak. Tolong faham." rayu Laura. Rain mendekati Laura. Kedua bahu wanita itu dicengkam kuat. Laura menepis tangan Rain kerana sakit tapi tidak terusik sama sekali.

"Sakitlah! Jangan sentuh saya! Dosa!" marah Laura.

"Dosa? Kau tahu pulak halal haram? Sebelum ni bukan ke kau—"

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now