Prologue

138 9 0
                                    

Ying: Haih,apalah nasib...

Ying sekarang berada di belakang batu, sedang bersembunyi dari musuh selepas menyelamatkan power sphere Rainbot di planet air.

Ying: Haiya!! Mereka ni tak reti mengalah kan?!

Ying mengintai dari belakang. Kelihatan sekumpulan alien menunggang motosikal alien mencarinya.

Ying: Nampaknya aku terpaksa buat sesuatu.

Ying berlari sepantas mungkin menuju ke kapal angkasa. Alien yang mencarinya ternampak dia lari lalu mengejarnya.

Ying: Alamak! Aku kena cepat!

Ying ambik jalan pintas untuk ke kapal. Malangnya ada gaung yang memisahkan dia dengan kapal angkasa. Dia berlari memecut sepantas mungkin untuk sampai ke kapal angkasa tetapi dia tak berjaya.

Ying: Aah!

Ying baling Rainbot masuk dalam kapal angkasa dengan selamat tetapi dia jatuh ke dalam gaung. Alien yang mengejarnya hanya memandangnya yang berlumuran darah dan tak bernyawa di dasar gaung.

..................

Ying: *gasp* Aku kat mana ni....?!

Ying memandang sekelilingnya. Dia berada di sebuah perpustakaan yang luas dengan buku berterbangan dan jam terapung di mana-mana. Kelihatan seorang perempuan berambut putih duduk atas almari buku, memandangnya.

Chronomage: Baru bangun? Baguslah.

Ying: Aku kat mana?! Siapa kau?! Bukan ke...

Chronomage: Kau sepatutnya mati lepas jatuh gaung? Dah tentu,tapi ini merupakan peluang untuk kau hidup sekali lagi.

Ying: Peluang?

Chronomage: Aku benarkan kau hidup balik,dengan syarat kau tak boleh pilih dunia asal kau. Kau kena pilih dunia lain.

Semua jam di situ menunjukkan pemandangan dunia berbeza. Ying meneliti setiap satu dan akhirnya memilih dunia yang ada gambar naga emas.

Ying: Ini.

Chronomage: Baiklah. Jadi...

Ying: Aku akan jumpa lelaki hensem tak?! Ada rupa macam Park Bogum?! Sana dan istana tak?! Kalau istana mesti ada perpustakaan!!

Chronomage: Kau dah kenapa?!

Ying: Saja. Ehehe! Mana tahu aku jumpa pasangan sehidup semati aku ke...

Ying terus menghilang. Chronomage memicit dahinya, merasakan dia perlu pilih orang lain tetapi benda dah jadi. Apa boleh buat kan?

Chronomage: Kau tak tahu dunia apa yang kau pilih budak. Takpelah,dia akan tahu sendiri.

YING: GOLDEN HOUR PRINCESSWhere stories live. Discover now