🏰CH 24

27 5 2
                                    

Alice: Apa aku nak buat ni...??

Sebaik saja dengar yang Ying mengunci dirinya dalam bilik hotel, Alice terus lari balik ke hotel dan cuba bercakap dengan Ying. Tetapi Ying langsung tak menyahut.

Alice: Haih,jadi macam nilah pulak.

Addy: Tuanku,apa yang jadi ni?

Alice: Saya tengah berjalan di kawasan pasar,tiba-tiba Blake muncul entah dari mana dan sekarang,puteri berkurung dalam bilik.

Flash: Jangan sampai dia mengamuk pulak. Habislah hotel keluarga saya.

Alice: Puteri!! Boleh buka pintu tak?!

Alice mengetuk pintu bilik Ying tetapi tiada sahutan.

Ying berselubung dalam selimut,cuba lupakan apa yang jadi. Dia hampir nak keluarkan bom yang dibawa bersama kalau bukan sebab Ciel dan Halloween yang tenangkan dia.

Ying: .....

Halloween: Mereka masih nak ganggu tuan ke? Aku bakar mereka jelah.

Ciel: Jangan!! Sini bukannya istana tapi hotel! Tunggu kita balik istana kalau kau nak bakar bagai!!

Ying mengendahkan kebisingan yang ada. Dia menutup kepala dengan bantal dan cuba tidur.

SKIP TIME

Matahari dah terbit. Ying terjaga dari tidurnya. Dia bangun dan memandang pintu yang ditahan dengan almari dan meja.

Ying: Mereka dah pergi. Mungkin mereka takkan kembali untuk hari ni.

Ying mengalihkan almari dan meja dan letak di tempat asal. Sebaik saja dia buat macam tu....

Flash: Sekarang..!!

Flash,Krum,Alice dan Rebecca merempuh masuk dalam bilik Ying dan mengunci pintu,menghalang sesiapa dari keluar atau masuk.

Ying: Ergh...

Alice: Puteri,saya nak tahu. Tentang semalam. Mac-

Ying: Hiyah!!

Ying menghilang dan dalam sekelip mata,mereka semua tumbang dengan rasa sakit di bahagian belakang.

Addy: Aduh!!

Rebecca: Apa yang....adoi belakang aku...

Alice: Healing Light.

Alice menyembuhkan dirinya dan bangun. Dia tengok sekeliling dan dapati Ying dah hilang termasuk Ciel dan Halloween.

Alice: Alamak!! Dia lari pulak dah!!

Sebenarnya,Ying lari ikut tingkap bilik dan bersembunyi di luar bilik. Dia duduk menunggu mereka pergi.

Ying: Sesiapa jangan buat apa-apa.

Alice: Kita kena cari puteri cepat!! Atau....

Alice mula terbayang benda paling teruk boleh jadi. Dia jadi gelabah dan takut kalau-kalau ayah dia dengar tentang perkara ni.

Rebecca: Suruh yang lain buka mata dan cari puteri semasa mereka keluar. Dia boleh berada di mana-mana.

Mereka semua keluar dari bilik dan menutup pintu. Memandang mereka meninggalkan bilik,Ying melompat masuk dalam bilik semula tetapi...

Alice: Aha! Jangan lari!!

Alice tembus masuk dalam bilik dan hasilkan perisai untuk menghalang sesiapa masuk atau keluar.

Ying: Tch!

Alice: Puteri,sekarang puteri tak boleh lari. Apa kata puteri bagitahu je saya. Apa kena dengan parut di tangan puteri?

YING: GOLDEN HOUR PRINCESSWhere stories live. Discover now