🏰CH 38

25 4 0
                                    

Setelah dipastikan bahawa Ying betul-betul sembuh,dia dibenarkan kembali ke bilik. Dia baring atas katil dengan rasa lega selepas hampir sebulan tersesat dalam hutan.

Ying: Akhirnya,rumahku syurgaku!

Pintu biliknya dihempas buka. Ling meluru ke arah Ying dan memeluknya.

Ling: Adinda! Nasib baik adinda selamat!

Ying: Kenapa ni kakanda?

Ling: Kakanda risau tahu tak?!

Ling menyeka air mata. Dia memeluk Ying lagi walaupun badannya berbalut.

Ying: Kakanda....mana yang lain?

Ling: Mereka semua sibuk. Kenapa?

Ying: Takde apa. Adinda saja bertanya.

Mereka berbual seketika sebelum Ling kembali ke biliknya. Ying baring atas katil,merehatkan mindanya dari kepenatan fizikal dan mental.

KEESOKANNYA....

Ying berjalan-jalan di sekitar istana. Dayang istana yang terserempak dengannya menjauhkan diri mereka. Ying tak faham kenapa tapi dia endahkan. Sedang dia leka berjalan...

Fei: Adinda.

Fei memanggil Ying. Dia mendekati Ying dan menyerahkan dokumen padanya.

Fei: Boleh tolong berikan dokumen ni pada ayahanda?

Ying: Erm...boleh.

Ying berjalan ke pejabat R.Tien untuk menyerahkan dokumen. Dia berhenti di hadapan pintu pejabatnya dan ketuk.

R.Tien: Masuk.

Sebaik saja Ying melangkahkan kaki ke dalam,riak wajah R.Tien berubah dari tegas kepada masam.

R.Tien: Ying. Kenapa kamu ke mari?

Ying: Kakanda Fei minta saya berikan dokumen ni pada ayahanda.

Ying meletakkan dokumen tersebut atas meja dan berjalan ke pintu keluar. Tiba-tiba pintu tertutup sendiri.

R.Tien: Ying,kamu nak tahu,kenapa kamu dilayan seperti ini?

Ying: Maksud ayahanda?

R.Tien: Jangan nak berpura-pura! Dah lama kami layan kamu macam orang asing tapi kenapa kamu sikit pun tak memberontak?!

Ying: Sebab....semua orang ada sebab mereka.

R.Tien menghembus nafas kasar dan bangun. Dia mengambil fail dari dalam laci meja dan campak ke arah Ying. Ying memandang fail yang berada atas lantai di hadapannya.

R.Tien: Kamu tengok sendiri.

Ying mengambil fail tersebut dan baca. Dia menyelak satu persatu helaian sebelum menutup fail. Dia memandang R.Tien dengan muka kosong.

R.Tien: Nampak? Aku dah buat macam-macam supaya kau memberontak tapi kenapa kau-

Ying: Sebab saya yakin,ada sesuatu yang tersirat di sebalik semuanya.

R.Tien menjadi marah. Dia memandang Ying tajam dan melangkah ke arahnya.

R.Tien: Jadi kalau saya buat sesuatu pada kamu,ada makna juga?

Ying: Bergantung. Mungkin ya mungkin tidak.

R.Tien: Baik!

Ada serangan dari belakang yang membuatkan Ying tersembam ke hadapan. Kakinya dirantai dengan rantai besi dan beberapa orang berbaju hitam memegang tangannya.

R.Tien: Bawa dia ke luar dan masukkan dia dalam khemah! Kalau ada sesiapa tanya,cakap yang dia sedang berkhemah!!

Orang-orang berbaju hitam mengangguk sebelum mengheret Ying pergi. R.Tien duduk di kerusinya, memicit dahinya yang terasa pening.

YING: GOLDEN HOUR PRINCESSWhere stories live. Discover now