🏰CH 37

23 5 0
                                    

(Masih flashback Ying)

Ying duduk dalam biliknya,menyapu ubat pada kakinya yang bengkak akibat terlanggar batu.

Ying: Tsk....sakit betul...

Selepas itu,Ying baringkan kepalanya dan menutup mata untuk tidur. Tak lama kemudian,pintu diketuk bertalu-talu. Dia bangun dan buka pintu dan nampak Fei bersama Ming.

Fei: Ying,adinda nak ikut kami pergi ke hutan?

Ying: Eh? Ada apa-apa ke?

Ming: Ada sesi memburu. Sekejap saja. Kanda yang kerusi sesi ni.

Ying pun segera bersiap dengan ubat kalau-kalau dia cedera atau sesiapa cedera. Dia memakai but tinggi dan stokin panjang untuk menutup kakinya yang bengkak.

Mereka bertiga diiringi beberapa pengawal bersenjata ke dalam hutan. Mereka merayau dalam hutan, mencari haiwan seperti rusa atau arnab.

Fei: Jauh lagi ke kanda?

Ming: Kanda yakin,kita hampir sampai.

Ming menjeling pengawal yang ada di sebelah Ying. Pengawal tersebut mengangguk faham dan mengeluarkan bebola berisi ubat dan jatuhkan ke tanah.

Ming: .....

Ying: Hm?

Ying perasan bebola yang dijatuhkan pengawal tadi. Dia mengambil bebola tu dan melihatnya dengan teliti.

Ying: Hey,ada seseorang...jatuhkan benda....ni....

Ying jatuh tak sedarkan diri. Ming diam-diam senyum sinis dapat mengajar Ying. Mereka teruskan berjalan hingga mereka hilang dari pandangan Ying.

SKIP TIME

Ying: Uhm....

Ying terjaga dengan kepala berpinar. Dia mengambil ubat tahan sakit dan makan. Dia bangun perlahan-lahan dan dapati dia ditinggalkan di dalam hutan oleh Ming.

Ying: Kanda! Kakanda! Kiranya ada di mana?!! Eh?

Ying ternampak ada seekor rubah merah tersekat di bawah akar pokok. Ying mendekati rubah tersebut dengan berhati-hati. Rubah itu sedar kehadiran Ying,menggulung dirinya ketakutan.

Ying: Jangan takut. Saya takkan apa-apakan kamu ma....

Ying mencabut akar pokok  dan angkat rubah tu dan belai. Rubah tu memandang Ying dengan matanya yang comel dan bersinar.

Ying: *chuckle* Jom,kita cari jalan keluar bersama.

Ying mencari jalan keluar dari hutan bersama rubah tersebut. Sepanjang dia berjalan,dia rasakan dia berada semakin jauh ke dalam hutan.

Ying: Haiya! Macam mana ni?!

Hari mulai gelap. Ying berteduh di bawah pokok dengan lubang yang kecil,cukup-cukup untuk orang dewasa. Ying meletakkan rubah tadi atas ribanya dan mengeluarkan selimut kecil yang dibawanya.

Ying: Nah. Mesti kau sejuk kan?

Ying menyelimuti rubah tersebut. Ying memandang sekelilingnya, memastikan tiada haiwan berdekatan. Dia tinggalkan rubah dalam batang pokok dan pergi mencari dahan kering untuk nyalakan api.

Ying: Huh....huh.....huh....

Selepas mengutip dahan,Ying kembali ke batang pokok dan nyalakan api. Dia duduk di hadapan unggul api, memeluk dirinya. Kesejukan dingin malam menyebabkan badan dia menggeletar.

Ying: *menggigil* Brr! Sejuknya...!!

Ying memandang rubah dalam batang pokok. Ying angkat dan letak atas pehanya. Dia mengusap lembut rubah itu.

YING: GOLDEN HOUR PRINCESSWhere stories live. Discover now