Sakura Resort,resort yang menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk percutian. Tapi......resort ni hanya dibuka untuk pengunjung raksasa saja. Manusia tak dibenarkan. Tapi ada satu pengecualian.
Alice: Baiklah. Kita kena perhatikan puteri. Jangan bagi dia hilang atau sesat.
Alice dan yang lain memandang Ying yang sibuk membaca risalah tentang resort. Dia menjeling mereka sekilas sebelum menyambung membaca.
Leafia: Jadi....siapa akan bersama puteri?
Krum: Saya rasa baik kita bergilir jaga puteri. Saya tak nak identiti dia terdedah kepada raksasa lain.
Flash: Cakap pasal identiti,kita nak jawab apa kalau ada yang tanya?
Alice: Korang semua cakap je yang dia sebenarnya witch. Jangan sampai yang lain pun pecah tembelang pulak.
Mereka bersetuju untuk jaga Ying secara bergiliran. Dimulai dengan Rebecca, Krum,Flash,Leafia,Addy dan Alice.
BERSAMA REBECCA
Rebecca: Baiklah puteri!! Kita takkan ke mana-mana untuk sekarang! Kita cuma akan duduk di sini saja!
Rebecca dan Ying berada di hadapan kedai hadiah. Ying memandang hadiah yang ada dan dia agak tertarik dengan mainan yang ada bola di tengahnya. Kendama.
Ying: Tu....
Rebecca: Hm? Tu?
Rebecca nampak kendama yang direnung Ying. Dia membeli dua,satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Ying.
Rebecca: Nah,jangan nak buat perangai.
Rebecca cuba bermain dengan kendama tersebut tetapi agak susah kerana dia tak dapat imbangkan bola dengan betul.
Rebecca: Susah jugak mainan ni. Puteri-
Ying bermain kendama tu dengan senang. Malah dia main tanpa melihat. Dia memusingkan tangannya sepantas kilat dan kendama tersebut bergerak dengan pantas.
Rebecca: *jawdrop*
Ying mengambil kendama Rebecca dan main dengan kedua belah tangan. Dia bermain dengan profesional sehinggakan Rebecca sendiri rasa tercabar.
Rebecca: Saya pun boleh buat jugak!!
Rebecca mengambil kendama dari tangan Ying dan cuba buat benda yang sama. Tetapi tangannya agak kaku,bola asyik terjatuh.
Rebecca: Uguh.....
Ying sekadar memandang Rebecca yang kelihatan agak kebudak-budakan dengan pandangan kosong.
Ying: Kesian....
BERSAMA LEAFIA
Leafia membawa Ying ke taman di mana ada sungai dan ada bot untuk disewa. Mereka berdua duduk di bawah pokok memandang raksasa yang lalu lalang.
Leafia: Tenang je rasa.
Leafia berada tenang berada dekat dengan tumbuhan memandangkan kuasa dia berdasarkan tumbuhan. Ying memeluk lutut memandang keluarga yang menaiki bot dengan gembiranya.
Ying: .....
BERSAMA FLASH
Flash: Baiklah puteri.....apa kita nak buat sekarang?
Mereka berdua berjalan di sekitar tempat tanpa arah tuju. Ying ternampak kedai kek yang dipenuhi pelanggan. Dia menunjukkan ke arah kedai tersebut dengan air liur meleleh.
Flash: Geh?!? Tapi saya bahaya kalau puteri-
Ying dah pun masuk ke kedai dan duduk di meja. Dia memandang menu yang disediakan.
YOU ARE READING
YING: GOLDEN HOUR PRINCESS
FanfictionYing mati semasa menjalankan misi dan dia berjumpa dengan penjaga garisan masa, Chronomage. Chronomage: Aku akan hantar kau ke dunia baru. Ying ingatkan dunia baru akan jadi lebih baik tetapi sangkaannya meleset. Berlaku peperangan antara manusia...