🏰CH 15

35 5 0
                                    

Alice mundar-mandir dalam pejabatnya. Sedang berfikir macam mana nak selamatkan Ying.

Alice: Macam mana ni? Kalau main terjah je dia akan hantar askar mayat dia. Kalau nak suruh seseorang menyelinap mungkin menjadi.

Sedang Alice berfikir dengan dalamnya,Ciel terbang masuk dalam pejabat dengan bantuan Lucky Bunny.

Ciel: Saya ada idea!

Alice: Kau?! Aku ingat kau dah kena kunci dah!!

Ciel: Excuse me? Saya Grimoire yang sangat berbahaya. Setakat seorang dua macam tu,celah gigi je....

Alice: Tsk! Apa idea kau?!

Ciel: Begini....

SEMENTARA ITU

Di sebuah menara yang mencecah awan,kelihatan puteri kita memandang keluar tingkap dengan penuh kebosanan.

Ying: Haiya. Banyak bosan ma.

Ying mengeluarkan gunting gergasi dari (Storage) dan potong jeriji besi dan melangkah keluar.

Ying: Aku pergi cari apa-apa yang boleh hilangkan kebosanan aku.

Ying bersiar di sekitar tingkat 7 dan terus ke tingkat 15. Dia nampak pintu bilik terkuak sikit dan Blake di dalamnya sedang menghasilkan askar mayat.

Ying: Dia buat askar dari mayat? Wow...

Blake: Siapa tu?!

Blake membuka pintu kasar dan nampak Ying di hadapannya memegang gunting gergasi.

Blake: *sigh* Lagi? Kan saya dah pasang kayu untuk halang puteri keluar.

Ying: Takde kesan. Apa kau buat tu?

Ying nampak ada mayat dengan anggota badan berbeza dijahit menjadi satu dan kepala manusia.

Blake: Inilah ciptaan terbaru saya! Frankenstein yang bergerak dengan menyerap tenaga dari sekelilingnya! Amacam?

Ying: Hm.....macam tak berapa kuat je.

Blake: Belum salurkan tenaga lagi bolehlah cakap.

Blake berjalan ke arah mesin untuk salurkan tenaga pada Frankenstein dan aktifkan. Tenaga mula bergerak memenuhi core yang berada di dadanya.

Blake: Akhirnya...Akhirnya ciptaan terhebat aku akan siap! Kyahahaha!!

Ying: .....

Beberapa minit berlalu dan Frankenstein masih belum bangun.

Ying: Berapa lama nak tunggu ni?

Blake: Mungkin...beberapa jam kot.

Ying: *facepalm*

Blake: Apapun,puteri tak patut berada di sini.

Blake hasilkan askar mayat untuk iringi Ying kembali ke sel tetapi....

BOOM!!

Blake: Apa tu?!

Alice: Blake!! Keluar sekarang!!

Blake memandang keluar tingkap, kelihatan Alice bersama tentera raksasa buaya mengepung menara Blake.

Blake: Ingat dia seorang je yang ada tentera? Hmph!!!

Bulatan magik gergasi muncul di udara dan ratusan mayat jatuh bagaikan hujan dan mempertahankan menara.

Blake: Halang mereka!!

Alice: "Sekarang!"

Addy yang bersembunyi dalam bayang Alice menyelinap melalui bayang raksasa buaya dan terus masuk dalam menara. Dia memandang sekeliling dan nampak patung penjaga memegang kapak.

YING: GOLDEN HOUR PRINCESSWhere stories live. Discover now