R.Tien: Macam mana dengan askar kita!?!
Song: Semuanya dah bersedia ayahanda! Senjata kita juga dah siap ditambahbaik!
Ming: Bekalan kristal kita mencukupi untuk serangan meriam! Dan kita juga dah arahkan seribu askar diraja untuk turut serta!
R.Tien: Bagus!
Manakala di istana raksasa...
Alice: Macam mana dengan persiapan kita?
Rebecca: Setakat ni takde sebarang masalah yang timbul. Askar kita juga dah diatur dengan teliti.
Leafia: Berdasarkan keadaan geografi, kita mungkin patut hantar askar kita dalam jumlah yang kecil.
Alice: Di mana tempatnya?
Krum: Di sini.
Krum hidupkan bola kristal dan tunjukkan tempat mereka akan berperang.
Alice: Tempat ni dekat dengan gunung tempat saya dan Ying dibawa hari tu.
Flash: Saya dah suruh orang saya pergi tinjua kawasan di sekitarnya. Takde tempat untuk mereka serang hendap kita. Kita pun tak boleh buat benda yang sama.
Alice: Macam mana dengan Blake? Dah tanya dia?
Addy: Saya dah tanya dia tuanku. Dia kata dia akan bantu kita kalau....kita pinjamkan puteri pada dia untuk beberapa hari.
Alice: *facepalm* Dia saja cari pasal ke apa? Ayah saya?
Rebecca: Ayah tuanku dalam perjalanan menuju ke sini.
Alice: Pastikan takde siapa buat masalah masa dia ada di sini. Saya tak nak dengar dia membebel panjang lebar.
Ying: Aku...?
Mereka memandang Ying yang duduk di sebelah Flash. Mereka dah terbiasa dengan kemunculan mengejut Ying. Boleh kata,mereka dah terbiasa kalau Ying muncul mengejut.
Krum: Puteri.....pasti ke nak ikut sekali?
Ying: Dah tentu. Saya tak sabar nak balas balik pada mereka semua. Hehe~
Ciel: Saya akan bantu puteri sekali!
Alice: Kita akan gunakan Ying sebagai umpan untuk tarik perhatian mereka semua. Korang semua kalau nak ikut, dipersilakan.
Rebecca: Kita nak tarik perhatian siapa?
Alice: Raja mereka. R.Tien dan anak-anak dia.
Ying: Dua dari mereka bukannya boleh harap nak berlembut dengan kita. Jadi kalau korang nak pancung mereka pun takpe.
Addy: Wow...
Leafia: Oh ya. Mana puteri Ling?
Ling berada dalam sel tahanan sebelah sel tahanan Ying. Dia sedang memfokuskan perhatian pada senjatanya.
Ling: *deep focus*
Pistol berkembar bergabung menjadi senapang hitam yang boleh digunakan untuk serangan jarak jauh.
YOU ARE READING
YING: GOLDEN HOUR PRINCESS
Fiksi PenggemarYing mati semasa menjalankan misi dan dia berjumpa dengan penjaga garisan masa, Chronomage. Chronomage: Aku akan hantar kau ke dunia baru. Ying ingatkan dunia baru akan jadi lebih baik tetapi sangkaannya meleset. Berlaku peperangan antara manusia...