🏰CH 49

30 6 0
                                    

Xien: Hahahahahahaha!!!

Ling: Makcik,apa yang makcik maksudkan!?!

Xien menekan perutnya sakit kerana ketawa berlebihan.

Xien: Kejap! Pfft! Eheheh....okey macam ni. Pfft!

Ying: 😑

Xien: Macam ni. Harmony of Balance adalah kuasa yang mampu memecahkan hukum fizik dunia.

Ling: Memecahkan hukum fizik dunia?

Xien: Ya. Ada rekod tentang pemilik Harmony of Balance satu masa dulu. Dia pernah gunakan kuasa tu untuk capai apa yang dia nak tapi.....

Ying: Tapi?

Xien: Pengakhirannya tak berapa baik. Dia mati dan sampai sekarang takde siapa yang pernah pegang kuasa tu. Sehinggalah sekarang.

Ying memandang tangannya. Dia memegang batu kecil di sebelahnya dan ia terapung dan terbelah dua.

Ling: Habis tu? Apa maksud makcik tentang berpecah kepada dua tu?

Xien: Hm......macam mana nak cakap ya? Lebih kurang....

Xien keluarkan pedang dari belakangnya dan libas kepala Ying.

Xien: Lebih kurang macam ni!

Ling tergamam. Dia tak menyangka yang Xien akan bertindak menyerang Ying. Dia baru nak keluarkan pistol tetapi dihalang oleh Ying.

Ying: Takpe Ling. Saya faham.

Ying memandang tangan yang keluar dari belakang badannya dan menahan pedang tersebut. Perlahan-lahan,seseorang menyerupai Ying keluar dari badannya.

Ying: Jadi kau boleh keluar selama ni?

Yan: Untuk kepastian. Aku tak pasti berapa lama aku boleh bertahan macam ni.

Ling jadi semakin pening. Mula-mula Xien serang Ying dengan pedang, lepas tu ada dua Ying. Dia tak tahu nak bagi reaksi apa.

Ling: !!!!!??

Ying: Kenapa kau tak bagitahu je aku sebelum ni?

Yan: Alah,biarlah rahsia. Bukannya ada masalah pun.

Ying: Masalahnya kau yang buat sepah masa kita ikut Alice balik rumah dia dulu!! Lepas tu,aku yang kena uruskan selebihnya!!

Yan: Cerita lama tak payahlah nak ungkit bagai.

Ling memandang mereka berdua. Dia tak tahu nak cakap apa sebab dia tak faham sikit pun apa yang Xien cakap.

Xien: Lebih kurang macam nilah. Harmony of Balance cipta personaliti berbeza dari pemiliknya sebab ia memfokuskan kepada emosi yang disembunyikan.

Ying: Emosi yang disembunyikan? Jadi dia ni....

Yan: Yep! Kau rasa nak balas dendam, kau nak seksa mereka,kau nak balas balik apa yang mereka buat pada kau? Akulah manifestasi perasaan kau yang kau pendam selamat bertahun!!! Haha!!

Ying: Hehehe~

Yan: Ha?

Ying: Bagus. Kalau macam tu, seronoklah kerja aku lepas ni.

Yan: Heh! Kau nak balas balik perbuatan mereka? Kau kena tunggu masanya.

Ying: Tapi bila masa tu tiba,kita takkan berdolak dalik lagi.

Yan: Ya....

Mereka berdua ketawa dengan senyuman yang menyeramkan. Xien hanya menggeleng kepala.

Xien: Haih,habislah. Oh ya. Macam mana dengan mereka di bawah sana?

YING: GOLDEN HOUR PRINCESSWhere stories live. Discover now