🏰CH 44

30 7 0
                                    

Ying: Kenapa dengan korang ni?

Ying berada di bilik mesyuarat untuk kacau Alice dan yang lain bermesyuarat tapi sebaliknya,dia tengok mereka baringkan kepala atas meja dengan rasa kecewa.

Rebecca: Kenapa....

Flash: Tolonglah. Katakan ini semua dusta belaka.

Ying: Er....hello? Ada sesiapa yang masih hidup tak?

Alice: Kitorang okey Ying.

Ying: Haiya! Kalau okey,kenapa korang macam takde niat nak hidup ni? Muka monyok je.

Krum: Sebenarnya puteri,kami sedang berbincang tentang kem latihan kami.

Ying: Kem latihan?

Leafia: Ianya kem khas untuk kami pihak atasan untuk kuatkan lagi diri kami. Masalahnya....

Alice: Tempat yang kami nak pergi ni adalah neutral ground. Tak kisah manusia atau raksasa,semua dibenarkan pergi.

Ying: Jadi?

Alice: Masalahnya....kami periksa jadual untuk pastikan kami yang paling awal tiba. Tapi entah macam mana,si Blake tu pun pergi jugak!!!

Alice berikan jadual yang menunjukkan waktu kem tersebut dibuka. Blake bersama kawannya Zara dan Aerith akan turut serta mengikuti kem latihan.

Flash: Kami tak nak jumpa dengan mereka. Buang masa....

Addy: Kenapa mereka tak pilih je sesi lain? Tahun depan ada banyak lagi sesi kosong untuk mereka.

Ying: Alahai. Ini benda kecik je.

Alice: Bukan benda kecik Ying!! Kami dalam bahaya!

Ying: Kenapa? Sebab semua orang jarang buat senaman dan korang nak pergi sana kena naik tangga beribu-ribu anak tangga?

Tekaan Ying tepat. Mereka sebenarnya tak nak nampak lemah di hadapan Blake dan kawan-kawannya sebab mereka jarang bersenam. Hanya sekadar untuk jaga badan saja.

Ying: Ish,ish,ish,ish. Kesian~

Rebecca: Aku lagi rela kena kejar dengan puteri dari berjumpa mereka di kem tu.

Ying: Oh~

Ying dapat idea yang boleh menghilangkan bosannya. Dia lari balik ke sel tahanan,tukar baju sukan dan kembali ke bilik mesyuarat.

Ying: Kalau macam tu,jom kita ke luar!! Kita bersenam kejap!

Flash: Ada ke senaman boleh buat kami tahan naik tangga?

Ying: Hehehehe~

Few minutes later~

Flash: Menyesal aku tanya!!!!

Mereka sekarang dikejar Ying bersama gunting gergasi di tangan. Malah,Halloween turut mengejar mereka dalam bentuk singa gergasi.

Ying: Lari laju lagi! Lari! Hahaha!

Halloween: Seronok jugak kalau hari-hari macam ni.

Addy: Kenapa tak pergi gim je?!? Kan ada dalam istana!?!

Ying: Ingat peralatan dekat gim tu cukup? Korang kena lari macam nak selamatkan nyawa korang dari maut!!

Rebecca: Kaulah kematian kami!! Aku tak nak mati!!

Alice: Ying!! Kalau kau berhenti,aku belanja donut coklat nanti!!

Ying: Sorry no bribery! Jangan nak mengelak dari bersenam!! Mulai hari ni,semua orang kena lari 100 pusingan mengelilingi istana!!!

Addy: Gila ke?!?!

Mereka terus larikan diri dari dibelah dua oleh Ying. Sebaik saja cukup 100 pusingan mengelilingi istana,mereka terus pengsan dengan mulut berbuih.

YING: GOLDEN HOUR PRINCESSWhere stories live. Discover now