Alice berada di pejabat,menyemak kertas kerja untuk program akan datang.
FLASHBACK
Alice: Baiklah! Kita mulakan mesyuarat kita sekarang!
Alice memasang bola kristal sebagai projektor dan tayangkan di skrin.
Alice: Kita kena fikir tentang program untuk pekerja baru kita. Maksudnya business trip.
Krum: Bagaimana dengan lawatan ke rumah tuanku?
Alice: Tak mungkin. Kalau ayah saya nampak mereka,saya rasa mereka takkan hidup lama.
Flash: Kalau.....kita pergi ke resort je tak boleh?
Alice: Resort?
Flash; Ya. Kita boleh bercuti dan dalam masa yang sama kenal dengan orang baru lebih dekat.
Mereka semua memandang Flash terkejut.
Addy: Macam mana kau boleh fikir idea ni?
Flash: Tadi aku tengok resort mana yang murah online. Ada jugak beberapa resort yang masih kosong.
Krum: Jadi kita semua akan ke resort?
Alice: Kalau semua orang setuju,kita akan ke resort. Di mana resort tu?
Flash: Kalau saya tak salah.......nama dia Sakura Resort.
Rebecca: Sakura Resort? Bagus jugak tu.
Leafia: Tempat yang sesuai untuk kita bercuti dan adakan lawatan kerja.
Alice: Sebelum tu,kita kena buat sesuatu tentang puteri.
Mereka semua mengangguk tanda setuju.
FLASHBACK END
Alice: *usap kepala* Macam mana aku nak uruskan puteri ni? Kalau dia lari dari kami,habislah aku.
Ying: Saya takkan lari ma.
Alice memandang Ying yang duduk di hadapannya dengan Lucky Bunny di tangan. Dia dah terbiasa dengan kemunculan mengejut Ying jadi dia Takdelah terkejut sangat.
Alice: Betul ni?
Ying: Betul. Saya pun belum pernah bercuti.
Alice: Yelah. Tapi puteri kena duduk belakang sekali faham?
Ying: Ya....
SKIP TIME
Hari yang dinantikan tiba. Semua orang telah berkumpul di hadapan istana dengan beg baju masing-masing dan kelengkapan yang diperlukan.
Kebanyakkan pekerja lama istana kena tinggal untuk mempertahankan istana jadi tak ramai pekerja senior yang ikut.
Krum: Semua orang dah sedia?
Krum memandang semua raksasa yang ada. Dia keluarkan senarai nama yang panjang.
Krum: Nama yang saya panggil sila naik keretapi.
Bermula dari abjad A sampai Z,semua raksasa masuk dalam keretapi satu-persatu. Bila tiba giliran Ying,dia tidak kelihatan di mana-mana.
Krum: Puteri? Puteri ada di mana?
Rebecca: Kau tak nampak dia ke?
Flash: Entah! Kau ada?
Addy: Entah.
Leafia: Mungkin dia lambat?
Ying: Cepatlah!! Saya dah lama tunggu!!
Ying muncul dari dalam keretapi. Dengan hoodie kuning emas dan seluar slack hitam line merah dan sneaker.
YOU ARE READING
YING: GOLDEN HOUR PRINCESS
Fiksi PenggemarYing mati semasa menjalankan misi dan dia berjumpa dengan penjaga garisan masa, Chronomage. Chronomage: Aku akan hantar kau ke dunia baru. Ying ingatkan dunia baru akan jadi lebih baik tetapi sangkaannya meleset. Berlaku peperangan antara manusia...