Kita tinggalkan dulu Ying dan yang lain. Kita beralih kepada putera dan puteri di kerajaan manusia.
Ling baru saja selesai belajar. Dia berada di dalam bilik,berehat dari semua aktiviti diraja.
Ling: Lembutnya katil ni~
Kedengaran pintu diketuk dan suara seorang wanita yang agak dikenali.
Fei: Boleh kanda masuk?
Ling segera membetulkan posisi dan sikat rambut ke belakang.
Ling: Masuklah.
Fei masuk dalam bilik Ling dan menutup pintu. Dia melemparkan senyuman tipis pada Ling.
Fei: Ling,kanda dengar yang kanda Ming dan kakanda Song baru saja balik. Adinda nak pergi jumpa mereka?
Ling: Tak mengapa kakanda. Adinda nak berehat saja.
Fei berjalan ke arah meja belajar Ling dan duduk di kerusi.
Fei: Ling,sebenarnya kakanda ada benda nak cakap dengan adinda.
Ling: Apa dia?
Fei: Kakanda rasa.....ada yang tak kena dengan ayahanda. Kanda Ming dan kakanda Song pun sama.
Ling: Kenapa? Adinda tengok biasa je.
Fei: Kalau tengok sekali pandang je memang nampak macam tu . Tapi hari tu kakanda terdengar perbualan ayahanda dengan mereka berdua.
Ling: Lepas tu...?
Fei: Kakanda rasa,ada sesuatu yang mereka rancang tanpa pengetahuan kita.
Ling: Mungkin ianya berkaitan hal politik. Biasalah kalau mereka berdua berbincang dengan ayahanda je.
Fei nak balas tapi pintu dibuka dan kelihatan Hong yang baru balik dari berlatih.
Hong: Adinda Ling,Adinda Fei...
Ling: Kanda!
Fei: Baru balik dari berlatih?
Hong mengelap peluh di dahinya dan menyapu darah yang terpercik di bahunya.
Hong: Ya. Fei,boleh ikut kanda sebentar? Ada perkara kanda nak tanya.
Fei bangun dan melangkah ikut Hong. Ling menutup pintu dan kunci. Lepas tu dia baring atas katil dan tidur.
Hong membawa Fei ke biliknya. Hong mempelawa Fei masuk dalam biliknya dan Fei turutkan sahaja.
Fei: Jadi,kenal kanda-
Pintu ditutup dan dikunci. Tingkap turut dikunci dan langsir ditarik. Lampu siling menyala dan aircond dihidupkan.
Hong: Fei,apa yang kamu tahu setakat ni?
Fei: Maksud kanda?
Hong: Tentang ayahanda. Tentang kanda Ming dan kakanda Song.
Fei rasa pelik. Macam mana Ling tak tahu tentang rahsia mereka bertiga tapi Hong tahu?
Fei: Apa yang kanda cakapkan ni?
Hong membuka laci meja dan mengeluarkan beberapa dokumen yang disimpan rapi. Dia menyerahkan dokumen tersebut pada Fei.
Hong: Baca ni.
Fei mengambil dokumen tersebut dan baca satu persatu. Perlahan-lahan riak mukanya berubah kepada terkejut.
Fei: Kanda juga terlibat dalam hal ni?
Hong sekadar mengangguk.
Fei: Jadi....ini pelan yang ayahanda rancang selama ni?
YOU ARE READING
YING: GOLDEN HOUR PRINCESS
Hayran KurguYing mati semasa menjalankan misi dan dia berjumpa dengan penjaga garisan masa, Chronomage. Chronomage: Aku akan hantar kau ke dunia baru. Ying ingatkan dunia baru akan jadi lebih baik tetapi sangkaannya meleset. Berlaku peperangan antara manusia...