🏰CH 11

37 5 1
                                    

Di Dark Castle yang sangat aman, kelihatan sebuah festival sedang berlangsung.

Alice: Mari mulakan! Festival Sukan Tahunan kita!!

Semua raksasa bersorak keriangan. Festivel Sukan Tahunan yang merupakan peluang untuk meningkatkan tenaga dan stamina mereka.

Grivel: Hahaha! Juara angkat berat mesti aku kali ni!!

Ferb(Beruang): Kau jangan ingat aku boleh kalah dengan kau!!

Watt: Cakap pasal kalah,kita kena berjaga-jaga dengan dia.

Watt menunjukkan Ying yang buat regangan di hujung padang bersama Lucky Bunny di sisinya.

Grivel: Dia....dah terbiasa keluar sel kan?

Ferb: Kenapa kita tak tahan dia je?

Watt: Ini normal bro...

Ying buat regangan sambil berfikir

Ying: "Akhirnya peluang untuk aku bakar lemak dan pada masa yang sama berlatih magik yang aku olah sejak beberapa minggu ni!"

Alice: Baiklah,semua raksasa ambik tempat masing-masing!!

Alice akan jadi juri ditemani Rebecca yang baru keluar dari hospital dan Addy. Flash dia tak join sebab dia kena uruskan kubu pertahanan di tempat lain.

Rebecca: Acara pertama,Obstacle Course!!

Ada beberapa halangan disediakan antaranya adalah kolam lumpur, sarang semut gergasi,blok tanah terapung dan banyak lagi.

Addy: Semua orang kena lepasi semua halangan dan ambik bendera di hujung sana untuk menang. Bendera ada lima je jadi berusahalah.

Alice: Semua dah sedia?

Semua raksasa terus ke garisan permulaan bersama Ying yang teruja.

Alice: Mula!!

ZOOM!!

Ying berlari meninggalkan mereka. Semua raksasa terkejut dengan kepantasan Ying yang meninggalkan tapak kaki berapi di belakangnya.

Ferb: Biar betik puteri ni?!?

Watt: Selalunya dia memang laju macam ni ke?!?

Ying tiba di halangan pertama,kolam lumpur. Ada batang kayu untuk bergerak melepasi kolam tersebut. Ying dengan selambanya melompat ke hujung kolam dan teruskan perlumbaan.

Alice: Nanti!! Puteri itu menipu!!

Ying: Eh?!?

Addy: Puteri,yang lain baru terkial-kial nak lepasi kolam lumpur tu. Kalau ya pun tunggu lah dulu.

Ying: Yelah....

Ying duduk atas batu yang berdekatan menunggu yang lain lepasi halangan tersebut.

Grivel: Ugh....susahnya....

Ferb: Woah! Woah! Aku jatuh! Aku nak jatuh woi!!

Watt: Kau sedar tak kau duduk atas kayu tu?! Jalan pun tak?!

Ferb: Aku tak nak jatuh!!!

Ying memandang mereka bosan. Dia bersilang tangan dan kaki menunggu mereka.

Ying: Cepatlah...

Grivel: Kejap...!!

Selepas hampir 5 minit,ada beberapa raksasa yang berjaya lepasi kolam lumpur tu.

Ferb: Kita berjaya!!

Ying: Lamanya...

Grivel: Halangan seterusnya,yang ni susah ni...

YING: GOLDEN HOUR PRINCESSWhere stories live. Discover now