Ying: *yawn* Bosannya....
Selepas menang peperangan,takhta kerajaan manusia jatuh pada Hong memandangkan dia yang paling tua selepas Ming dan Song.
Tapi,Ying lari balik ke istana raksasa dan lepak dalam sel tahanan macam biasa dengan Lucky Bunny dan Nightmare Cub.
Ying: Macam mana agaknya keadaan mereka di sana? Mesti kalut tak terkata.
Grivel: Urm....puteri,ada orang nak jumpa puteri.
Ling: YING!!!!!
Ling lari masuk dalam sel dengan Fei untuk heret Ying balik ke kerajaan manusia.
Fei: Marilah balik! Kami perlukan bantuan kamu!!
Ying: Buat apa? Saya tak nak buat apa-apa.
Ling: Ini tentang mereka yang pernah seksa Ying masa kecillah!
Ying merenung tajam Ling. Dia buka almari dan keluarkan koleksi gunting yang dia ada dan masukkan dalam (Storage) untuk digunakan.
Ying: Sekejap ja. Lepas tu saya balik sini semula.
Fei: Tak payahlah. Duduk je kat istana macam dulu. Kakanda janji takde siapa berani cari pasal dengan Ying lagi.
Ying: Tak nak. Saya nak duduk sini. Lagi seronok dari tempat tu.
Mereka berdua faham Ying mungkin trauma dengan masa silamnya tapi mereka betul-betul perlukan bantuan dia.
Ling: Jomlah. Sekejap je...!!
Ying: *sigh* Yelah!
Mereka bertiga gunakan bulatan magik yang ada di taman khas untuk mereka gunakan.
Sejak mereka menang,hubungan mereka semakin baik antara satu sama lain. Alice dan Parston membantu Hong menguruskan hal istana dan cuba jernihkan hubungan mereka.
Ling,Ying dan Fei tiba di istana. Mereka berjalan menuju ke bilik pejabat diraja untuk berjumpa Hong. Sepanjang mereka berjalan,Ying dapat rasakan jelingan dari beberapa individu yang masih tak puas hati dengan kehadirannya.
Ying: "Mereka tak puas hati lah tu."
Yan: "Kalau kau nak,aku boleh uruskan."
Ying: "Tunggu dulu. Tunggu masa je nak buat mereka merana."
Mereka tiba di bilik pejabat diraja dan masuk. Kelihatan Hong sibuk menguruskan kertas kerja yang tertangguh.
Fei: Kanda....
Hong: Hm? Ah,kamu semua dah sampai. Duduklah.
Mereka duduk di kerusi panjang di sudut pejabat. Hong susun dokumen yang penting dan letak di tepi sebelum menyertai mereka.
Hong: Bagaimana dengan adinda?
Ying: Baik. Tapi rasa macam nak buat kerosakan pun ada.
Hong: Kenapa...?
Ying: *sigh* Normal. Kalau masa kecil dah terdedah pada benda macam tu, dah tentu saya akan trauma.
Hong mengangguk faham. Dia tahu yang Ying memang berkeras tak nak balik ke istana.
Hong: Kanda faham. Cuma....kalau boleh,sampai kerajaan kita boleh berdamai dengan mereka secara rasmi?
Ying: Dan saya akan jadi orang tengah untuk bantu jayakan rancangan ni?
Hong: Ya. Tapi-
Ying: Saya akan bantu.
Muka Hong berubah ceria tetapi kali serius. Dia rasa ada sesuatu yang Ying akan minta sebagai balasan.
YOU ARE READING
YING: GOLDEN HOUR PRINCESS
FanfictionYing mati semasa menjalankan misi dan dia berjumpa dengan penjaga garisan masa, Chronomage. Chronomage: Aku akan hantar kau ke dunia baru. Ying ingatkan dunia baru akan jadi lebih baik tetapi sangkaannya meleset. Berlaku peperangan antara manusia...