Alice: Kita dah sampai!
Mereka kini berada di kawasan air terjun yang tinggi dan cantik. Ada beberapa ekor burung bertenggek atas pokok memandang mereka.
Flash: Boleh tahan! Pandai kau cari...
Leafia: Kena tanya pokok yang ada untuk jumpa tempat ni.....
Krum: Jadi? Apa kita tunggu lagi?
Alice dan Rebecca menghampar tikar besar untuk mereka dan duduk. Yang lain turut menghampar tikar. Ada lebih kurang 100 raksasa yang ikut mereka.
Watt: Jadi....kita akan habiskan masa di sini bersama puteri?
Grivel: Takde teruk sangat.
Ying duduk memandang air terjun. Dia duduk memeluk lutut, merehatkan kepala atas lengannya.
Ying: ......
Alice: Kenapa ni?
Alice duduk di sebelahnya dan merangkul lehernya.
Alice: Kita kan nak berkelah? Enjoy~
Ying: Tak,sebab saya ada nampak beberapa orang di sana. Mungkin perempuan....
Alice melihat ke arah air terjun. Ada tiga orang sedang mandi manda di sebelah air terjun.
Alice: Siapa tu?
Ying: Entah....
Addy: Apa kita nak buat?
Krum: Aku ada bawak benda ni...
Krum tunjukkan bola lantai yang berwarna merah. Dia berikan pada Flash dan serentak itu,Flash terus menukar pakaian dan terjun dalam sungai.
Flash: Marilah! Air tak sejuk pun!
Addy: Siapa je yang nak-
SPLOSH~
Krum dah terjun ke dalam sungai dengan seluar pendek.
Krum: Apa kau kata?
Addy mencebik. Mereka semua berseronok bermain dan bermandi manda di situ. Perkelahan yang damai dan tenang.
Rebecca: Tuanku,nah~
Rebecca berikan sepotong kek pada Alice. Alice buka mulut dan makan kek dari tangan Rebecca.
Alice: Nice.....
Rebecca nampak tenang padahal dalam hati dah berdebar tak tentu pasal.
Flash: Hm? Siapa tu?
Flash ternampak tiga orang perempuan mandi di sebelah air terjun. Dia sedut nafas dan perlahan-lahan berenang ke arah mereka. Dia bersembunyi di sebalik batu,mengintai.
Flash: Jangan sampai mereka nampak aku sudahlah. Aku bukannya apa,aku cuma nak tahu siapa yang ada di sini selain kita. Tapi mereka perempuan. Hm......
Sedang Flash leka dengan fikirannya, ada batu besar jatuh menghempap kepalanya.
Flash: Adoi! Kepala aku.....
Flash bangun sambil memegang kepalanya. Dia berpaling untuk tengok siapa yang jatuhkan batu atas kepalanya dan ternyata....
Blake: Kau?!
Blake,Zara dan Aerith memandang Flash terkejut. Flash memandang mereka silih berganti sebelum menjerit.
Flash: Tuanku!!!
Aerith: Kau diam!!
Aerith heret Flash ke atas dan mereka bertiga sorokkan diri di sebalik air terjun. Alice berpaling memandang tempat Flash berada sebelum diheret pergi.
YOU ARE READING
YING: GOLDEN HOUR PRINCESS
FanficYing mati semasa menjalankan misi dan dia berjumpa dengan penjaga garisan masa, Chronomage. Chronomage: Aku akan hantar kau ke dunia baru. Ying ingatkan dunia baru akan jadi lebih baik tetapi sangkaannya meleset. Berlaku peperangan antara manusia...