Permulaan tahun baru bererti permulaan baharu untuk semua. Kerja baru,hidup baru,bini baru dan anak baru. Tetapi lain halnya dengan puteri kita ni.
Ying: Selesanya~
Ying berselimut dengan selimut tebal sebab keadaan yang sejuk. Salji masih turun dan udara pagi memang sejuk jadi Ying buat keputusan untuk bermalas dalam sel.
Ying: Hm~ hmm~
Ciel: Puteri,tak bangun lagi? Saya buku larangan ni pun dah bangun.
Ying: Biar saja ma~
Grivel dan Watt kebetulan lalu di depan sel tahanan Ying dan mengucapkan selamat tahun baru kepadanya.
Grivel: Selamat tahun baru puteri!
Ying: Ya~~
Watt: Hm? Puteri,saya je ke atau puteri nampak macam.....tembam?
Grivel dah pandang Watt dengan muka 'Kau dah puas hidup ke?!?' tapi sayangnya dia langsung tak sedar tentang kesakitan yang mendatang.
Ying bangun buka almari dan apa yang dia keluarkan adalah....
Watt: Eeeeeh?!? Puteri nanti dulu!!
Ying keluarkan senapang yang dihasilkan sendiri di bengkel sebab dia bosan. Dia halakan muncung senapang pada Watt dan....
RATATATATATATATATA!!
SKIP TIME
Krum: Jadi.....sebab dia panggil puteri gemuk puteri terus tembak dia?
Krum tengah hidupkan balik Watt yang dah mati lepas kena tembak dengan Ying. Ying memeluk lutut kerana tak percaya yang dirinya gemuk.
Krum: Saya tak rasa yang puteri ni gemuk. Maksud saya,sedikit berisi. Tapi takde kalau badan kita berisi sikit puteri. Normal untuk semua...
Ying keluarkan penimbang berat dari (Storage) dan berdiri di atasnya. Penimbang menunjukkan berat Ying yang agak bahaya untuk disebut.
Ying: Tidak....!!
Krum: Kenapa puteri??!
Ying: Berat saya naik dua kilo!!
Krum: Itu je?
SHING~
Ying: Excuse me?
Krum: Ehem! Ehem! Ya,masalah jugak tu puteri!
Ying: Haiya! Macam mana saya boleh naik berat ni?!? Ke sebab...
Ying teringat yang sejak musim sejuk tiba,dia asyik makan dan makan, jarang bersenam dan selalu sangat tidur.
Ying: Tak mungkinlah...
Tetapi Ying tak duduk diam. Dia segera menukar pakaian kepada baju sukan dan terus ke gim istana.
Ying: Semua orang ketepi!!
Yingg merempuh masuk ke dalam gim istana dan dapati tiada siapa yang ada di sana.
Ying: Takde siapa? Baguslah tu. Senang sikit kerja aku.
Ying masukkan empat pemberat 50kg dan mula angkat berat.
Ying: Uh...!! Iah...!!
Ying habiskan masa sehari suntuk dekat gim untuk turunkan berat badan. Dia ambil masa berehat selama lima minit sebelum menyambung senaman.
KEESOKANNYA
Ying memeriksa beratnya walhal baru semalam dia workout. Dan....
Ying: Eh? Kenapa berat badan aku tak berubah?
YOU ARE READING
YING: GOLDEN HOUR PRINCESS
FanfictionYing mati semasa menjalankan misi dan dia berjumpa dengan penjaga garisan masa, Chronomage. Chronomage: Aku akan hantar kau ke dunia baru. Ying ingatkan dunia baru akan jadi lebih baik tetapi sangkaannya meleset. Berlaku peperangan antara manusia...