BAB 21

52 4 0
                                    

NARA kepenatan sangat bila mereka sudah sampai di kediaman rumah mereka. Dia tertidur di dalam perjalanan dari airport hingga sampai di rumah. Terpaksa juga dia gagahkan dirinya untuk bangun dan mengangkat barangnya. Selebihnya Mikhael yang angkat dan bawa masuk ke dalam rumah. Nara bila dah jumpa dengan sofa panjang, terus rebahkan tubuhnya di situ lalu kembali terlelap.

Mikhael hanya mampu geleng kepala. Selesai membawa masuk bagasi mereka, barulah dia tutup pintu dan kunci dari dalam. Dia beredar ke ruang tamu dan memandang isterinya yang sudah terlena nyaman.

Dia mendekat lalu dengan perlahan dia mencempung tubuh isterinya. Nara masih lagi lena tidak sedarkan diri. Dibawa tubuh Nara menuju ke kamar mereka lalu dibaringkan atas katil. Penuh berhati-hati dia baringkan. Nara sama sekali tidak terusik. Agaknya tidur mati.

Mikhael tersenyum geli hati. Laju sahaja tangannya mencapai alat kawalan jauh lalu dihidupkan penghawa dingin di dalam bilik itu. Dia kembali memandang Nara bila Nara bergerak menukar posisi tidurnya.

Mikhael lantas berganjak mahu pergi namun suara manja Nara memanggilnya. Mikhael kembali membuang pandang ke arah isterinya. Elok terpejam mata isterinya itu.

"Abang tak nak temani Nara ke? Kita tidur rehat sama-sama..." Nara mengumam dengan matanya masih terpejam rapat. Sangat berat untuk dia bukakan.

Mikhael senyum.

"Sayang rehatlah... tidurlah puas-puas. Abang nak buat kerja abang dulu dekat bawah," ujar Mikhael.

Nara hmmmm saja. Malas mahu berbahas panjang, dia rasa ngantuk sangat.

Mikhael beredar dan meninggalkan Nara setelah dia menyelimuti tubuh isterinya itu dengan comforter. Dia lantas menuju ke aras bawah dan satu ruang bilik yang sedikit terpencil itu dimasukinya. Semua dokumen penting tentang pekerjaannya ada di situ. Dia tidak membenarkan Nara memasuki bilik itu kerana khuatir Nara risaukan dirinya. Mujur Nara akur tidak banyak soal.

"Macammana honeymoon dengan isteri kau yang comel tu?" Suara Jeb di seberang sana kedengaran seakan mengejek dirinya.

"Okey..." Sepatah sahaja Mikhael balas.

"Okey je?! Come on lah Mik! Kongsilah sikit dengan aku. Aku kan kawan kau," Jeb tampak tidak berpuas hati.

"Jeb, please...aku tak mahu cakap pasal aku dengan isteri aku. Cukup kau tahu aku dengan dia dah okey, tak macam dulu. Aku pun dah sayang dia. Dia permata yang aku harus jaga hingga hujung nafas aku," Mikhael serius. Jeb pun terdiam di sebelah sana.

Beginilah situasi mereka. Bila seorang sana ramah mesra alam, seorang sini pula dingin kutub utara. Bila serius terus rasa awkward. Tapi kejanggalan ini tidak menjarakkan hubungan kawan di antara mereka. Jeb dah biasa dengan perangai serius Mikhael.

"Baguslah kalau kau dah sayang isteri kau tu. Aku tu...cadang nak ambil isteri kau kalau kau tak mahu," Jeb bergurau siap dengan tawa senangnya. Tahulah kawannya itu sayang bini!

Mikhael mengerutu geram. Tidak senang dengan jenaka Jeb yang menaikkan amarahnya. Kalau ada depan mata nak sangat buku limanya dia layangkan.

"Kau dah lama tak makan penampar ke?" Serius Mikhael menyoal. Geram!

Jeb ketawa sahaja. Malas ambil pusing dengan keseriusan kawannya itu. Dia bergurau sahaja. Mana mungkin dia mahu rampas isteri kawan baiknya itu. Dia masih setia pada seseorang. Utuh hanya untuk seorang insan yang pernah dimilikinya dulu.

Selesai bergurau bagai, Mikhael sudah tidak mahu melayan gurauan Jeb yang rasanya agak menjengkelkan. So annoying! Layan lebih makin menjadi-jadi. Dia sahaja yang ketawa puas-puas di sebelah sana. Mikhael terus menukar topik perbualan mereka soal pekerjaan mereka. Teringat Jeb yang membuat panggilan kepadanya. Mesti ada tugasan diberikan oleh pihak atasan mereka.

Inilah Takdir kitaWhere stories live. Discover now