NARA malu bila dirinya di dalam dakapan Mikhael sepenuhnya. Ditarik comforter tebal itu menutupi tubuhnya hingga ke atas bahunya. Dia bersandar selesa di dada bidang Mikhael yang penuh dengan parut. Dia tidak kisah semua itu, yang penting tiada rahsia di antara mereka. Jari-jemarinya menyentuh lembut setiap parut yang dia rasakan begitu menawan di dada dan hingga ke perut Mikhael. Seolah lakaran lukisan.
"Parut ni abang dapat dari mana?" Nara mendongak sedikit, mencari wajah Mikhael.
"Sebelum abang masuk DEFAGEN, abang pernah lukakan diri abang sendiri. Abang bertindak bodoh masa tu sampai dia marah abang. Dia cakap abang ni sial dan dia nak abang mati juga masa tu,"
Nara terkelu. Dia pandang wajah Mikhael, cuba mencari kekecewaan dalam wajah itu. Namun Mikhael hanya beriak biasa seolah tidak apa-apa kepadanya. Nara sedar Mikhael menggunakan perkataan 'dia' itu yang dikhususkan untuk perempuan yang telah melahirkannya ke dunia.
"Kalau yang ni?" Nara tunjukkan pada parut besar di perut Mikhael.
Mikhael seraya tersenyum. Mikhael melihat ke wajah Nara.
"Yang ni..." Mikhael menyentuh parut luka di perutnya itu.
"...luka di mana abang pertama kali selamatkan sayang dari kemalangan tu. Pertemuan kita yang pertama yang buat abang tertarik nak kenal sayang,"
Nara angguk mengerti. Dia tidak sangka parut luka itu akan sebesar itu. Mesti sakit sangat Mikhael kala itu. Nara sedikit kesal dengan dirinya sebab tidak peka dengan sekelilingnya tika itu.
"Terima kasih sebab selamatkan Nara masa tu...Nara masa tu tak terfikir nak mati. Mujur abang muncul tepat pada masanya. Nara bersyukur sangat,"
Nara ukir senyum untuk Mikhael. Mikhael tersenyum sama.
"Selebihnya parut abang yang lain tu abang dapat dari pekerjaan abang. I'm a man with full of scars," ujar Mikhael dengan senyuman tidak habis di bibirnya.
"Tak apa, Nara okey je. Parut ni tercipta untuk lakaran lukisan terindah di pandangan mata Nara. Parut abang ni unik sangat. Setiap parut tu mempunyai kisah masing-masing. Nara tak rasa jijik pun dengan abang," Nara bersuara dengan senang hati.
Mikhael senyum lebar. Tangannya menarik dagu isterinya supaya mendongak. Dan bibir mereka menyatu dalam ciuman hangat mereka. Nara sedikit terjerit bila tubuhnya ditarik merapat dan comforter tadi yang menutupi tubuhnya mula mendedahkan kulit bahunya. Nara belum sempat mahu melindungi dirinya, Mikhael sudah sepenuhnya menakluki tubuhnya di atas katil itu.
SELESAI mandi dan berpakaian lengkap, Nara keluar dari bilik itu. Dia turun ke bawah, mencari susuk tubuh yang dia rindukan. Di ruang tamu tidak ada. Nara mengatur kakinya menuju ke ruang dapur. Dari kejauhan dia dengar bunyi periuk berlaga.
Senyumannya melebar bila Mikhael ada di situ, tengah memasak penuh tekun sekali. Sesekali matanya membelek pada skrin telefon pintarnya. Tidak pernah lagi dia melihat suaminya itu memasak.
"Abang..." panggil Nara lalu merangkul tubuh tegap itu dari belakang.
Mikhael menoleh sekilas dan bibirnya tersenyum.
"Masak apa?" Soal Nara. Terjenggul kepalanya memandang dalam periuk.
"Masak makanan kegemaran kita," ujar Mikhael lalu kembali fokus pada masakannya.
Nara tidak melepaskan rangkulannya. Lagi kemas pula dia peluk tubuh itu. Tidak salahkan dia bermanja dengan suaminya.
"Abang tahu ke makanan kegemaran Nara?"
"Mestilah tahu," yakin sekali Mikhael menjawab.
Nara melihat sahaja setiap gerak-geri Mikhael yang sepertinya tidak kekok memasak itu. Dia lepaskan rangkulannya supaya Mikhael selesa dengan kedudukannya. Nara berdiri di sebelah dan memerhati sahaja tindak-tanduk suaminya itu. Semua bahan dimasukkan ke dalam kuali dan bauannya sangat sedap sekali. Nara melihat ayam yang sudah dipotong cantik dimasukkan ke dalam kuali.

ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
Roman d'amourNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...