MIKHAEL terkelu dalam dia memahami gejolak perasaan isterinya kala itu. Dia cuba selami kesakitan dan keperitan dari kisahnya sehingga Nara memilih untuk membunuh diri. Dan lelaki itu...lelaki yang sangat dia cemburu itu yang telah menyelamatkan isterinya.
Dia sungguh rasa sedikit lega dan sedikit tidak menyukai kenyataan Zayyad ada di sisi isterinya di kala isterinya jatuh.Meskipun dah lama berlalu namun...dia cemburu.
Kenapa bukan dia? kenapa baru sekarang mereka dipertemukan?
Bila dia ingat balik bagaimana dinginnya dia melayani Nara dulu, dia rasa mahu memukul dirinya sendiri. Dia terlalu ikut kata hati sehingga menyakiti hati isterinya. Meskipun mereka sudah saling mencinta, namun Mikhael tidak dapat melupakan betapa kasarnya dia terhadap Nara.
Dia tidak mengenali Nara. Hanya mampu memiliki namun dia tidak mengetahui apa yang terjadi di dalam hidup Nara. Nara pernah cerita tentang dirinya yang pernah menjadi mangsa buli tapi dia tidak tahu pembulian itu menjadi satu kisah hitam dan terpahit dalam hidup isterinya itu. Dia tidak tahu satu sekolah tidak mengambil berat terhadap Nara dan...Zayyad seorang sahaja yang memihak pada isterinya itu.
Beribu orang yang tidak menyukai Nara, Allah berikan satu lelaki untuk melindunginya.
Allah pilih Zayyad.
Mikhael cuba menghadamnya dengan hati terbuka. Kenyataannya Zayyad lebih mengenali siapa Nara daripadanya. Tapi kenapa hatinya dulu tergerak mahu memiliki Nara? Kenapa bukan Zayyad yang memiliki Nara?
Mikhael terus terpukul dengan persoalan demi persoalan yang membuatnya dirinya rasa kecil dan tidak layak untuk memiliki Nara. Dia mencintai Nara namun dia sukar untuk mentafsirkan rasa cintanya itu. Kedinginan hatinya membuat dia lupa bagaimana untuk mencintai dan menyanyangi.
"Abang...Nara banyak nangis sangat. Maaf sebab dah kotorkan baju abang," Nara bersuara dengan suara seraknya dan hidungnya yang masih berair. Matanya membengkak dek menangis tidak berhenti.
Mikhael tersenyum lalu mengucup dahi isterinya itu.
"Abang tak kisah. Mulai hari ni abang janji abang takkan sakiti sayang lagi. Abang akan cuba untuk mengenali sayang. Di bahu ni...abang sandarkan untuk sayang seorang. Kalau sedih, curhatlah dengan abang. Kalau marah, hadaplah muka abang. Kalau gembira, kongsilah dengan abang. Abang akan selalu ada di sini untuk sayang seorang," ujar Mikhael dengan nada perlahan.
Nara kemam bibir. Hatinya terharu dengan pengertian suamiya itu. Mereka saling berpelukan dan berpaut sesama sendiri. Nara begitu selesa dan nyaman sekali di dalam dakapan suaminya itu. Dulu dia ada Zayyad, sekarang Allah gantikan tempat itu kepada Mikhael. Lelaki yang menjadi suaminya, sah berada di sisinya. Meskipun tidak mengenali Mikhael, tapi dia bersyukur kerana Allah mengirimkan Mikhael yang begitu melindunginya.
"Abang minta maaf...dulu abang terlalu kasar dengan sayang," Mikhael laju menyeka air matanya.
"Abangkan dah minta maaf sebelum ni...kenapa nak minta maaf lagi? Abang tak salah mana-mana pun. Nara dah maafkan pun kesilapan abang dulu," Nara pandang Mikhael. Tangannya menyentuh lembut wajah suaminya itu.
"Abang tetap salah sebab abang terlalu dingin dengan sayang dulu. Abang tak sepatutnya buat sayang macam tu, layan sayang begitu dingin. Ab...abang..." Mikhael terhenti. Dia cuba mencari kekuatan untuk meluahkan segala rasa kesalnya pada isterinya itu.
Nara geleng perlahan. Air mata yang bertakung tadi kini mengalir di pipinya. Mikhael pantas mengelap air mata itu. Sumpah, dia rasa dia mahu hapuskan kesedihan di wajah isterinya kala itu. Mikhael tertunduk dan kemam bibir yang mula mengeletar kecil. Tidak tertahan, akhirnya dia melepaskan kesedihan yang dia cuba tahan tadi. Terhinjut-hinjut bahu dan kian terasa tangan Nara yang mengusap bahunya, untuk memujuk dan menenangkannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...