SEPULUH Tahun Yang Dulu...
"Yad, kau nak pergi mana tu?" Tegur Sofian.
Agak-agaklah nak keluar waktu kelas nak mula! Zayyad ni ada sahaja perkara yang nak dibuat diluar jangkaan. Dia selaku ketua member, tidak pernah lagi nak ponteng kelas walaupun sehari. Tidur dalam kelas adalah!
"Kau bagitahu dekat cikgu aku nak ke tandas-----sakit perut!" Jerit Zayyad lalu cepat beredar dari situ.
Senyuman di bibir semakin lebar. Dia gembira sekali. Sofian tidak akan tahu ke mana dia pergi. Dia selalu beri alasan nak pergi tandas.
Rahsianya hanya dia seorang sahaja yang tahu. Kakinya diatur ke arah laluan kiri menuju ke stor lama. Stor lama itu sudah lama tidak dikunjungi dan tidak ada sesiapa pun yang berani datang ke situ kecuali dia.
Pintu stor ditolak lalu dia masuk. Keadaan di dalam gelap. Suram. Elok sahaja kakinya hendak melangkah masuk, kakinya tertendang benda keras. Tapi tidaklah terlalu keras.
"Auchh!"
Tidak semena dia terdengar suara orang meringis kesakitan di dalam stor itu.
Suara perempuan!
Zayyad cepat menekan suis lampu. Stor yang tadi malap kini terang-benderang. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh perempuan yang duduk di lantai sambil memegang lututnya. Mungkin lutut perempuan itu yang ditendangnya tadi tanpa sengaja.
"K---kau si---siapa?" Tanya Zayyad.
Pucat mukanya. Khuatir perempuan itu merupakan jelmaan hantu yang menghuni bilik stor itu.
Arghh, apalah dia mengarut sampai ke situ!
"Mungkin ada dalam stor tu!" Ada suara orang lain di luar stor itu kedengaran.
Perempuan itu tadi drastik menarik lengan Zayyad lalu bersembunyi di sebalik perabot meja dan kerusi lama yang bertimbun tinggi. Kedengaran pintu stor ditolak kasar.
"Mungkin dia dah pergi. Cepat kita cari tempat lain lagi," kata suara yang satu lagi.
Lampu stor ditutup. Stor itu kembali gelap. Suara tadi hilang sebaik pintu stor itu ditutup kembali. Zayyad terus menoleh ke arah sisinya.
Dilihat perempuan itu penuh dengan persoalan di benaknya. Apa perempuan itu buat di situ? Dia menyangka dia seorang sahaja yang berani masuk ke dalam situ. Tapi sangkaannya meleset.
"Tolong jangan bagitahu semua sesiapa yang saya ada dekat sini. Saya nak ponteng kelas hari ni je...saya tak boleh nak fokus," luah perempuan itu dengan suaranya kedengaran begitu hiba.
Zayyad terpegun. Tidak tahu mahu berbuat apa.
Dia melihat sahaja air mata yang mengalir deras di pipi perempuan itu. Dia biarkan sahaja perempuan itu melayan perasaan sedihnya sehingga tangisan kecilnya reda.
Mungkin perempuan itu segan bila perasan ada dirinya di situ.
Zayyad terus berdehem untuk menghilangkan rasa janggal di antara mereka berdua. Namun matanya kembali tertumpu pada perempuan itu.
"Awak dari kelas mana? Kenapa sampai ponteng kelas? Sayang tahu tak sehari awak tak timba ilmu. Dahlah ayah awak bersusah payah beli minyak kereta untuk hantar awak ke sekolah," bebel Zayyad tidak terkendali.
Macamlah dia tidak ponteng kelas juga!
"Saya tahu...tapi saya tak boleh fokus. Orang dalam kelas saya semuanya jahat. Asyik saya je kena buli,"
Zayyad terpana. Tidak percaya dengan luahan perempuan itu tadi. Matanya cepat menangkap nametag yang dipakai oleh perempuan itu.
Nara Aisah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...
