USAI solat, Nara terus bawa diri ke ruang tamu. Dia memberi masa kepada Mikhael untuk bersendirian. Tiada paparan rancangan TV yang menyeronokkan malam itu dan Nara mengambil keputusan untuk mematikan. Dia bawa lutut ke atas, dipeluk dan dagunya diletakkan atas lututnya. Tidak semena dia teringatkan pertemuannya dengan Thia waktu petang tadi.
Pertemuan yang tidak diduga. Thia kelihatan begitu anggun dan cantik seperti dulu. Tubuhnya tinggi dan dulu di sekolah merupakan pujaan para pelajar lelaki. Dia cemburu kerana dia tidak secantik Thia.
Nara cepat menghentikan lamunannya dan cuba untuk berdiri di dunia realiti. Entah mengapa sejak kembali dari beli-belah tadi, fikirannya terus menerus ke arah Thia. Otaknya terus bekerja mengingatkan dirinya tentang kejadian dulu yang dia cuba untuk lupakan. Pertemuan tadi menjerat dirinya, membawa dia dalam rasa ketakutan. Dia sukar bernafas bila Thia tersenyum padanya. Dia Thia masih yang sama yang dia kenal dulu. Thia yang menghancurkan dan mematikannya dalam diam.
"Sayang..."
Terkejut Nara bila bahunya disentuh. Laju sahaja dia tersedar dan memandang Mikhael dengan wajah terpinga.
"Sayang okey ke ni?" Mikhael semakin pelik dengan tingkah-laku Nara sejak mereka pulang tadi dari membeli barang keperluan rumah.
Isterinya kelihatan lesu sekali. Tampak tidak bermaya dan tidak bersemangat. Jasadnya disitu namun jiwanya terbang entah ke mana. Seperti itulah yang dia lihat pada Nara. Mikhael duduk di sebelah Nara, menghadap isterinya itu. Tangan isterinya dicapainya dan digenggam. Dia menatap wajah Nara, pandangan mata mereka bersabung.
"Kalau ada masalah, ceritalah dengan abang. Abang sudi jadi bahu dan pendengar setiap luahan sayang. Abang perasan sejak sayang jumpa Thia tadi, sayang jadi pendiam. Abang pun hairan juga bila sayang lebih suka untuk bersendirian," Mikhael memulakan bicara bila Nara belum mahu membuka mulut.
Nara perlahan tertunduk memandang pada tangannya di dalam genggaman suaminya itu. Dia berat sekali mahu menceritakan namun dia perlukan kekuatan suaminya. Dadanya terasa sebu dan perlahan dia menyandarkan kepalanya pada bahu Mikhael. Dengan begitu dia rasa tenang sedikit. Kehadiran Thia adalah satu ancaman dalam hidupnya.
Mikhael mengusap lembut belakang Nara. Semakin dia tertanya-tanya ada apa yang terjadi di antara Nara dengan Thia? Mereka bertengkar ke?
"Nara tak tahu...di mana silap Nara sampai Thia bencikan Nara..." lirih suaranya.
Kotak memorinya yang kian luput kini kian segar di ingatannya. Nara kuat mencengkam lengan Mikhael saat satu persatu bayangan yang mengerunkan itu muncul di benaknya. Hatinya disayat dengan berjuta luka yang tiada penawarnya. Bahu Nara terhinjut-hinjut menangisengan tangisan yang cuba dia tahan. Rasa sakit mula terasa di dadanya. Mikhael terus menerus cuba menenangkan Nara di dalam pelukannya.
DIA berjalan perlahan menuju ke arah kelas yang begitu hingar-bingar dari luar. Makin kejap pegangannya pada tali beg sekolahnya. Dia cuba untuk kuat dan beranikan dirinya masuk ke kelas hari itu. Saat dia beberapa langkah mendekati pintu kelas itu, dia terhenti. Telinganya menangkap gelak tawa pelajar di dalam kelas itu. Dia cemburu dengan tawa itu. Dan dia...tidak pernah tertawa bebas seperti itu.
Nara tunduk memandang kasutnya. Dia cuba mencari kekuatan untuk berani berhadapan semua itu. Semalam dia sudah tekad untuk tidak lari dari segalanya. Dia tidak akan ponteng sekolah. Dia harus berani melawan. Dengan ucapan Bismillah di dalam hati, Nara membuka langkah menapak masuk ke dalam kelas yang riuh itu.
Beberapa detik dia masuk, kelas itu menjadi sunyi. Kehadirannya menjadi perhatian berpasang-pasang mata di situ. Nara cuba tidak pedulikan semua itu dan terus membawa dirinya ke arah mejanya. Matanya perlahan terpaku pada tulisan tangan di permukaan mejanya. Tulisan tangan yang menghinanya, mengejeknya. Nara tidak hiraukan dan dia duduk. Baru beberapa minit dia duduk dengan tenang, muncul Thia di belakangnya bersama dua orang kawannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
Roman d'amourNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...