DIPANDANG lagi muka itu. Nara perlahan tersenyum. Macam tidak percaya pula, dia boleh kahwin dengan orang yang berdarah campuran. Tidak terbayang dek akalnya.
"Kenapa? Abang nampak hensem ke?"
"Mestilah abang hensem. Hensem sangat di mata Nara,"
Nara terus menerus memuji suaminya itu. Percaya atau tidak memang dia sangat mengagumi ketampanan suaminya itu. Bayangkan dulu dia kata benci tidak mahulah tidak sukalah, sekarang dah melekat. Berpisah sedikit pun sudah rindu macam setahun tidak jumpa.
Mikhael senyum.
"Dulu...masa sekolah abang mesti banyak penggemarkan..."
Mikhael terus mati senyum. Nara yang perasan pun terus menekup mulutnya. Dia sedar dia sudah tersalah cakap.
"Abang tak pergi sekolah..."
Mikhael memberitahu hal sebenar. Entah mengapa bila dia bercerita tentang kisah silamnya, dia mula rasa sakit hati pada orang tuanya. Sakit hati yang membara dan semuanya terkubur bila dia mula belajar mendekatkan dirinya dengan Allah.
Mikhael meraup wajahnya. Ada keluhan kecil terhela. Nara rasa serba-salah. Cepat sahaja dia meminta maaf.
"Sayang tak salah...tapi abang yang salah sebab tak cerita siapa diri abang yang sebenar dan macammana hidup abang dulu sebelum abang miliki sayang. Sayang berhak tahu siapa diri abang dan siapa keluarga abang dan...kisah hidup abang," ada nada berat di hujung ayat Mikhael.
"Nara tahu...abang belum bersedia dan Nara tak paksa abang untuk cerita segalanya. Nara akan tunggu sampai abang bersedia," Lembut tutur Nara sekaligus mengerti dengan keperitan yang dialami suaminya itu.
Nara lorekkan senyuman untuk suaminya itu. Tangan mereka saling bersatu dan menyatu kemas.
"Terima kasih sebab...memahami situasi abang. Abang bukan bermaksud nak rahsiakan terus dari sayang tapi abang perlukan masa..."
"Nara tahu...Nara mengerti abang," Nara senyum lagi.
Mikhael jelas terharu. Lantas sahaja tangannya menarik tubuh Nara ke dalam pelukannya. Nara jelas begitu selesa menyandarkan kepalanya di dada suaminya itu. Mereka menyelami perasaan masing-masing kala itu.
"Kenapa sayang tak desak abang? You have the right to know," Mikhael mula tertanya-tanya mengapa Nara tidak menanyanya akan perihal kisah hidupnya.
"Nara...takut abang marah. Nara masih ingat dulu Nara pernah tanya abang tapi abang terus marah. Kadang abang cuba mengelak bila Nara teringin nak tahu," ujar Nara.
"Mesti dulu abang ni menjengkelkan sayang kan..." Mikhael masih teringat momen dia begitu dingin sekali dengan isterinya itu. Bila ingat balik waktu itu, dia rasa nak gelak. Malu pun ada.
"Adalah...sikit. Tapi sekarang Nara sayang. Kalau tak sayang, dah lama Nara bagi penampar tau!"
Mikhael tergelak. Nara sedikit terganggu dengan gelak suaminya itu lalu menjauhkan kepalanya dari dada Mikhael. Namun dia tersenyum juga bila ingat balik hubungan mereka yang dulu. Mereka bercerita tanpa peduli hal sekeliling. Mikhael jelas mahu terus bersama isterinya. Nara pun masih sudi mendengar cerita suaminya. Tanpa sedar, mereka saling memerlukan sesama sendiri.
DALAM leka dirinya menatap skrin telefon pintarnya, ada tangan dengan selambanya merangkul lengannya. Zayyad mendengus kasar bila kehadiran perempuan itu menganggu mood santainya. Hancur terus ketenangan yang dia mahukan. Pantas sahaja dia menepis dan menolak tangan kecil itu dengan agak sopan memandangkan mereka berada di khalayak umum. Mestilah banyak mata memandang babak drama mereka selepas itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...
