SELESAI sahaja solat mereka, Mikhael mengangkat kedua tangannya seraya mengucap butir bicara berdoa untuk perkahwinannya. Nara di belakangnya hanya mengaminkan doa suaminya. Terharu dengan perubahan suaminya itu. sekelip mata sahaja Mikhael berubah, seakan baru semalam dia melihat Mikhael yang dingin padanya. Selesai berdoa, Nara bangun untuk mendekat Mikhael. Tangan Mikhael dicapai lalu disalam. Selesai salam, dahinya dikucup lembut. Nara tunduk, tidak mahu memperlihatkan genangan air matanya. Sungguh dia rasa semua ini bukan nyata.
"Kenapa sayang harus bersedih? Abang yang sepatutnya menangis sekarang sebab Allah dah berikan sayang untuk setia di sisi abang," Mikhael bersuara dengan tangannya mengenggam tangan isterinya itu.
Nara yang tunduk itu sedikit mendongak. Dengan linangan air mata di pipi, bibirnya seraya melorekkan senyuman indah.
"Nara bahagia...Nara tak sangka sekejap je abang berubah dan sekarang dah jadi imam pada solat Nara,"
Mikhael senyum. Tangannya di bawa ke atas lalu mengesat air mata isterinya itu. Nara tersenyum malu.
"Dulu...abang tak seperti yang sayang inginkan. Tapi sekarang abang nak jadi suami yang sayang inginkan. Bahagiakan sayang dan manjakan sayang abang ni. Abang teringat cakap ayah dulu, katanya sayang ni manja orangnya,"
"Mana adalah...Nara tak macam tu. Ayah tu saja je nak sakat Nara depan abang,"
"Tapi terbukti sekarang...sejak abang ada sayang, sayang nampak manja sangat. Suka berkepit padahal dulu abang ni macam ais batu dengan sayang," Mikhael tertawa kecil bila teringat saat Nara merindukan dirinya.
"Memang ais batu pun! Abang tu saja nak bagi Nara naik angin. Semua yang Nara buat semua tak betul depan mata abang. Ab-----"
Cupp!
Terbuntang mata Nara memandang Mikhael. Mikhael tertawa sahaja.
"Abang, apa ni main kiss kiss ni?!" Nara menyeringai. Nampak tidak puas hati dipermainkan oleh suaminya itu. Masih tangannya menyentuh bibirnya.
"Mengomel je kerja sayang kan..." Mikhael ketawa kuat.
Nara laju bangun. Telekung dibuka lalu dilipat. Secepatnya dia mahu pergi menjauh. Mikhael galak mengetawakan dirinya. Tutup sahaja almari, terkejut Nara bila Mikhael berada dekat dengannya. Dia terus kaku dengan pandangan Mikhael yang sudah begitu lain.
"Sayang dah bersedia ke?" soal Mikhael lalu menundukkan kepalanya supaya menyamai ketinggian isterinya itu.
Nara tercenggang dengan pertanyaan itu. Terkebil-kebil matanya melihat Mikhael yang sepertinya sedang menggoda dirinya.
"Abang nak apa?" soal Nara tanpa ragu-ragu.
Mikhael senyum. Senyum miang. Nara telan air liur. Tiba-tiba sahaja dia rasa gerun yang teramat sangat bila di hadapan suaminya itu.
"Abang teringin sangat nak makan sayang sekarang. Sayang tahu kan..." Mikhael kenyit mata, nakal.
Nara tertawa sumbang. Mengerti akan maksud suaminya itu, dia langsung menjauh dari Mikhael. Dia bebas dari perangkap Mikhael dan terus menuju ke katil. Namun dia lupa dalam bilik itu hanya mereka berdua. Nak lari pun dia tidak dapat untuk mengelak. Terasa tubuhnya berada di awangan. Nara terkejut sehingga tangannya laju berpaut pada tubuh suaminya itu.
"Abang tuntuk hak abang ye..."
Seram!
Nara pejam mata bila merasakan tubuhnya sudah mendarat di atas katil itu. Terasa kian tenggelam tubuhnya dan dia kegelian bila tangan itu mengelus lembut pada wajahnya. Dirinya dilayan seperti seekor kucing yang manja dan cuba dijinakkan. Nara buka mata perlahan-lahan dan matanya menyapa pemandangan wajah Mikhael di atasnya. Bibirnya tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...