BAB 13

72 4 0
                                    

SELESAI membuat tugasannya, dia lekas menghantar beberapa informasi baru yang dia sudah dapat dari hasil pengintipan bersama anak didik kepercayaannya pada malam itu pada pihak atasan DEFAGEN. Selesai berurusan itu dan ini, dia beredar menuju ke dalam biliknya. Tuala mandi dicapai lalu dia masuk ke dalam bilik air. Air pancuran hujan dibuka. Sengaja dia membiarkan tubuhnya dibasahi habis, sedikit segar tubuhnya yang melekit itu setelah satu hari dia sibuk dengan tugasannya.

Malam itu dia menjalankan siasatan dan tinjauan yang seperti dirancangkan. Bersama unit khas, dia berjaya mengorek rahsia tentang susulan pekerjaan pengedaran dadah itu. Dia bahkan mendapat peta sebenar tempat yang menjadi sarang penjenayah pengedar dadah itu. Dia diberitahu mengenai ketua penjenayah pengedar dadah itu merupakan ketua gengster yang amat digeruni oleh orang ramai yang tinggal di tempat kawasan tersebut. Ketua gengster itu pernah membuat huru-hara bahkan pernah mengorbankan orang yang tidak bersalah menjadi nafsu amarahnya. Dia sendiri tidak pasti samaada itu benar atau tidak. Tapi yang pasti dia akan menjatuhkan empayar ketua gengster itu pada malam esoknya sekaligus menghentikan kegiatan bisnis pengedaran dadahnya itu. Pihak polis sudah pun bersetuju untuk bekerjasama. Hanya tinggal pelan penangkapan penjahat itu sahaja dengan teliti agar tidak berlaku cacat-cela.

Mikhael melilit tualanya di separa pinggangnya lalu melangkah keluar dari bilik air tersebut. Pintu almari kayu dibuka lalu dia menyambar pakaiannya lalu disarung ke tubuhnya. Rambutnya yang basah itu dikeringnya dengan tuala kecil sebelum dia gantung semula pada hanger asalnya.

Apa dia buat sekarang?

Mikhael lantas mencapai telefon pintarnya dan bibirnya tidak semena mengulum senyum tanpa dia sedari. Mesej ringkas dari isterinya dibaca.

Awak sibuk ke? Dah makan ke? Jangan lupa makan ye nanti gastrik datang...- Nara.

Laju tangannya membalas mesej Nara itu. Hatinya teruja.

Jangan tidur lewat..- Mikhael.

Itu sahaja dia terfikir untuk balas. Biarlah dia tidak seromantis seperti suami di luar sana. Yang penting dia menjadi dirinya sendiri.

Dia menunggu balasan dari Nara. Ditatap skirn tanpa rasa jemu. Bahkan semakin membuat dirinya teruja untuk mengetahui balasan isterinya itu. Masih terbayang muka comel isterinya merayu padanya. Kalau dia ingat balik, memang lucu habis. Comel pun ada. Tanpa sedar bibir tersenyum kecil.

Okey, bos! Okeylah, awak...saya minta diri dulu nak tidur. Kalau tak tidur nanti bos marah pulak. Goodnight, awak...sweetdreams...- Nara.

Mikhael geleng kepala. Namun hatinya terhibur malam itu. Tidak seperti sebelumnya. Dalam fikirannya terbayang-bayang wajah Nara yang comel dan yang takut dengannya. Telefon pintar diletakkan atas meja lampu. Dia perlahan mengambil posisi baring di atas katil itu. Sebelah tangannya dibawa ke atas dahinya. Matanya merenung siling putih yang kian memudar warnanya itu.

Dia bukan jahat. Dia bukan tidak ada perikemanusiaan. Cuma dia perlukan masa untuk menerima Nara dalam hidupnya. Sedikit masa lagi kekosongan hatinya itu akan terubat dengan kehadiran Nara. Dia mahu berubah tapi dia memerlukan waktu. Dia akui kehadiran Nara dalam hidupnya banyak mengajarnya erti sebuah senyuman dan kebahagiaan. Ya, kebahagiaan yang dia tidak pernah capai dulu...

"Ambik dia sekali! Aku tak mau tengok muka dia lepas ni! Asyik menyusahkan aku saja!"

Terngiang-ngiang butiran bicara itu yang keluar dari mulut ibu kandungnya sendiri. Jelas sekali dirinya tidak diterima untuk hidup di dunia itu. Entah mana silapnya sehingga dia berusaha untuk menagih kasih sayang dari orang tuanya. Bahkan itu adalah hal perit yang dia hadapi sewaktu dia kecil. Ibunya tidak menyukainya bahkan ayahnya juga tidak mengendahkannya. Dia serupa anak terbiar, anak yang tidak berguna di depan mata orang tua kandungnya sendiri.

Inilah Takdir kitaWhere stories live. Discover now