BAB 3

87 6 1
                                        

BAJU kerja suaminya digosok. Sejak beberapa hari dia tinggal di rumah Mikhael, dia sedikit demi sedikit mula mengerti tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Meskipun Mikhael langsung tidak mengendahkannya.

Dia cuma mahu rumahtangga mereka berjalan seperti rumahtangga orang lain dekat luar sana. Kalau tidak ada rasa cinta pun, sekurangnya mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing. Rasa cinta itu boleh dipupuk itu pun kalau hatinya terbuka untuk mengenali suaminya itu. Dalam erti kata lain, dia menerima Mikhael seadanya dalam hidupnya.

"Jangan gosok yang tu! Gosok yang ni!" Suara itu mengarah.

Baju kerjanya dilempar depan muka Nara. Nara tidak merungut. Dia sudah terbiasa begitu tapi dalam hatinya sudah berbakul-bakul dia mengutuk suaminya itu.

Baju yang digosoknya tadi digantung pada pengantung baju. Digosok baju yang dilemparkan suaminya tadi. Mikhael pula terus menghilang entah ke mana. Lagaknya macam orang sibuk.

Boleh tahan besar juga rumah Mikhael. Masa hari pertama dia jejak kaki di rumah dua tingkat itu, dia betul-betul terpegun dan penuh teruja di dalam diam. Ruang tamu pula ada dua, atas dengan bawah. Dapur juga bukan main besar. Luas pula tu!

Memang sesuai dengan dia sebab dia memang suka dalam bab memasak. Kalau dulu dia berebut-rebut nak guna dapur ibunya, sekarang dia dah ada dapur sendiri.

Hmmm...correction, dapur milik suaminya itu!

Tapi milik suaminya, milik dia juga.

"Mana kaca mata hitam yang aku pakai hari tu?"

Mikhael muncul kembali dengan wajah seriusnya. Mungkin dia tidak temui barang yang dicarinya itu.

"Tak tau! Awak yang simpan. Saya tak pernah kacau barang awak," jawab Nara sambil tangannya terus mengosok baju kerja suaminya itu.

"Kau ni tak dapat nak harap langsung!" Rungut Mikhael geram sebelum beredar.

Amboi, amboi!

Sedap mulut dia je mengata orang. Nara cuba tahan sabar! Selesai mengosok, baju kerja itu dibawa masuk ke dalam bilik. Dia tahu Mikhael sedang menunggunya.

"Lambat! Buat kerja senang pun lembap!"

Dengan kasar, baju di tangan Nara dirampas. Nara terpinga-pinga sendiri. Layanan Mikhael terhadapnya masih sama.

Dingin.

Kasar.

Atas dasar apa Mikhael mahu mengahwininya? Kadang dia pelik dan binggung dengan perangai Mikhael yang sepertinya tidak menerima dia sebagai isteri di dalam rumah itu.

Dulu datang meminang bukan beriya, sekarang dah dimiliki, dia layan Nara macam Nara ni robot, tidak ada hati dan perasaan.

"Yang kau tercegat dekat situ tu dah kenapa?! Cepat pasang butang baju aku ni!"

Nara terkejut dalam takut, namun akur. Dia berdiri di depan Mikhael lalu butang baju kerjanya dipasang satu-persatu. Suasana senyap.

Entah mengapa jantung Nara berdegup tidak menentu. Bulu romanya tiba-tiba sahaja terasa meremang. Hanya sebab jarak mereka yang begitu dekat, dia betul-betul tidak selesa. Separuh hatinya lagi merasa suka. Padahal sudah berapa kali mereka berkeadaan begitu, tetap memberikan perasaan aneh di dalam hatinya.

"Hmmm...nanti awak balik pukul berapa? Nak saya masak tak?" Tanya Nara dengan suaranya sedikit bergetar. Tapi dia tidak pandang Mikhael.

"Tak tahu lagi. Jangan tunggu aku balik," balas Mikhael dengan nada biasa.

Inilah Takdir kitaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang