TIGA hari dia harus bertahan di hospital itu. Jururawat pun merawat dan memantau kesihatannya dengan begitu tekun. Akhirnya hari ini dia boleh keluar dan pulang ke rumah. Cukup terseksa dia bila harus melihat orang tuanya ulang-alik melawatnya.
Nara selesai memasukkan barangnya ke dalam beg yang dibawa Lisa sebelum ini. Dengan kakinya yang hampir nak sembuh itu, dia menyeret keluar dari wad itu. Nara terkemam bila melihat Zayyad ada di situ.
Lisa seakan memahami, laju mengambil beg di tangan Nara lalu beredar dari situ. Zayyad perlahan menghampiri Nara yang masih tercegat di depan pintu wad.
"Saya dengar dari kawan saya yang awak dah boleh keluar hari ni..."
"Ouh, iya!" Nara lantas mengiyakan. Dia rasa sedikit kejanggalan di antara mereka.
"Saya nak tengok keadaan awak sebelum awak pergi," Zayyad menjelaskan.
"Saya dah okey cuma...kaki saya ni perlukan masa untuk sembuh macam biasa. Tapi masih okey sebab saya boleh berjalan. Jangan risaulah," Nara tertawa sumbang.
Zayyad perasan tingkah laku Nara yang berbeza padanya. Seolah ingin menjauh darinya.
"Saya ada buat sesuatu yang membuat awak tak selesa bila bersama saya ke?"
Nara tersentak.
Terus-teranglah bersama dia. Hentikan tindakan dia.
Itulah pesan Lisa untuknya. Mungkin ini saat yang sesuai untuk mereka berbicara soal peribadi.
"Zayyad...saya minta maaf...mungkin lepas ni kita tak boleh dah untuk bertemu. Saya tahu kita berkawan tapi awak kena tahu saya ni dah jadi isteri orang. Saya tak nak Mikhael salah faham dengan hubungan kita," Nara pandang lain tempat. Tidak berani dia menatap wajah Zayyad di depannya itu.
Zayyad ukir senyum. Sebenarnya dia terkejut bila Nara tiba-tiba berbicara serius dengannya. Dalam hati kecewanya usah dijelaskan.
"Baiklah...saya faham," balas Zayyad dengan tenang.
Terpana Nara bila lelaki itu hanya bereaksi tenang. Dia takut sangat Zayyad kecil hati dengannya.
"Kalau begitu saya minta diri dulu..." Nara lantas pamit.
"Hati-hati," pesan Zayyad.
Nara ukir senyum. Dia perlahan buka langkah pergi dari situ. Lisa menunggunya di depan sana. Lantas sahaja Lisa memaut bahunya membantunya. Mereka pergi terus tanpa menoleh ke belakang.
LEGA hatinya bila punggungnya selamat mendarat di atas sofa empuk itu. Lisa meletakkan beg pakaiannya di atas meja. Mereka duduk sebentar untuk melepas letih mereka. Lisa pandang Nara, dia nak Nara ceritakan padanya tentang perkara tadi di hospital. Dia dari jauh boleh nampak betapa kecewanya Zayyad. Meskipun bibirnya tersenyum namun Zayyad tidak dapat menutup rasa hatinya yang kecewa.
Patutlah Zayyad tidak pandang dia dulu. Kini dia mengerti hati Zayyad untuk Nara. Sayangnya Zayyad muncul kemudian. Kalau lebih awal mungkin Nara dah jadi milik lelaki itu.
"Betul ke Zayyad faham apa yang kau katakan tadi?" Lisa menyoal. Dia duduk santai mengiring menghadap Nara.
"Rasanya dia faham kut. Takkan aku nak cakap jangan suka aku padahal dia belum luahkan perasaan dia dekat aku. Kita belum pasti perasaan dia sebenar. Aku cuma cakap tak nak terlalu dekat atau jumpa terus menerus. Aku takut Mikhael salah faham lagi. Dulu dia cemburu, masa tu aku belum tahu perasaan dia," Nara jelaskan juga.
Lisa angguk. Sekarang dia tersangat lega bila Nara dah selesaikan masalahnya. Tapi dia musykil sebenarnya. Takkan semudah itu Zayyad menerima segalanya?
"Zayyad tu memang dari dulu macam tu ke?" Soal Lisa.
"Yang macam tu apa?" Nara menyoal.
"Nampak lonely je aku tengok. Dia tu ada rupa tapi kenapalah dia pilih untuk setia pada seorang perempuan?"
"Kau memang sengaja nak perli aku kan..." Nara sudah naik angin.
Lisa terus ketawa. Senang hatinya dapat mengenakan kawannya itu.
"Kalau kau tak mahu dia lonely kau je lah jadi pasangan dia. Dulu kan kau nakkan dia sampai tak berkedip mata kau tengok dia. Siap suruh nak jodohkan korang berdua," Kali ini Nara pula nak kenakan Lisa. Biar kena batang hidung sendiri. Dulu tergedik-gedik sekarang boleh pula pandang tak lalu.
"Kau ni kan...tu dululah. Aku ni dah ada cik abang dalam hati," Lisa tersenyum sipu. Malulah tu!
"Ouh ya nanti nak masak apa? Biar aku masak, kau tu sakit kaki," ujar Lisa bila teringat hari dah nak senja.
"Apa-apa je...aku tak kisah,"
"Kau nak solat ke?"
Nara angguk. Dahnya mereka berpisah membuat haluan masing-masing. Nara terjengket-jengket mendaki anak tangga menuju ke bilik.
DALAM kepayahannya, alhamdulillah akhirnya dia selesai mendirikan solat Asar nya. Nara selesai mengaminkan doanya lalu dia berzikir lama. Fikirannya tiba-tiba sarat dengan Mikhael. Hatinya tidak tenang. Ada terjadi apa-apa ke pada suaminya?
Nara kian hilang fokus. Dia lekas beristighfar. Dia tidak mahu dirinya terus menerus bersangka buruk akan perihal suaminya.
Ketukan di pintu menganggu kekhusyukkannya. Lantas dia menoleh bila terdengar pintu bilik itu dikuak orang.
"Ganggu ke? Sorry..." Lisa perlahan masuk lalu duduk di birai katil.
Nara lantas geleng kepala. Dia bangun melipat telekung dan sejadahnya sebelum disimpan di dalam almari. Nara melabuhkan punggungnya di sebelah Lisa yang gelisah itu. Entah apa yang menganggu kawannya itu. Macam takut pun ada juga.
"Kenapa ni?" Tanya Nara.
Lisa pegang tangan Nara. Mukanya jelas ketakutan. Dia pandang ke luar bilik seolah ada seseorang di situ. Siapa? Hantu?
"Aku takutlah...tadi masa aku dekat luar, aku ada ternampak seorang perempuan tua berdiri depan pagar rumah. Muka dia wei seram gila. Takut aku. Terus aku masuk dalam tapi perempuan tu tak pergi lagi. Dia masih tunggu depan pagar tu. Selang 20 minit macam tu baru dia pergi. Kau pernah nampak tak perempuan tu?"
Lisa masih dengan rasa takutnya. Dipandang Nara agar boleh menenangkan dirinya.
"Perempuan tua?" Nara masih berfikir.
Lisa angguk mengiyakan. Gusar hatinya. Takkan dia seorang saja yang nampak perempuan tua tersebut. Jangan cakap itu....hantu. Tapi tak mungkin siang-siang pun ada hantu.
"Aku rasa aku pernah nampak juga perempuan tua yang kau cerita ni..." Nara bersuara setelah teringat beberapa hari lepas dia pernah terlihat seorang perempuan tua yang begitu mencurigakan berdiri di depan pagar.
"Kau tak kenal ke perempuan tu?" Soal Lisa.
"Aku tak kenal. Aku dah tanya Mikhael tapi dia tak cakap apa-apa. Cakapnya jangan suruh sembarangan orang masuk ke dalam rumah," Nara menjelaskan apa yang dia tahu.
"Tapi kau tak pelik ke? Ni dah dua kali kan dia berdiri di depan pagar tu...tapi dia tidak tekan lonceng rumah. Kau tak syak sesuatu ke?" Lisa sudah keluarkan aura penyiasatnya.
Nara pandang Lisa lama. Dia perasan sesuatu tapi tidak mungkin perempuan tua itu mahu melakukan kejahatan. Sebelum ini dia ada nampak beg pakaian lusuh dibawanya. Tidak ada yang membahayakan.
"Dia masih dekat pagar tu ke?" Nara menanya kerana dia mahu menanya perempuan tua itu sendiri.
"Rasanya dah pergi kut,"
Nara sedikit hampa. Dia teringin sekali nak tahu identiti sebenar perempuan tua tersebut. Peliklah membiarkan dia berdiri di depan pagar rumah setiap kali bertandang. Mungkinkah dia mengenali Mikhael?
"Dah pergikan...kau keluar sekarang. Aku nak tidur sekejap. Penat,"
Nara terus berbaring malas di atas katil. Tidak dia peduli muka monyok Lisa. Dengan hentakan kaki kuatnya dia keluar dari bilik itu. Nara tersenyum geli hati.
YOU ARE READING
Inilah Takdir kita
RomansaNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...