BAB 14

73 6 0
                                        

SELEPAS kepergian Lisa, dia kembali keseorangan. Hanya menunggu detik suaminya pulang dari kerjanya sahaja. Bila dia menerima mesej dari suaminya tadi bahawa suaminya akan pulang hari itu, bukan main gembira lagi hatinya. Khabar gembira itu dia ceritakan pada Lisa, mengharap Lisa mengerti bahawa tempoh untuk dia tidur di rumahnya itu sudah habis. Dia sangat senang sekali selama dia meluangkan masanya bersama Lisa. Tapi dia sangat menyenangi sekiranya Mikhael ada di dekatnya.

Nara menanti dan terus menanti. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Senyuman yang hanya dia sendiri yang fahami. Hatinya usah dijelas, berbunga-bunga. Tidak sabar mahu bersua muka dengan Mikhael, suami yang dirindukan itu. sungguh dia rindu suaminya itu. Nak peluk lagi!

Deruman enjin kereta di luar rumah menarik perhatiannya. Lantas kakinya meluru menghampiri jendela. Bila begitu pasti kereta Mikhael terparkir di bawah garaj, laju kakinya diatur menuju ke arah pintu utama. Bibirnya mengukir senyum nan melebar menyambut kepulangan suaminya itu. Bukan main teruja Nara siap lambai tangan menyapa ketibaan suaminya itu di depan pintu rumah.

"Hi, awak! Welcome home! Rindu sangat dengan awak," Ceria sekali suara Nara menyapa bila Mikhael berjalan menuju ke arahnya.

Muka penat Mikhael tidak dia endahkan. Dia meluru ke depan lalu mendakap tubuh Mikhael. Dipeluk kemas. Rindunya...hidungnya menghidu bauan alami tubuh Mikhael. Mekar hatinya bila suami sudah ada di depan matanya.

"Kalau rindu ye pun, bagilah aku masuk dulu. Aku penat ni!" Mikhael bersuara. Sedikit merengus.

Nara tersengih. Sedar dengan kesilapannya itu lalu meleraikan pelukan itu. Beg yang disangkut pada bahu Mikhael diambil lalu dibawa masuk ke dalam. Mikhael mengekori dari belakang. Nara berhenti lalu pusing menghadap Mikhael kembali. Mikhael tampak tidak mengendahkannya. Elok sahaja suaminya itu menghenyakkan punggungnya di atas sofa berangkai tiga itu di ruang tamu. Beg Mikhael tadi diletakkan atas lantai.

"Awak nak air ke?" Nara menanya, lembut.

Nara bersimpati bila melihat kepenatan yang jelas terpancar pada wajah Mikhael. Mikhael tidak membalas. Nara cuba memujuk hatinya untuk berfikiran positif. Sedikit kecil hati bila Mikhael tidak menunjukkan sebarang perilaku yang suaminya itu juga merindukan dirinya. Nara senyum tipis. Sabarlah wahai hati...

Nara lekas membawa dirinya ke ruang dapur. Gelas plastik diambil lalu diletakkan atas meja. Pintu peti sejuk dibuka, jus oren lebih yang dibancuh oleh Lisa tadi diambil sebelum dituangkan ke dalam gelas tadi. Kalau dia tidak menanya tadi, memang dia tahu Mikhael memintanya untuk membancuh air. Khusyuk dia menuang sehingga tidak sedar kehadiran Mikhael di belakangnya.

"Sorry...aku cuma penat," terasa nafas suaminya menyentuh kulit lehernya.

Tersentak Nara dibuatnya. Mujur tidak jatuh jug yang berisi jus oren itu ke bawah. Dia mahu pusing, tertunda. Dia dapat rasakan tubuh Mikhael dekat dengannya. Lengan sasa itu perlahan merangkul pinggangnya sekaligus mengunci pergerakkannya. Nara terkedu.

"I'm sorry..." bisik Mikhael gemersik di cuping telinga Nara. Nara cuba mengawal detakan jantungnya tika itu.

"Tak apa, saya faham...awak penat," bergetar nada suara Nara membalas. Bibirnya perlahan ukir senyum.

Mikhael tersenyum kecil. Dia tahulah Nara merajuk dengannya kerana tidak melayani isterinya itu endah tak endah sahaja tadi. Peliknya, Nara tidak banyak cakap seperti sebelum ini. Selalunya Nara akan mengomel tidak puas hati. Bibirnya akan muncung sedikit ke depan. Macam itik! Nara akan melawannya.

"Kau masih merajuk dengan aku ke?" Mikhael bersuara lagi. Kali ini dia mendekatkan hidungnya pada tepi leher isterinya itu. Sengaja digeser lembut untuk menakutkan Nara. Nara tahan diri.

Inilah Takdir kitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang