BAB 7

71 5 1
                                        

DIA bangun awal seperti selalu. Rutinnya setiap hari. Dia gosok pakaian kerja suaminya sebelum dia menyediakan sarapan.

Dia sudah maklum tentang kepergian Mikhael waktu pagi, pulang lewat malam. Paling awal dia balik pun ketika jarum jam ke angka enam. Dia belum ada pergi outstation lagi.

Peti sejuk dibuka dan dia melihat isi di dalam. Stok makanan basah mereka dah nak habis. Khuatir Mikhael pergi outstation tiba-tiba nanti, dia pula yang susah nak pergi guna apa.

Nak guna kereta suaminya itu, memang tidak akan dibenarkan kecuali bila bersama mama. Teksi pun jarang lalu berhampiran kawasan rumah itu. Nak guna Grab, Mikhael tidak izinkan.

"Awak—barang dapur dah nak habis. Boleh tak saya minta izin keluar petang nanti?"

Nara memberanikan diri bersuara walaupun dia ada rasa takut-takut nak minta izin dengan suaminya itu. Mikhael tetap keutamaannya untuk meminta kebenaran. He's the big boss dan dia umpama pekerja bawahan suaminya itu.

Mikhael yang leka menikmati sarapannya langsung mengerling ke arah Nara. Nara takut-takut memandangnya. Posisi duduknya bertambah tidak selesa bila Mikhael merenungnya begitu lama.

Lama Mikhael berdiam, seakan sedang berfikir. Namun keputusan akhirnya dibuat.

"Nanti tengahari aku ambil kau. Jangan keluar ke mana-mana bila aku tidak ada di rumah kecuali kalau bersama mama dengan ayah," putus Mikhael dengan suara tegasnya.

Nara mengangguk kecil, memahami pesan dari suaminya itu. Melihat Mikhael kembali sibuk menikmati sarapannya, Nara beredar. Langsung menyibukkan dirinya di depan sinki. Dia leka membasuh periuk belanga yang dia gunakan tadi.

"Ehemmmm,"

Bunyi dehaman itu kedengaran dekat di belakangnya. Lantas sahaja tangannya menutup pili air seraya memusingkan tubuhnya. Namun tindakannya itu langsung terhenti bila merasakan tubuh Mikhael begitu rapat di belakang tubuhnya.

Jantungnya drastik berdetak cepat. Gugup bila tubuh mereka berada di dalam jarak yang begitu dekat. Dahinya sedikit merenik dengan peluh.

"Please—just stay for a while..." bisik Mikhael, nada mengharap.

Bulu romanya tegak merinding. Nara cuba menenangkan dirinya, namun dia menerima satu kejutan dari suaminya. Terbuntang matanya bila tangan Mikhael melingkar di pinggangnya sekaligus merangkul tubuhnya. Erat.

Nafasnya tersekat di kerongkong, menyukarkan dirinya untuk bernafas. Segalanya—masih baru baginya.

Dia dapat rasakan kepala Mikhael menyandar pada belakang kepalanya dek ketinggian mereka yang berbeza. Nara terkelu, tercegat di tempatnya.

Beberapa detik sahaja, bibir mungilnya perlahan mengulum senyum bahagia. Perutnya terasa dipenuhi dengan rama-rama berterbangan. Pernafasannya perlahan kembali normal dan teratur. Kian biasa dengan rangkulan dari suaminya itu.

Kedengaran Mikhael menghela nafas kecil. Pasti ada sesuatu menganggu di benak Mikhael. Nara sekadar menanti bicara dari suaminya itu. Berharap—Mikhael meluahkannya padanya.

"Aku tahu—aku tidak layak untuk kau...tapi aku pilih kau jadi isteri aku sebab aku selesa bila bersama kau,"

Selesa dengannya? Bila?

Mereka tidak pernah mengenali sebelum mereka disatukan. Dia tidak pernah kenal siapa Mikhael. Nara mulai berasa pelik dengan bicara suaminya itu seolah—Mikhael sudah mengenalinya sebelum ini.

"Aku bukan saja-saja layan kau dengan kasar. Kalau kau nak tahu— aku ni orangnya kasar. Aku bukan lelaki romantik. Aku tidak pernah bergaul dengan mana-mana perempuan kecuali kau,"

Inilah Takdir kitaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang