BAB 16

69 2 0
                                        

SAMPAI sahaja di Lapangan Terbang Sydney, dia mengekori langkah Mikhael menuju ke lobi sebaik beg bagasi mereka ambil tadi. Bukan main teruja wajah Nara di sebalik kepenatan itu. Sepasang matanya mengagumi pemandangan berdiri gahnya bangunan Sydney Opera House yang terbina nun jauh di depan sana. Tangannya ditarik, kemas dalam pegangan tangan Mikhael. Lapangan terbang pagi itu begitu sesak dengan keberadaan orang-orang berlainan bangsa. Kesesakan yang membuat laluan mereka sedikit sukar. Gerun juga bila mereka terpaksa berhimpit-himpit untuk keluar dari kesesakan itu. Kalau ada panjang tangan, lagi susah!

Tarik sana sini, akhirnya mereka berjaya bebas menghirup udara segar di luar bangunan lapangan terbang itu. Mikhael menyuruhnya masuk ke dalam kereta sewa yang ditempahnya awal. Mikhael pula sibuk memasukkan beg bagasi mereka ke dalam but kereta sebelum dia turut masuk, duduk sebelah Nara. Selepas memaklumkan penginapan hotel yang dia sudah tempah awal, pemandu itu melepaskan brek lalu perlahan menekan pedal minyak. Kawasan lapangan terbang yang sibuk dengan arus manusia itu ditinggalkan lalu memecut menuju ke lebuh raya.

Nara tidak jemu memandang ke luar. Mulutnya sekejap ternganga, tidak percaya dia berpijak di bumi itu. Dia begitu kagum dengan dengan pembinaan bangunan yang unik di Sydney. Dia sangkakan dia tidak akan pernah melihat semua itu secara realiti tapi ternyata di sini dia berada bersama Mikhael. Tergamam dan terkejut bila pipinya dicium, laju dia menoleh ke sisinya. Dipandang muka Mikhael dengan wajah tidak percaya.

"Apa...? Tak boleh ke?"

Nara perlahan senyum malu. Dia kembali membuang pandang ke luar tingkap. Cuba menghapus debaran pada hatinya. Mikhael pula terlalu sweet dengannya. Tahulah honeymmoon!

Kereta sewa yang dinaiki oleh mereka itu akhirnya memasuki perkarangan sebuah hotel yang tidak kurang hebat binaannya. Terpampang nama Four Seasons Hotel di entrance bangunan hotel gah itu. Pembinaan hotelnya yang dibina dengan 30 peratus purata dinding kaca kalis pecah.

Berhenti sahaja di depan bangunan hotel itu, Mikhael keluar dari perut kereta itu sebelum diikuti Nara dari sebelah. Beg bagasi dikeluarkan dari but kereta, dibantu oleh pemandu kereta sewa itu. Selesai membuat pembayaran tambangnya, barulah mereka berdua melangkah masuk ke dalam hotel yang boleh dikatakan agak mewah. Ada penyambut tetamu yang ramah menyambut kedatangan mereka sambil membuka pintu untuk mereka.

Baru jejak beberapa langkah, Nara terhenti di tengah-tengah. Tidak dia peduli Mikhael yang sudah berjalan di hadapan. Kepalanya mendongak ke atas. Ternganga mulutnya, melopong. Dia mengagumi rekaan hotel itu. Chandelier yang tergantung itu terlihat mewah, menerangi ruang lobi yang luas itu. Bahkan lantai di ruang lobi itu dilitupi karpet sepenuhnya. Dia lebih berminat memandang pada lukisan-lukisan yang tergantung di dinding. Mungkin lukisan yang dilukis dari pelukis tanahair yang terkenal tersebut.

"Jom kita naik atas. Aku dah ambil kunci untuk bilik kita," Mikhael menyedarkan isterinya itu dari tenggelam dalam dunia kekagumannya itu.

Nara tayang sengih. Sedar akan silapnya yang terlalu taksub dengan pembinaan hotel mewah itu. Laju kakinya menyaingi langkah Mikhael menuju ke arah lif. Tangan mereka bertaut.

"Nanti kita nak buat apa?" tanya Nara. Ada keterujaan terpamer pada wajah polosnya itu.

"Kita rehat dulu pagi ini. Petang nanti baru kita round kawasan hotel ni. Don't be so excited!" ujar Mikhael sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam lif. Bukan sekadar mereka berdua, ada orang lain juga menyertai mereka. Nara ukir senyum ramah kepada orang asing itu.

Sampai di aras atas, Mikhael dan Nara melangkah keluar lalu mencari bilik penginapan mereka pada tag penggera kad yang berada di tangan Mikhael. Sebaik pintu bilik dibuka, Nara terus meluru masuk awal dek keterujaannya yang belum hilang lagi. bibirnya mengukir senyuman nan indah saat dia menarik langsir yang menutupi dinding lutsinar itu. Pemandangan kota raya Sydney menjadi tatapannya tanpa jemu. Sungguh indah sekali seolah pengalaman pertamanya melihat semua itu.

Inilah Takdir kitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang