SUDAH lima belas minit berlalu, namun masih belum ada tanda-tanda doktor keluar dari bilik kecemasan itu. Lisa gusar. Gelisah tidak menentu. Dia mundar-mandir di ruang itu sendirian. Kecelakaan Nara sudah dia khabarkan pada keluarga Nara. Terkejut orang tua Nara tadi waktu dia membuat panggilan.
Lisa pusing bila mendengar derapan kasut di belakangnya. Tidak sempat nak mengelak, bahunya terlanggar oleh lelaki itu yang sepertinya tergesa-gesa.
"Sorry,"
Belum sempat Lisa bersuara, lelaki itu terus berlari masuk ke dalam bilik kecemasan di mana Nara diperiksa. Lisa tercenggang. Fikirannya melayang memikirkan sesuatu yang dia agak sendiri. Hanya seketika bila dia mendengar suara Puan Habsah memanggil namanya.
Puan Habsah dan Encik Jamal kelihatan begitu risau sekali. Jatuh tangga bukan sakit yang biasa. Takut terjadi kecelakaan yang membahayakan.
"Belum keluar lagi. Masih diperiksa dekat dalam," jelas Lisa untuk menenangkan kedua orang tua yang lebih gelisah darinya.
Mereka menunggu di ruang itu bersama. Masing-masing tidak senang. Beberapa minit menanti akhirnya ada seorang doktor keluar dari wad. Selepas itu katil pesakit dengan Nara terbaring pengsan di atasnya, ditolak oleh beberapa jururawat yang bertugas. Segera meninggalkan bilik kecemasan itu lalu menuju ke arah wad lain. Tinggal doktor tadi berdiri mendekati mereka yang sememangnya menantikan keadaan Nara yang sebenarnya.
"Pak cik, mak cik..."
"Bagaimana keadaan Nara, Zayyad?" Soal Puan Habsah pada doktor muda itu. Dia masih ingat lelaki yang tiggi di depannya itu yang merupakan anak kepada kawan rapatnya.
Zayyad lega bila Puan Habsah masih ingat akan gerangannya.
"Alhamdulillah...dia baik-baik saja. Saya minta maaf...hari ni kami kekurangan kakitangan dari kalangan doktor. Tadi terlambat nak periksa sebab saya tengah periksa pesakit lain," Zayyad meminta maaf atas ketidakcekapannya melakukan tugasnya hari itu.
"Tak apa, mak cik faham tugas kamu. Ni kenalkan Jamal, ayah Nara, suami mak cik," Puan Habsah mula mengenalkan doktor muda itu pada suaminya. Encik Jamal ramah menyambut salam perkenalan itu.
"Yang ni sudah kenal ke?" Puan Habsah terus melirik pada Lisa di sebelahnya.
"Dah kenal. Sebelum ni dah jumpa," lembut sahaja Zayyad menjawab.
Lisa iyakan. Selesai sesi perkenalan, Zayyad terus menunjukkan ruang wad yang menempatkan Nara. Memandangkan dia masih waktu kerja, dia terpaksa menyuruh jururawat yang bertugas kala itu untuk mengurus mereka.
Zayyad pergi. Ada senyuman bahagia mekar di bibirnya.
DIA melihat sahaja tangan Lisa yang penuh teliti mengupas kulit buah oren itu. Tidak sabar rasanya mahu disuap. Berselera pula dia nak makan di situ.
"Kepala tu masih pening ke?" tegur Encik Jamal bila Nara tekun memandang buah oren di tangan Lisa.
"Dah okey. Tak pening," jawab Nara dengan senyuman. Segan rasanya bila dia harus menyusahkan kedua orang tuanya datang melawatnya ke hospital itu.
"Maaf...sebab dah susahkan ayah dengan mama datang ke sini malam semalam," Nara cepat meminta maaf. Dia dah buat orang tuanya risau akan keadaannya.
"Tak apa, Nara kan anak mama dengan ayah. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada Nara, mama dengan ayah pasti akan mempersalahkan diri kami sendiri. Lihat Nara dah okey ni...alhamdulillah...lagipun tak menyusahkan kami," Puan Habsah bersuara.
Nara makan bila satu persatu buah oren itu diunjuk kepadanya. Lisa setia memberikan servis layanan terbaik untuk dirinya. Kawan sakit, simpati.
"Mujur juga ada Lisa temani Nara. Kalau tak, entah apa yang terjadi dekat Nara di rumah," Lisa beri senyuman bila namanya disebut oleh Puan Habsah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...