SEBULAN sebelum pernikahan...
"Nikah?!"
Nara terus memandang kedua orang tuanya dengan pandangan meminta kepastian. Mungkin dia hanya salah dengar.
Namun wajah orang tuanya serius. Mereka tidak main-main.
Nak nikah dengan siapa?
Kenapa semuanya dalam keadaan yang mengejutkan?
Kenapa harus terburu-buru?
Nara jadi tertanya-tanya sebab dia terlalu terkejut. Dipandang wajah ayah untuk meraih simpati. Dia tidak mahu mendirikan rumahtangga di usianya yang muda belia ini. Dia mahu kejar mimpinya.
"Nara, mama sama ayah bukan nak pentingkan diri sendiri. Mama dah sediakan calon menantu dan memang sesuai dengan Nara,"
Calon menantulah sangat! Padahal mereka sama sekali tidak mengenali siapa calon menantu mereka itu.
Nara cepat geleng kepala. No! Calon menantu apa kejadahnya kalau dia sendiri belum tengok yang empunya badan? Tengok muka pun belum. Nak suruh pula dia bersetuju sedangkan dia belum mengenali lelaki itu. Dia ada alasan kukuh untuk membantah. Dia tidak bersetuju.
"Nara tak mahu! Nara nak sambung sekolah lagi. Nara masih muda lagilah," bantah Nara dengan wajah tidak puas hati.
Puan Habsah lantas mengerling pada suaminya yang duduk di sebelahnya. Dia berharap sangat suaminya itu turut membantu misi mereka nak memujuk anak perempuan mereka itu.
Kalau dia sahaja yang memujuk, memanglah dia akan kalah dengan anak perempuannya itu. Dia memang tahu Nara tidak akan menyetujui rancangan mereka itu.
Namun Puan Habsah masih teringat akan lelaki itu yang beberapa hari lepas datang menjadi tetamu di dalam rumah mereka. Agak misteri orangnya. Namun permintaan lelaki itu membuat hati ibunya penuh kelegaan.
"Nara, percayalah...dia bukan orang jahat. Dia baik dan memang sesuai dengan Nara," kali ini Encik Jamal bersuara untuk menyakinkan anak perempuannya itu.
Nara yang duduk di depan dipandang penuh berharap. Berharap agar anaknya itu bersetuju dengan cadangan mereka itu.
Nara mencebik.
"Kenapa mesti Nara, ayah? Sedangkan Kak Dira pun masih belum kahwin. Kenapa Nara yang mesti kahwin dari kak Dira dulu?" Soal Nara dengan renungan matanya tajam tepat pada kedua orang tuanya.
Wajahnya serius. Mana mugkin dia mahu kahwin awal dari kak Dira.
Kak Dira adalah satu-satunya kakak yang dia ada. Tapi sekarang Kak Dira tidak tidur serumah dengan mereka. Dia sudah mempunyai apartmen persendirian yang disewanya tiap bulan atas kadar kemampuannya. Hari minggu sahaja dia balik menjenguk mereka.
"Dia tidak pilih Kak Dira. Tapi pilihan dia adalah Nara. Jadi mama sama ayah tidak dapat nak tolak pinangan dia. Lagipun orangnya baik, Nara. Memang calon menantu ayah dengan mama. Bertuah Nara kalau Nara dapat bersama dia,"
Pandai betul Encik Jamal bermain dengan ayatnya yang diciptakan untuk meruntuhkan tembok anaknya itu. Dia berharap Nara mengalah.
Puan Habsah angguk mengiyakan untuk membantu suaminya itu. Setiap butir bicara suaminya itu memang ada benarnya. Tapi separuh sahaja yang dia tidak berapa pasti. Tapi dia berharap anaknya itu dapat mengubah kehidupan lelaki itu.
Pandangan lelaki itu jelas kosong. Sukar dibaca apa yang ada di dalam hatinya. Wajahnya tidak berperasaan. Namun tutur bicaranya lembut. Itulah apa yang dia ingat tentang bakal menantunya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...
