PERGINYA Mikhael dihantar dengan pandangan. Lambaian diberikan bila bayangan suaminya kian menjauh. Nara kembali masuk ke dalam rumah. Dia kembali dengan rutin hariannya sebagai seorang isteri. Namun bila teringatkan dia belum mengabari akan kepulangan mereka, laju sahaja tangannya membuat panggilan pada ibunya di kampung.
Puan Habsah pasti merindukan dirinya. Sangkanya cuti suaminya boleh dipanjangkan ternyata Mikhael harus masuk bertugas kembali. Dia sangat diperlukan. Niat nak menjenguk kampung halaman hanya tinggal di bibir mulut sahaja. Nara harus memujuk hati si ibu yang sangat dirinduinya.
"Assalamualaikum mama..." gembira sekali Nara bila panggilan berbalas.
"Waalaikumsalam...anak mama sihat ke? Macammana cuti honeymoon? Menantu mama di mana sekarang?" Banyak benar Puan Habsah menyoal.
Nara tersenyum.
"Nara sihat je...cuti honeymoon pun okey. Nara rasa seronok sangat. Ouh ya Nara ada beli kain untuk mama. Nara ada belikan barang juga untuk ayah. Nanti bila ada masa Nara akan pujuk Mikhael untuk balik kampung. Mikhael sibuk dengan kerja dia. Semalam balik dah dapat panggilan dari bos dia,"
"Nara okey ke sorang-sorang dekat rumah tu? Kalau takut telefon Lisa biar Lisa temani. Mama ni risau sangat kalau Nara keseorangan," Puan Habsah mula risaukan keadaan anak perempuannya itu. Dia tahu sangat rumah anak menantunya sangat besar. Tapi tidaklah besar macam rumah orang kaya.
"Nara okey je sini. Lagipula Mikhael balik nanti petang. Mama jangan risaulah...tapi sebelum tu...Nara minta maaf sebab tak dapat balik minggu ni. Nara dah janji sebelum cuti tapi maaf sebab Nara tak dapat nak tunaikan. Mikhael disuruh masuk kerja. Nara minta maaf ye, mama..." Ujar Nara dengan nada serba-salah pada ibunya itu.
Lama Puan Habsah diam di sebelah sana. Khuatir pula ibunya masih kecil hati dengan mereka. Itulah sebabnya dia menelefon ibunya itu.
"Mama...mama masih kecil hati dengan Nara ke? Nara minta maaf ye...Nara tak patut buat janji tu. Nara yang salah. Maafkan Nara ye..." Nara memujuk lagi. Hatinya sangat tidak senang bila ibunya hanya mendiamkan diri.
Nara memanggil lagi ibunya. Hatinya rasa sedih sehingga dia menangis tanpa sedar. Dia tidak pernah lagi buat ibunya kecil hati. Kalau ada pun dia cepat minta maaf. Tapi sekarang mereka berjauhan, hanya lewat panggilan suara sahaja. Wajah pun tidak nampak, Nara tidak tahu bagaimana perasaan ibunya kala itu.
"Mama...janganlah diam...Nara minta maaf..."
"Hello..." Kedengaran suara garau menyapa. Bukan suara ibunya yang dia dengar.
Nara kian pelik. Mana pergi ibunya?
"Mana ibu saya? Encik ni siapa?" Nara mulai risau bila gerangan suara si ibu tidak kedengaran. Ada apa-apa yang terjadi pada ibunya ke?
"Tenang, cik. Ibu cik sekarang kami kejarkan ke rumah sakit. Tadi saya tengok dia jawab panggilan lepas tu dia jatuh pengsan. Kepalanya terluka sedikit terhantuk ketika jatuh tadi,"
Ya Allah!
Nara cepat menanya rumah sakit yang mereka pergi. Selesai panggilan, Nara terus membuat panggilan pada Mikhael. Namun panggilannya tidak dibalas. Dia cuba lagi. Namun dia lebih risaukan keadaan ibunya. Dia cuba telefon lagi namun masih sama. Nara putuskan untuk pergi sendiri. Bergegas dia menukar pakaiannya dan keluar dari rumah itu.
BERLARI dia menuju ke kaunter depan untuk menanya keberadaan ibunya. Bila dijelaskan bergegas dia menuju ke arah nombor wad yang diberitahu tadi. Hatinya dipagur kerisauan yang maha hebat. Ibunya pengsan ketika berbual di talian dengannya. Dia tidak tanya pula di mana ibunya berada.
ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomantikNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...
