BAB 25

38 3 0
                                        

TERASA tubuhnya seperti ditarik. Lalu ditolak kasar. Samar-samar pandangan matanya bila ada kain menutupi kepalanya. Dia cuba mengecilkan matanya cuba melihat dari celahan lubang kecil pada kain tersebut. Dipincingkan sehingga dia mula peka keadaannya di mana ketika itu. Tanpa menggerakkan kepalanya, dia meliarkan pandangan matanya di sekitarnya, mencari keberadaan kawannya yang lain.

"Arghhh!"

Seorang kawannya ditendang dan dipukul tanpa belas. Mikhael tahan amarah. Sungguh biadap sekali pemberontak itu melayani mereka.

"Buksan ang lahat ng tela sa kanilang mga ulo," suara itu mengarah. (Buka semua kain di kepala mereka)

Serentak kain di kepala ditanggalkan. Serentak itu mereka semua di situ dipukul dengan senjata api. Semua mereka yang menjadi tawanan merintih kesakitan. Bila diarahkan untuk berhenti, barulah pukulan tadi dihentikan. Mikhael memandang ke depan pada ketua yang memberi arahan. Mukanya tertutup dengan kain. Hanya kelihatan kedua matanya yang bergerak.

"Fifteen minutes...is just a short time. All of you will die in my fifteen minutes. Not by the gun but...something that really awaits you. When the times coming, then you'll meet your exact time. Your death of time," dia ketawa. Ketawa yang penuh kejahatan.

Mikhael mendengus. Matanya memcerlung tajam seolah dia boleh menembusi kain yang menutupi kepala ketua pemberontak itu. Identitinya tidak diketahui dan hari ini mereka melihatnya secara depan. Namun imejnya sengaja disembunyikan. Tapi Mikhael berjanji tidak akan membiarkan hidup pemberontak itu begitu lama berpijak di atas bumi itu.

"I set all everything to meet all of you. Jeb, Mikhael, Harris, Denish, Jerith and   Farid..." Dia ketawa lagi.

Muka mereka berenam jelas cuak. Bila identiti mereka diketahui oleh ketua pemberontak.

"All of you should die like what people wants. I knew all of your stories. I'm sure the fifteen minutes is the best for the six of you. The end of your life,"

"Stop making jokes! Who are you?" Jerith bersuara setelah begitu lama dipermainkan dengan lima belas minit kematian itu. Ketua pemberontak itu memang sudah gila. Nak jadi malaikat maut, tapi ada hati nak bunuh orang yang tidak bersalah.

Mikhael memberi isyarat pada yang lain untuk bertenang dulu. Terkejut juga dia bila Jerith bersuara. Dia takut orang bawahan ketua pemberontak itu menyakiti Jerith lagi.

"I'm the head of this monstrous activities," dia mula serius. Tiada gelak seperti tidak siuman tadi. Mungkinkah pertanyaan Jerith membangunkan amarahnya?

"Hayaan mo na ang inosente at parusahan mo lang ako," (Lepaskan mereka yang tak bersalah dan hukumlah saya seorang)

Semua mata mula tertuju pada suara itu. Terkejut tidak percaya bila Mikhael boleh berbahasa tagalog. Ketua pemberontak itu terus ketawa kuat dan sudah mengagak awal bahawa di antara mereka berenam, pasti ada yang memahami bahasanya. Dia bukan bodoh untuk terjerat dalam perangkap pasukan DEFAGEN itu.

"Alam ko ang pangalan mo at hindi nila alam ang iyong pagkakakilanlan. Let this matter between the two of us," (Saya tahu nama awak tapi mereka tidak tahu identiti awak) Mikhael bersuara lagi untuk menyakinkan ketua itu. Dia sudah rancang apa yang terbaik di antara mereka.

Jeb tidak sedap hati. Tambah lagi dia tahu Mikhael akan mengambil keputusan sendiri tanpa memikirkan mereka semua.

"Mik, jangan belakangkan kami. Kami ni kawan kau. Aku tak nak kau mati sorang," kata Jeb dengan matanya tajam memandang Mikhael.

Mikhael geleng kecil.

Semua mereka tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Mikhael. Wajah mereka tampak sebal dan tidak merelakan.

Inilah Takdir kitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang