"I'm sorry..."
Nara membuang pandang ke sisi bahunya. Dia tidak mahu melihat muka Mikhael apalagi mahu bertembung mata. Perasaannya bercampur baur saat itu. Dia takut, malu, sedih dan sewaktu dengannya bila dia merenung wajah Mikhael yang tanpa perasaan. Dia manusia ke makhluk alien?
"I'm sorry...aku minta maaf...sebab berkasar tadi," suara Mikhael kedengaran bergetar.
"Aku bukan merajuk dengan kau. Aku pergi kerja buat task aku. Aku tak sempat nak bagitau dekat kau sebab masa aku begitu limit sangat dengan phone," sambungnya lagi.
Mikhael tidak betah begitu sahaja. Tangannya perlahan menarik bahu Nara lalu dibawa ke dalam dakapannya. Dia rasa berdebar dengan tindakannya itu namun cuba mengawalnya. Ini merupakan kali pertamanya dia mendakap tubuh Nara. Sungguh dia rasa amat mendamaikan hatinya yang membara panas tadi.
Nara merebahkan kepalanya pada dada bidang Mikhael. Dia diam membisu melayan rasa sedihnya. Dibiarkan sahaja tangan Mikhael mengesat air matanya. Perlahan matanya melirik ke atas meskipun dia takut menatap raut wajah Mikhael. Terbuntang matanya. Jelas dia terpinga-pinga bila dia merasakan sentuhan bibir Mikhael pada dahinya lalu pada ubun-ubunnya. Layanan Mikhael sungguh lain sekali dan amat ketara tika ini dia begitu benar membuktikan apa yang dia katakan.
"I'm so sorry," ucapnya lagi dengan wajah salahnya. Keningnya bercantum menzahirkan rasa salahnya pada Nara.
Nara diam tidak berkutik. Dia dalam diam terpegun. Namun cepat dia sedar bahawa semuanya itu hanya sementara. Nara perlahan menunduk, berperang dengan perasaannya.
Mikhael meleraikan dakapan itu. Tangannya dibawa ke atas, menolak lembut dagu Nara ke atas agar sepasang mata itu menatapnya. Nara tidak membantah. Mata bundar itu ditenung lama. Kala itu dia rasakan ada satu perasaan menyelinap masuk ke dalam kalbunya. Dia tidak pernah merasakannya sehingga dia rasa senyaman begitu. Dielus lembut kulit wajah Nara yang sememangnya halus. Nara membiarkan, perasaannya terbuai dengan elusan tangan kasar suaminya itu.
Mikhael kian merapat. Matanya tidak jemu merenung mata bundar itu. Tidak semena matanya melirik ke bawah pada hidung comel isterinya itu. Elok terletak di situ. Digesel lembut hidung kecil itu dengan hidungnya dan perbuatannya itu berjaya membuat bibir nan merah delima itu tersenyum kecil. Nara lantas membawa tangannya ke atas, menyentuh tangan suaminya yang membelai wajahnya. Dapat dia rasa hembusan nafas hangat Mikhael menyentuh wajahnya.
Terus mata Mikhael menilik pada bibir mungil itu yang sememangnya tampak mengiurkan kelakiannya. Ditatap lama, dalam diam memuji kesempurnaan ciptaan Tuhan itu. Seakan ada magnet yang membuatkan dia tertarik untuk menyentuh bibir itu. Perlahan sahaja bibirnya mendarat di atas bibir Nara, lalu menciumnya lembut. Nara tampak terkejut namun selepas itu dia memberi respon positif. Dia membalas kucupan itu dan masing-masing menikmati momen indah itu sehinggalah mereka dikejutkan dengan ketukan bertalu-talu di pintu.
Masing-masing terkejut lalu pantas meleraikan kucupan itu. Nara lekas menolak dada Mikhael menjauh darinya. Mikhael beredar ke pintu untuk membukanya. Kelihatan susuk tubuh Jeb berdiri di depan pintu. Mata Jeb sempat mencuri pandang ke dalam bilik dan bila mana matanya menangkap susuk tubuh Nara yang masih ada di situ, bibirnya lantas menghulur senyum.
"Ada apa?" soal Mikhael. Wajahnya meluat bila Jeb curi-curi pandang ke arah isterinya. Kalau mereka bukan kawan, sudah lama dia beri lempang mautnya untuk sedarkan lelaki itu.
"Task untuk kau! Tadi Steven bagi dekat aku. Dah alang-alang aku lalu dekat sini, nak terus bagi dekat kau," kata Jeb lalu menghulurkan fail nipis di tangannya pada Mikhael.
Mikhael menyambut huluran itu lalu diselak seketika isi fail itu. Dia kembali memandang pada Jeb, perasan lelaki itu masih tidak ada niat mahu berganjak dari situ. Jeb tayang sengih. Nampak sewel!

ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...