TERPEGUN matanya memandang ke hadapan. Dipejam mata menikmati udara pagi itu. Dibiarkan bayu pagi itu menyentuh tubuhnya. Tidak semena hatinya merindui kampung halamannya. Rindu dengan kedua orang tuanya. Andai dia punya duit lebih, dia akan bawa kedua orang tuanya pergi ke sini untuk menikmati pemandangan di sini.
Pada mulanya dia takut menaiki kereta kabel itu. Pengalaman paling seram sebab dia harus melihat pemandangan dari ketinggian yang dia tidak dapat bayangkan.
Mereka berangkat awal mengikut perkiraan jam Mikhael. Dia hanya menurut sahaja sebab Mikhael lebih arif di negeri itu. Lagipula dia sendiri yang pilih sebab nak mengelak dari melakukan aktiviti lasak. Mikhael hanya menurut tapi ternyata Mikhael lebih menikmati percutian itu darinya.
Blue Mountains National Park Glenbrook.
Salah satu tempat menarik di Sydney ketika musim sejuk. Agak jauh juga dari bandar Sydney sekitar 130km. Nara memilih tempat ini sebab nak tengok pemandangan indah ciptaan yang maha esa. Lagi-lagi pemandangan tepian gaung yang agak berbatu.
Mereka sampai di Scenic World Park untuk menempah kereta kabel. Semuanya diuruskan oleh Mikhael tadi. Bergetar juga kakinya memasuki kereta kabel itu namun Nara kuatkan diri. Dia gayat kalau naik tinggi-tinggi. Tapi berkat Mikhael, gayatnya pergi entah ke mana. Hanya pemandangan indah sahaja ditatapinya sedari tadi. Dia mahu menikmati momen berharga itu bersama suami tercinta.
"Dah tak takut tinggi ke?"
Nara mencebik. Tahulah dia takut tinggi. Kalau dia ingat balik sedari dia masuk ke dalam kereta kabel ini, mengeletar kuat juga kakinya sehingga dia hampir rebah ke orang lain. Mujur Mikhael bertindak pantas mengawal tubuhnya.
"Rasanya macam tak takut dah...sebab ada abang," Nara senyum lebar.
Mikhael senyum. Kalau tidak ramai orang di situ, dah lama dia peluk isterinya itu.
"Kita nak makan dekat mana nanti?" soal Nara memandangkan mereka belum menjamah sebarang makanan berat sejak tadi pagi. Perutnya pun rasanya dah lapar tapi masih dapat tahan lagi sampai ke tengahari nanti.
"Abang dah uruskan semuanya. Sayang jangan risau, nanti sayang makan banyak. Tapi sekarang abang nak sayang feel this moment and nikmati sehabis mungkin. Lepas ni tak balik sini lagi,"
Betul juga kata suaminya itu. Mereka pergi sini sekali sahaja. Nara sepuas-puasnya menikmati momen berharga ini. Dia pejam mata dan menikmati bayu menyentuh tubuhnya. Perilakunya itu ditonton Mikhael di sebelahnya sahaja. Redup sungguh pandangan matanya memandang isterinya. Semakin kemas genggaman tangannya pada tangan isterinya.
"Dah nak sampai,"
Nara buka mata. Macam sekejap sahaja gondola itu merentasi tempat pergaungan itu. Melihat semua orang sudah bersiap mahu mendarat, Nara pun kian pasrah. Semakin kuat tangannya merangkul lengan Mikhael, khuatir dirinya berpisah dari suaminya. Selamat sahaja mereka melangkah keluar dari gondola itu, mereka terus mendapatkan kereta sewa mereka. Nara terpegun bila kali ini Mikhael sendiri yang akan memandu kereta tersebut.
"Abang sering ke sini ke?" tanya Nara teringin pula nak tahu.
Mikhael kelihatan santai memandu. Itu yang buat Nara teringin nak tahu. Tambah lagi suaminya itu tidak kekok dengan jalan di situ.
"Dulu...masih bujang abang selalu juga ambil cuti di sini. Tu lah kalau sayang nak pergi mana-mana abang akan bawakan sayang ke tempat tu,"
Nara mengerti. Kepalanya turut terangguk kecil. Namun dia menyedari sesuatu namun dia diamkan. Dia tidak berani nak bangkit isu itu lagi bila suaminya itu dah menjelaskan bahawa dia belum bersedia untuk berkongsi cerita sebelumnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...
