BAB 18

49 4 0
                                        

NARA tersedar, masih mamai. Matanya dikelipkan. Digosok perlahan supaya penglihatannya jelas. Terasa kesejukan penghawa dingin menusuk mencucuk tulangnya. Laju tangannya menarik comforter hingga ke bawah dagunya. Pinggangnya pula terasa berat dengan satu objek yang dia kurang pasti. Dia menyelak sedikit comforter itu dan jelas tangan Mikhael merangkul pinggangnya. Dia lantas toleh ke sisinya. Lupa dia Mikhael tidur di sebelahnya.

Kepala yang terasa berat tadi sedikit ringan. Mungkin disebabkan rasa mual yang dia hidapinya sewaktu menaiki feri. Dia perlahan mengiring menghadap wajah Mikhael yang sedang lena itu sambil berbantalkan lengannya. Mungkin Mikhael penat menjaganya semalaman. Masih dia ingat lagi betapa risaunya Mikhael waktu keadaan dia lemah di atas feri itu. Nak bangun pun dia rasa lemah satu badan seakan lumpuh separuh. Mujur Mikhael cepat mengendongnya pergi dari feri itu membawanya pulang ke hotel penginapan mereka.

Indah pandangannya menatap seraut wajah Mikhael. Baginya saat suaminya itu sedang lena adalah masa yang indah untuk dia menatap dari dekat dan jelas. Kadang dia rasa tidak jemu kerana dia sungguh mengagumi ketampanan suaminya itu.

Tiba-tiba dahinya berkerut sedikit. Otaknya mula memerah serpihan memori yang luput beberapa tahun lamanya dalam kotak memorinya. Dia cuba mengecam lagi muka yang lena itu dan dia dapat rasakan seperti dia pernah melihatnya sewaktu dulu.Tapi dia tidak ingat bila dan di mana dia pernah terserempak dengan suaminya itu.

Nara terus cuba mengingati namun hampa. Dia tidak ingat langsung tapi dia yakin pernah tengok Mikhael sebelum mereka dinikahkan.

Bila melihat sepasang mata Mikhael tercelik, lalu tepat memandang ke arahnya, bibirnya lantas menguntum senyum manis. Mikhael masih mamai namun dapat dia tangkap huluran senyuman isterinya itu.

"Good evening, abang..." sapa Nara separa berbisik. Tangan Mikhael perlahan naik ke atas mengusap pipi paunya. Dielus sebelum dia letak belakang tangannya di dahinya.

"Nara tak demamlah..." Nara menegur kelakuan Mikhael.

"Abang risaukan Nara..." Mikhael jelas begitu risau. Bibirnya terkatup rapat. Bola matanya sahaja terus menerus menatap wajah bersih Nara.

"Jangan risaulah. Nara dah okey. Tadi mabuk laut je! Abang, sorry sebab menyusahkan abang dekat feri tadi," ucap Nara dengan nada bersalah.

Mimik mukanya bertukar muram. Dia tidak ada niat sama sekalipun nak susahkan Mikhael. Dia sendiri pun tidak tahu dirinya ada mabuk laut.

"Tak menyusahkan abang selagi Nara isteri abang..."

Dengar sahaja bicara itu, Nara mengulum senyum. Hatinya bertambah berbunga-bunga. Apa sahaja yang dia dengar dari mulut Mikhael, semuanya kedengaran manis belaka. Kembang kuncup hatinya. Apalagi bila Mikhael sudah terbiasa membahasakan dirinya abang dan memanggil namanya. Indahnya dunianya...

"Kalau senyum tu tak payah ditahan. Abang nampak walau Nara cuba tahan. I see it from your face," tegur Mikhael, lembut.

Dia tidak suka melihat isterinya tahan senyum. Kalau boleh dia mahu wajah itu dihiasi dengan senyuman.

"Abang...boleh tak Nara tanya sesuatu?" Nara memulakan lagi. Kali ini dia pasti Mikhael akan menjawabnya.

"Kenapa abang nikahi Nara? Kenapa bukan orang lain? Nara langsung tak kenal siapa abang sebab tu Nara tak terima abang seadanya. Nara tak rela tapi lepas ayah dengan mama pujuk, baru Nara rela dalam pasrah. Mungkin dah tertulis jodoh Nara dengan abang. Tapi Nara mahu tahu kenapa abang beriya-iya nak nikah dengan Nara?"

Mikhael jeda sekejap. Mungkin nak susun ayat supaya Nara boleh faham alasannya. Mungkin sudah tiba masanya dia beritahu perkara sebenarnya pada isterinya itu. Lagipun mereka dah saling cinta sesama sendiri.

Inilah Takdir kitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang