PAGI dia bangun tadi, Nara sudah tidak ada di sebelahnya. Bila dia ke meja makan untuk menikmati sarapannya, Nara pergi meninggalkannya seorang diri. Nara mengelak darinya setelah kejadian semalam berlaku. Nara tidak mahu berbual dengannya. Bila bersua, Nara lebih suka untuk pergi mengelak. Subuh tadi mereka solat bersama dan selepas itu Nara menghilang tidak masuk bilik lagi. Sangkanya dia terlelap tadi, Nara baring di sebelahnya.
Mikhael pandang dirinya di depan cermin. Untuk kali ini dia cuba memberanikan dirinya melihat parut luka yang berada di lehernya. Hanya meninggalkan parut kecil di bahagian lehernya.
Mikhael tersentak bila pintu bilik ditolak seseorang. Dia menoleh bila melihatkan isterinya yang memasuki bilik tersebut.
"Sayang..." Panggil Mikhael, lembut memujuk.
Terhenti pergerakan tangan Nara yang mahu mengambil bakul yang penuh dengan pakaian semalam yang ingin dibasuhnya itu. Dia tahu dia tidak seharusnya mengelak. Dia pun penat dengan situasi mereka begitu. Dia perlahan memandang Mikhael.
"Abang nak apa-apa ke?" Tanya Nara.
"Kita bincang...tolong jangan mengelak dari abang. Sebelum abang pergi, abang nak betulkan keadaan kita," ujar Mikhael, perlahan.
Nara menurut lalu duduk di birai katil. Mikhael perlahan duduk di sebelahnya.
"Abang minta maaf kalau soal ni abang belakangkan sayang tapi abang tak nak kita berpisah. Abang tak nak kita berjauhan. Abang nak sayang di sisi abang,"
Nara perlahan memandang ke arah Mikhael. Ada ketulusan dalam kata maafnya di balik wajah sayu itu. Dia sendiri pun masih terkejut dan belum putuskan apa-apa jawapan.
"Abang tahu sini tempat kita lahir tapi kerja abang di sana. Abang tak mahu dah jauh dari sayang. Kita tinggal di sana bina hidup baru. Kita buka restauran di sana. Abang akan cuba untuk cari jalan keluar dari DEFAGEN. Tapi bukan sekarang. Please..."
Mikhael tenung Nara yang sedari tadi senyap.
"Sayang..." Panggil Mikhael.
Nara tersedar lalu memandang ke arah Mikhael. Fikirannya masih kosong dan dia tidak tahu nak beri jawapan apa. Dia sendiri pun masih ragu-ragu.
"Abang...Nara tak tahu nak jawab apa. Nak tinggal sini, Nara tak mahu juga berjauhan dengan abang. Kalau Nara ikut abang ke sana, macammana ayah dengan mama di sini? Nara masih keliru," Nara bersuara perlahan.
"Abang akan cuba untuk berbincang dengan ayah dan mama. Mungkin esok kita boleh pergi ke rumah ayah dan mama..."
Nara pada mulanya terkejut tidak percaya. Namun bila diyakinkan oleh Mikhael, dirinya mula tersenyum. Dia pun tidak sabar mahu berjumpa dengan ayah dan ibunya.
"Kalau ayah dan mama setuju dengan cadangan abang nanti, sayang nak tak ikut abang?"
Senyumannya yang lebar tadi kian memudar. Entah mengapa pertanyaan suaminya itu membuatkan dirinya berada dilema. Nak ikut tapi tak nak ikut juga. Diluar sana tidak sama seperti di sini. Mampukah dia untuk hidup di suasana yang begitu lain selain suasana di sini? Entahlah...
"Sayang...beri abang pendapat sayang. I need your opinion too. Abang tak nak abang buat keputusan berat sebelah. Abang tak nak pentingkan diri sendiri," ujar Mikhael, sekali lagi menyentakkan isterinya yang tika itu tenggelam di dalam dunia lamunannya.
"Nara...tak tahu..." Jawab Nara, kosong.
Mikhael mengeluh di dalam hati. Dibawa tangan Nara ke dalam gengamannya untuk memberi sedikit ketenangan pada isterinya itu. Dia tahu Nara masih gelisah soal itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...
