SEDIH sekali hatinya kala itu. Sungguh walang bahkan dia tidak rela. Dia hanya mampu merintih di dalam diam. Namun apa dayanya, dia terpaksa dan dipaksa. Dia tidak ada pilihan.
Dia tidak sepenuhnya menerima namun di situ dia harus berada. Nak lari, kakinya tidak dapat nak gerak, seolah dilekat dengan pita super glue pada lantai masjid itu.
Namun tetap dia sudah terlambat untuk bertindak. Tidak ada cara untuk lari dari majlis itu. Bahagiakah dia? Tak! Dia terpaksa.
Hatinya merintih namun bila sahaja matanya memandang wajah ayah dengan ibunya, hatinya dipagut rasa sayu. Wajah gembira yang terpamer di wajah mereka berjaya membantutkan segala pemberontakan jiwa,akal dan perasaannya.
Arghhh, dia tidak mahu jadi anak derhaka!
Itu prinsipnya.
Pernikahan yang dilangsungkan hari itu akhirnya dimulakan setelah ketibaan pengantin lelaki. Alhamdulillah aturcara majlis nikah itu berjalan dengan lancar.
Sanak-saudara dan orang ramai yang turut datang menghadiri ke majlis kecil itu turut sama memeriahkan lagi hari pernikahan itu. Tapi tidak Nara. Hatinya betul-betul kosong.
Walaupun kini dia sudah sah menjadi isteri kepada pengantin lelaki itu, dia tetap rasa kosong. Dia boleh menerima situasinya saat itu tapi bukan semudah itu menerima lelaki itu sebagai suaminya.
Dia tidak kenal siapa bakal suaminya. Bahkan tidak pernah bertemu sebelum mereka disatukan. Tidak ada ribut tidak ada angin, dirinya dipinang beberapa bulan yang lepas.
Tup tap sahaja pernikahan mereka dicepatkan atas sebab yang dia sendiri tidak tahu alasannya. Bukan dia nak kahwin sangat pun! Tapi dia geram dengan lelaki itu. Suka hati dia je nak cepat!
"Nara, salam tangan suami Nara tu," tegur Puan Habsah lembut menyapa gegendang telinganya, serentak dengan tepukan lembut pada pehanya.
Nara tersedar dari lamunannya. Tercenggang dia memandang ke arah ibunya sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah seorang lelaki yang siap lengkap dengan baju cara melayu putih sedondon dengannya, duduk menghadapnya. Lama dia berfikir hendak buat apa dengan tangan lelaki itu yang dihulurkan ke arahnya.
Mujur Puan Habsah menegurnya secara lembut. Dia perasan anak perempuan itu tidak fokus dengan suasana di situ. Seolah jasadnya di situ tapi fikirannya entah ke mana.
Dengan hati berat, dia mencapai perlahan huluran tangan suaminya lalu dicium dalam keterpaksaan. Mereka berdua menjadi tontonan berpasang-pasang mata orang ramai. Dahinya pula menjadi sasaran setelah dia lepaskan tangan suaminya itu. Dikucup lembut bibir merah lelaki itu. Terasa membahang kulit pipinya seiring dengan getaran jiwanya yang tidak tenang sebaik bibir lelaki itu menyentuh kulit dahinya. Buat pertama kalinya dia disentuh lelaki lain selain ayahnya.
Nara terpana namun laju dia mengawal wajahnya saat itu. Tubuhnya masih terasa kejung. Sepasang mata bundarnya melirik ke atas, mencari wajah suaminya itu.
Dia tidak kenal.
Jujur dia akui suaminya itu ada rupa.
Hensem?
Boleh juga!
Ya Allah, perasaan apakah ini yang Engkau cuba hadirkan di dalam hatiku? Siapa dia? Siapa dia sebenarnya? Aku kenal dia ke?
Hanya hatinya bermonolog begitu.
Menjadi tanda-tanya kepada dirinya tentang identiti suami sahnya itu. Di dalam benaknya penuh dengan persoalan yang membuat dirinya dalam kebuntuan.
Jantungnya berdegup lagi tidak menentu. Saat pandangan mereka bersabung, Nara lantas menunduk pandang ke bawah.
Sedikit malu bila tingkah lakunya itu diketahui oleh suaminya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...
