BAB 33

80 6 0
                                        

"MIK..."

Namanya diseru ketika dia menjawab panggilan itu.

Mikhael lantas mendengar dulu apa yang mahu diutarakan oleh kawannya itu. Jeb kedengaran mengeluh kecil. Seakan berat mahu memberitahunya tentang sesuatu. Dahlah Nara sedang memandangnya tika itu.

Lantas sahaja dia memberi isyarat pada isterinya itu yang dia mahu masuk ke dalam bilik. Nara angguk mengerti. Mikhael lantas menuju ke ruang kamar bila Jeb membicarakan tentang tugasan mereka seterusnya.

"Kenapa kau sign agreement maut tu?" Jeb bersuara kesal. Mikhael tidak sepatutnya bekerja mati-matian untuk DEFAGEN.

"Aku terpaksa...sebab...mereka dah jaminkan kehidupan aku. Dulu aku tak ada sesiapa sebelum aku kenal kau,"

Mikhael diam. Dia dengar Jeb mengeluh di seberang sana. Mungkin kesal dengan tindakannya yang tidak pernah fikir dulu.

"Kau tau tak...lepas ni...kita tak kerja sini dah," ujar Jeb.

Mikhael diam, tidak mengerti bicara kawannya itu. Hatinya mula sedikit gusar.

"They send us to Europe and work with them,"

Mikhael terpempan. Matanya terkebil-kebil cuba menghadam perkataan Jeb tadi. Satu kejutan yang dia tidak jangka.

Europe?

"Bagaimana dengan sini?" soal Mikhael bila dia sendiri tidak pasti dengan cerita menyeluruh.

"Ada rekrut baru mereka ambil masa bulan lepas. Rekrut baru ni akan buat kerja kita di sini. They handle everything dan kita hanya lakukan kerja kita di cabang Europe," jelas Jeb.

Mikhael perlahan mengusap dahinya. Ada satu permasalahan yang membuat dia tidak nyaman. Dia tahu dalam etika kerjanya. Dia dah baca agreement yang pernah diunjukkan kepadanya beberapa tahun lalu. Dia tidak pernah lupa tapi...

"Macammana dengan isteri aku dekat sini?" Soal Mikhael dengan nada berat.

Jeb terdiam.

Mikhael menanti penuh sabar. Dia masih berharap ada jalan keluar untuk permasalahannya itu.

"Mik...aku minta maaf...aku tak berani nak langgar etika kerja kita. Aku dah buat kesilapan dulu dan aku harap kau tak ikut apa yang aku dah buat dulu. Europe tu bukan tempat kecil macam negara kita. Banyak keselamatan kena jaga,"

"I'm going to plead," Mikhael memintas.

"Jangan lakukan kesilapan yang pernah aku buat, Mik. Bila kau sayang orang tu jangan pernah kau kehilangan dia. Aku tahu kau sayangkan isteri kau..."

"Tapi orang di sana boleh jaga isteri aku..."

"We're not like them,Mik. Mereka bukan nak jaga orang yang kita sayang. Kerja kita selamatkan orang sana, bukan orang kita," Jeb menutur lemah. Jujur dia mahu Mikhael berhenti dari melakukan kerja itu tapi dia tahu Mikhael tidak lakukan apa yang dia suruh.

Mikhael mengeluh di dalam hati.

"Kau buatlah keputusan...aku juga pergi sebab aku tidak ada sesiapa di sini. Aku nak mulakan hidup baru di sana. Kau berbincanglah dengan isteri kau... elok-elok,"

"Baiklah...minggu depan aku putuskan,"

Mikhael terus menamatkan panggilan itu. Dia meraup wajahnya. Dia duduk di birai katil dan merenung ke depan. Saat hatinya berbelah-bahagi, dia tidak tahu nak buat apa. Nak pergi, dia sayangkan Nara. Nak tinggal dan berhenti, dia tidak boleh sebab agreement yang dia tandatangan itu.

Bodohnya dia.

Mikhael menyesal. Dulu dia fikir tidak ada sesiapa tapi sekarang dia dah ada Nara di sisinya.

Inilah Takdir kitaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang