KAKINYA penuh berhati-hati menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Hari masih pagi lagi. Sejak dia bangun subuh tadi lagi matanya tidak mahu lelap. Lisa mungkin masih tidur pulas. Malas menganggu kawannya itu, dia menuju ke ruang dapur lalu menjerang air. Dia nak sediakan sarapan pagi khusus khas untuk kawannya itu.
Leka dia menyapu inti cokelat pada roti, tersentak dia seketika bila telefon pintar yang diletaknya atas meja tadi berbunyi. Bergema bunyi panggilan itu menarik perhatiannya. Siapakah gerangan yang membuat panggilan kepadanya? Tidak mahu pusing kepala dia cepat mencapai telefon pintarnya lalu menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggilnya.
"Hai—tengah...buat apa?"
Dengar sahaja suara pemanggil itu, terus bibir mungilnya menguntum senyum lebar. Berbunga-bunga hatinya di pagi hari, mekar setaman.
"Saya tengah buat breakfast untuk Lisa. Awak dah breakfast ke?" Tanyanya lembut. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
"Dah," balas Mikhael ringkas.
Nara bergegas menutup bila air yang dijerangnya tadi mendidih. Dia mencapai alas tangan lalu mengangkat ketel panas itu dengan telefon pintarnya masih dilekap pada telinganya menggunakan sebelah tangannya lagi.
"Kau sibuk ke?" Soal Mikhael bila tiada sebarang bunyi dari Nara.
"Tak sibuk mana pun. Nak bancuh air kopi je. Awak ada nak cakap apa-apa ke?"
Mikhael diam. Nara menanti. Bila sudah bersedia, barulah Mikhael bersuara kembali.
"Kau—tak rindu...aku ke?"
Nara langsung tergamam bila soalan itu diajukan kepadanya. Terkejut dengan soalan drastik itu sehingga dia gagal mengawal pekerjaan tangannya.
Tangannya tidak sengaja tertolak jag yang berisi air panas tadi lalu dia cuba untuk menyambutnya. Namun lain pula yang berlaku, air panas yang separuh tertumpah keluar dari jag tersebut, berjaya terkena pada separuh tangannya.
Terjerit Nara bila menerima keperitan pada kulit tangannya itu. Spontan itu juga telefon pintarnya terlepas dari lekapan telinga dan bahunya. Gelabah punya pasal, tangannya jadi mangsa lecuran air panas itu.
"Nara! Kau okey ke ni?" Suara Lisa kedengaran begitu risau.
Muncul Lisa tepat pada waktunya. Mujur dia sudah keluar dari biliknya, dia terdengar jeritan suara Nara yang sepertinya di dalam kesakitan. Laju sahaja dia mendekati Nara lalu memeriksa tangan Nara. Lekas dibawa ke sinki memandangkan dia mengerti akan situasi yang dihadapi Nara tika itu. Berdecit Nara menahan kepedihan bila air paip itu mengalir membasahi kulit tangannya yang melecur sedikit itu.
"Biar macam ni supaya cepat hilang sakitnya," beritahu Lisa begitu yakin.
Nara akur.
Lisa menghilang seketika berlari ke tingkat atas. Tinggal Nara di situ dengan wajahnya menahan kesakitan. Itulah leka menjawab panggilan sehingga terbuai-buai dengan perasaan. Bagus dia guna loudspeaker sahaja tadi.
"Nah, pakai tudung kau. Aku nak bawa kau pergi hospital,"
Muncul Lisa menghulur sehelai tudung ke arahnya. Terkelu Nara dengan keprihatinan kawannya itu. Namun dia menurut. Lisa membawanya ke hospital untuk merawat tangannya yang lecur itu dengan rawatan yang baik. Katanya takut meninggal parut luka.
SENYUMAN terukir di bibirnya bila merawat seorang pesakit yang sangat dikenalinya. Bahkan sejak retina matanya menangkap sosok tubuh itu, dia cepat berlari ke arah empunya orang. Dia bertegas mahu merawatnya meskipun itu bukan dibawah tanggungjawabnya. Dia doktor atasan, namun melihat Nara kesakitan itu, dia tidak sampai hati.
ANDA SEDANG MEMBACA
Inilah Takdir kita
RomanceNara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga memb...
