BAB 17

88 5 0
                                        

TERINGIN sekali dia mahu menanya Mikhael tentang sesuatu tapi dia begitu risau sekiranya menghancurkan mood lelaki itu. Risau juga suaminya itu belum bersedia untuk menceritakan segalanya kepadanya. Lagipun mereka dah jadi suami isteri dan sememangnya dia layak untuk mengetahui segalanya.

Matanya melirik pada Mikhael yang santai membelek skrin telefon pintarnya. Tanya ke tak? Nara berperang dengan dirinya sendiri.

"Awak..." panggil Nara, nekad.

Mikhael yang tengah memerhati gambar terpapar pada skrin telefon pintarnya itu mendongak sedikit. Fokusnya sedikit terganggu dengan panggilan isterinya itu. Keningnya dijongket menghantar isyarat 'apa?'.

"Boleh saya tanya sesuatu...?"

Nara meminta izin memandangkan pertanyaannya nanti agak mengacau mood Mikhael. Mikhael banyak kali mengelak bila berbicara soal itu. Bahkan dirinya juga yang kena marah.

Mikhael seperti berfikir. Peliklah juga bila isterinya meminta izin sebelum nak bertanya. Sebelum ini tidak pernah pun. Cepat dia anggukkan kepalanya seiring dengan telefon pintarnya diletakkan atas meja tepinya.

"Ni pasal parents awak..."

Nara membiarkan ayatnya tergantung. Sedikit berhati-hati untuk meneruskan. Dia risau Mikhael akan jadi harimau nak terkam dia bila-bila masa. Namun bila Mikhael tidak memberi sebarang reaksi, dia menyambung lagi.

"Kita dah kahwin tapi saya belum pernah tengok parents awak," Nara terhenti di situ bila raut wajah Mikhael yang berubah serius itu. Dia cuba meyembunyikan rasa gerun dalam dirinya. Tangannya kejap memegang sofa yang didudukinya itu.

Lama kesunyian menyapa mereka berdua. Nara pun tidak berani untuk bersuara lagi. Nara hanya menanti balasan dari suaminya itu. Dia mengerti Mikhael sedang cuba untuk mengawal amarahnya.

"Aku tak suka kau tanya soalan ni!" Mikhael mendengus kasar.

Nara diam di tempatnya. Nak buka mulut lidahnya kelu. Sungguh kuat penangan kuasa Mikhael membuat dirinya takut. Bila mata Mikhael menyapa pandangannya, dia laju melarikan pandangannya. Dia belum kuat untuk berhadapan dengan karakter Mikhael yang satu ini. Panas barannya susah mahu diajak berkompromi.

"I'm sorry..." kedengaran suara garau itu meminta maaf. Perlahan.

Nara masih tidak berani memandang wajah suaminya. Dia masih cuba belajar mencari kekuatan dalam dirinya. Wajah gerun itulah yang dia akan hadap selamanya hidup bersama.

"Aku minta maaf...aku tau aku ni kasar dengan kau. Tapi kau sorang je boleh hadap perangai aku ni. Aku marah sekalipun aku takkan sampai nak tampar kau nak pukul kau. Aku masih boleh kawal temper aku. Aku takkan buat macam tu dekat orang yang aku sayang," Mikhael bersuara juga untuk melanjutkan bicaranya tadi.

Orang yang aku sayang?

Berbunga-bunga hati Nara bila mendengar ayat itu meluncur di bibir Mikhael. Sekurangnya dia mengetahui bahawa Mikhael menyayanginya. Rupanya Mikhael sayang dia juga. Ingatkan dia sorang je yang sayang suaminya itu.

"Kalau pasal parents aku tu, nanti nantilah aku ceritakan dekat kau. But for now, biarlah kita fokus dengan percutian kita. This is the time for us spending time together kenal hati budi masing-masing. Aku nak kau jadi isteri aku yang memahami aku, yang boleh terima kekurangan aku,"

Nara ukir senyum. Wajah Mikhael ditatap dengan berjuta harapan. Harapan untuk kebahagiaan mereka. Dia yakin Mikhael benar-benar mengotakan katanya itu. Dia percaya Mikhael adalah suami yang akan membahagiakannya.

"Saya ada satu soalan lagi!"

Nara menunjukkan jari telunjuknya. Wajahnya terlihat senang. Berkerut dahi Mikhael bila Nara mempunyai soalan lain. Banyak lagi ke soalan dia ni?

Inilah Takdir kitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang