BAB 6

70 6 1
                                        

DERUMAN enjin kereta diluar rumah menyapa telinga. Nara yang begitu sibuk membasuh pakaian, terhenti seketika. Hatinya tidak semena berdebar-debar.

Khuatir pula hatinya untuk membuka pintu. Takut perompak ke nak merompak rumah itu. Lagipun Mikhael pernah pesan kepadanya untuk jaga rumah itu sebaik mungkin.

Tapi tidak salah kalau dia periksa juga. Akhirnya Nara membuka langkah keluar dari bilik laundri itu. Langsir di ruang tamu diselak sedikit. Kepalanya tertinjau-tinjau memerhati keadaan di luar.

Sunyi.

Namun matanya mendarat pada kereta suaminya yang elok terparkir di bawah garaj. Membulat matanya, terkejut. Namun bersinar penuh harapan.

Mikhael dah balik!

Bibir mungilnya tersenyum.

"Kau buat apa tu?"

Nara terkejut mendengar suara suaminya itu, sehingga bahunya terhinjut sedikit. Lantas dia pusing, terkejut dengan jarak mereka yang begitu dekat. Automatik jantungnya berdegup laju.

Dia betul-betul tidak perasan bila lelaki itu berada di belakangnya tadi. Mata beningnya tertala pada wajah Mikhael yang kelihatan penat itu.

"Awak dah balik...kenapa tidak call nak balik?"

"Perlu ke aku nak call kau dulu nak cakap aku balik? Kemarin aku mesej, kau bukan reti nak balas pun. Ada telefon je tapi tak reti nak guna!" Sinis dia memerli.

Pedas!

Berdesing telinganya mendengar bebelan dari mulut suaminya itu. Nara diam. Ingatkan sudah balik ini bolehlah lepas rasa rindu nak sweet sweet tapi lain pula yang jadi.

Dahlah, Nara jangan berangan sangat suami kau ni romantik sangat macam dalam buku novel kau baca tu!

Baru nak bernafas dengan sejahtera, Mikhael menanya lagi. Wajahnya serius sekali.

"Mama mana? Kenapa kau sorang je dalam rumah ni? Aku kan dah cakap biar mama temani kau selagi aku masih outstation. Kau ni kan degil!"

Sekali lagi Mikhael memuntahkan rasa tidak puas hatinya. Entah mood swing betul dia petang itu. Itu ini tidak kena di matanya.

Nara tunduk menekur lantai. Apa masalah dengan suaminya itu? Tidak ada angin tidak ada ribut boleh pula lepaskan marahnya pada dia.

"Kau memang tak ada mulut ke?"

"Aku tanya jawablah! Aku bukan bercakap dengan tunggul dalam rumah ni!" Suara Mikhael naik satu oktaf. Kesabarannya sudah menipis.

Nara tahan rasa. Hendak bersedih, tapi bukan di depan lelaki itu.

"Mama dah balik kemarin sebab ayah tak berapa sihat dekat kampung..." ujar Nara sambil memberanikan dirinya menatap wajah suaminya kala itu.

Hilang ketampanannya kalau selalu marah. Nara tidak menyedari bibirnya mencebik. Tidak dia sedari perbuatannya itu dilihat oleh mata helang milik Mikhael.

"Sedap sangat kau kutuk aku dalam hati?"

Nara langsung terpinga-pinga bila mendengar bicara suaminya itu. Tidak tahu mahu balas apa. Nak menafikan, dia tahu Mikhael tidak akan percaya. Dia tidak kutuk. Tapi kenyataan.

Mikhael menjeling geram. Cepat kakinya dibawa beredar dari situ. Penat bercakap dengan Nara yang blur. Ditanya banyak, sedikit sahaja balasannya. 

Lega sedikit hati Nara bila melihat kepergian suaminya itu menuju ke bilik mereka. Dia kembali meneruskan kerjanya yang tertunda tadi. Baju yang siap dibasuh tadi kini dimasukkan ke dalam mesin pengering. Dibawa bakul keluar lalu disidai pakaian yang sudah dikeringkan di ampaian luar rumah itu.

Inilah Takdir kitaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang