BAB 9

70 6 1
                                        

"SIAPA ni?"

Nara mendekat bila terlihatkan ada orang lain turut berada di situ, berbual-bual dengan suaminya. Nampak akrab.

Mikhael menoleh ke arah Jeb.

"Say-"

"Ni Jebon...panggil Jeb je!" Potong Mikhael dengan wajah selamba.

"Ish, kau ni!" Ada nada tidak puas hati bila dirinya digelar Jebon.

Nara tertawa kecil.

Geli hatinya bila Mikhael bergurau tentang nama kawannya itu. Jeb lantas menghadiahkan tamparan mesra pada belakang kepala Mikhael. Mikhael tidak bereaksi. Wajahnya serius tapi masih kelihatan mesra.

Entah macammanalah Jeb boleh berkawan dengan Mikhael yang bermuka dingin itu...

"Najeb...panggil abang Jeb je," ujar Jeb dengan senyuman menawan pada Nara.

Terjegil mata Mikhael memandang Jeb. Ada hati nak suruh panggil abang, sedangkan Nara hanya ber saya awak dengannya.

Jeb sempat mengenyitkan mata nakalnya pada Nara. Nara tersenyum geli hati. Dia menganggap semua itu gurauan. Lagipun dia dah boleh baca personaliti Jeb yang kelakar. Bukan seperti Mikhael yang hanya tayang muka ais batu 24 jam.

"Abang sebelah dah marah. Kalau macam tu, abang Jeb nak minta diri dulu, nak bagi peluang husband and wife spend time 'together-gether'," Jeb berseloroh. Sengaja nak menyakat Mikhael.

Mulutnya menahan tawa. Dia cepat beredar dari situ sebelum tawa yang ditahannya tadi terhambur. Dia nampak bagaimana reaksi Mikhael tadi waktu dia membahasakan dirinya 'abang' pada Nara.

Cemburulah tu!

Nara mengalihkan pandangannya ke arah Mikhael. Tertanya-tanya pula dia akan tempat itu.

"Ni tempat kerja awak ke?" Nara menyoal untuk kepastian.

Mikhael mulanya berat hati untuk memberitahu tapi pesan Jeb tadi ada benarnya. Dia tidak mahu kehilangan Nara dan menyesal seumur hidup. Dengan nafas berat, akhirnya dia membuka mulut.

"Tadi kau ada tanya aku kerja apakan...sekarang ni aku akan jelaskan pada kau satu persatu,"

Nara siap mendengar. Sedikit teruja bila Mikhael menceritakan tentang pekerjaannya itu.

"This building were known as Great Fort sebab dibina dengan simen batu yang berkualiti tinggi dan utuh. Dindingnya kalis apa sahaja bahan ledakan mahupun mesin jentera peruntuh. Great Fort merupakan pusat office DEFAGEN-"

"-DEFAGEN ni...merupakan gabungan dua ayat iaitu Defence Agency,"

Nara angguk kecil memahami setiap penerangan Mikhael.

Waktu dia masuk tadi, dalam bangunan ini agak terlalu suram dan malap. Tidak banyak menggunakan cahaya lampu. Kalau diperhatikan betul-betul tempat ini serupa seperti sebuah markas kerana sering dikawal. Pintu pagar utama di depan sentiasa dikawal dengan dua orang pengawal.

"DEFAGEN ni ditubuhkan sebagai agensi pertahanan untuk keselamatan negara. Sama seperti tentera tapi mereka tidak boleh masuk campur dalam kes-kes polis. Tapi DEFAGEN boleh membantu kes-kes polis yang susah untuk di handle. Tapi banyak orang tidak tahu kewujudan DEFAGEN sejak kerajaan lebih mengutamakan pasukan tentera dan polis sebagai pertahanan negara,"

Macam SWAT!

Nara kini lebih mengerti.

Memang betul, Brunei meletakkan harapan pada pasukan tentera negara sebagai pertahanan negara. Disebabkan itu dari setiap tahun ke setiap tahun akan ada pengambilan rekrut baharu dan kebanyakkan dari kalangan belia remaja. Sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

Inilah Takdir kitaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang